BAB 9 🌼

23 5 3
                                    

          “SIAL! Sial! Sial!”

Bilik dimana seorang jejaka berada saat ini tampak seperti medan peperangan yang hancur, dengan barang-barang berselerakan di
mana-mana. Lampu samar-samar di sudut bilik hanya mampu menerangi sebahagian kecil ruang, mencipta bayang-bayang yang menari di dinding seperti kenangan kelam yang tak mahu hilang.

Gambar-gambar Ivelle berselerak di atas lantai, seolah-olah direntap dari album masa lalu dan dilemparkan ke seluruh bilik dengan penuh kekecewaan.

“Arghh!” jejaka itu menjerit sehingga bilik itu menggema.

Jejaka itu di tengah-tengah kekacauan, nafasnya berat dan tak menentu. Wajahnya penuh amarah, matanya merah menyala dengan obsesi yang tak mampu digambarkan.

Dia sudah tahu tentang perkahwinan Ivelle dan Aslan. Dia tidak mampu mengganggu majlis perkahwinan itu, kerana dirinya sempat disyaki.

Baru saja mau masuk ke dalam dewan perkahwinan, dia sudah terlebih dahulu dihalangi oleh dua pengawal berbadan besar. Kerana tidak ingin dipertanyakan berbagai persoalan, dia memilih pergi.

Disebabkan kegagalannya itu, Ivelle sudah berjaya menjadi isteri Aslan Benjamin dua hari yang lepas.

Pengetahuan itu menusuk jiwanya, merobek setiap harapan dan fantasi yang pernah dia bina tentang wanita itu. Tangannya menggeletar, seolah-olah menahan diri dari menghancurkan lebih banyak lagi. Dalam
hati, hanya ada amarah dan kehilangan, bergelora seperti api yang tak mampu dipadamkan.

Jejaka itu duduk di sudut gelap bilik, dengan matanya yang tajam merenung satu-satunya cahaya yang datang dari foto Ivelle yang
terletak di atas meja.

Tangannya mengusap tepi foto itu dengan perlahan, seolah-olah sedang menyentuh wajahnya. Ada sesuatu yang tidak waras dalam cara dia melihat gambar itu, seolah-olah Ivelle adalah miliknya yang paling berharga dan dia tidak akan membiarkan sesiapa pun merampasnya.

Jejaka itu berucap dengan suara yang serak dan penuh dendam, “Ivelle... kau milik aku, dan kau akan selalu jadi milik aku. Tiada siapa pun, bahkan Aslan…bahkan sesiapa, yang boleh ambil kau daripada aku.”

Dia menggenggam foto itu dengan kuat, matanya membara, “Aku akan lakukan apa saja untuk dapatkan kau, walaupun aku harus
mengotorkan tangan aku. Mereka tak akan faham... hanya aku yang tahu bagaimana untuk membuat kau benar-benar bahagia.”

Jejaka itu terdiam seketika, menarik nafas dalam-dalam seolah-olah sedang menenangkan amarah yang bergelora di dalam dadanya.

Kemudian, dia tersenyum, senyuman yang dingin dan penuh ancaman. "Ivelle... jangan pernah cuba lari dariku. Aku akan sentiasa
ada, mengintai setiap langkah kau, memastikan kau akan jadi milikku...selama-lamanya."

*******

         
PAGI yang ditemani dengan suara burung yang berkicau, cahaya matahari menerobos masuk ke ruang makan, menyinari meja sarapan yang telah disediakan dengan sempurna.

Aslan duduk di seberang meja, mengenakan sut hitam yang terpotong rapi dengan kemeja putih yang bersih dan tie yang diikat kemas. Penampilannya memancarkan aura maskulin yang kuat, membuatkan dia kelihatan lebih berkarisma dan gagah.

Jam tangannya yang berkilau dan rambut yang disisir rapi menambah kesan profesionalnya.

Ivelle, yang sedang menghirup kopi panasnya, mencuri pandang ke arah Aslan. Kejap…kenapa dengan aku ni? kenapa aku curi-curi pandang si duda tu? Dengan cepat Ivelle menggeleng kepalanya.

Dia terpesona seketika, jantungnya berdegup sedikit lebih cepat daripada biasa melihat suaminya begitu memikat. Namun, dia cepat-
cepat mengalihkan pandangan, kembali berlagak tenang dan angkuh, menyembunyikan reaksi hatinya di sebalik wajah yang datar.

Ivelle Benjamin | OGWhere stories live. Discover now