BAB 10 🌼

35 6 2
                                    

          IVELLE duduk di bangku panjang, yang telah disediakan di taman yang penuh dengan berbagai jenis bunga. Bau bunga Melati,
menusuk hidung Ivelle dan memberikan ketenangan.

Gaun sutera putih yang dia kenakan berkilau lembut di bawah cahaya bulan, melengkapkan penampilannya yang anggun dan menawan.
Rambut panjang terurai, dibiarkan bergerak kerana hembusan angin yang sepoi-sepoi.

Suasana malam yang tenang itu membuatkan hatinya terasa damai, tetapi ada juga rasa sepi dengan bunyi cengkerik yang menemani.

Aslan mendekati Ivelle dari belakang, langkah kakinya hampir tidak terdengar di atas rumput yang lembut. Dia berhenti sejenak, memandang Ivelle yang sedang tenggelam dalam dunia fikirannya sendiri. Cahaya bulan menerangi wajah isterinya, membuatkan Aslan tersenyum lembut.

“Jauh nampak termenung. Dah sampai mana?” Aslan duduk disebelah Ivelle.

“Dah sampai Marikh,” jawab Ivelle yang melayan juga perangai Aslan.

Aslan terkekeh perlahan. Niatnya memang ingin mengganggu si isteri. Tapi tidak sangka pula isterinya melayan.

“Oh…ingatkan dah sampai Neptun tadi,” tidak berhenti pula Aslan saat ini.

Ivelle menoleh ke sebelah kanannya dengan keadaan tangan memeluk tubuh sendiri. Memang betul lah macam ni jokes bapak-bapak. Sama je dengan papa.

“I nak tanya something,” ucap Ivelle.

“Itu pertanyaan atau penyataan?” kata Aslan tanpa memandang si isteri.

Ivelle berdecih, “Tuan Aslan Benjamin, I nak tanya sesuatu, boleh?” soalnya dengan nada sedikit gedik dan senyum nipis.

“Sure,” jawab Aslan pula.

Suka lah tu kalau orang panggil tuan. Ivelle kini memandang Aslan dengan serius dan menyipitkan kedua matanya.

“You ada hantar orang untuk spy I ke?”

Aslan mengerutkan dahi. “Spy? Maksud you?”

Ivelle menghela nafas. Tak kan lah maksud spy dia tak faham.

“I mean, apa maksud you, I hantar spy?” soal Aslan sekali lagi saat melihat riak wajah Ivelle yang hampir bengang itu tadi.

“Tadi, masa I pergi shopping, I rasa ada yang ikut I. Bukan budak suruhan you ke?” jelas Ivelle.

Suasana yang tadi tenang, kini berubah mencengkam. Aslan menoleh kearah Ivelle yang masih menunggu jawapan daripadanya.

Berdiri semua bulu roma Ivelle saat melihat tatapan yang tidak biasa daripada Aslan.

“You dengar tak I cakap tadi?” tanya Ivelle lagi dengan sedikit takut. Tidak tahu mengapa sekarang ini, dia pula yang takut dengan
Aslan.

Aslan mengalihkan pandangannya kehadapan. Masih dengan riak wajah serius dan datar, “I nak you berhenti jadi pelakon.”

“Hah!” lain yang ditanya, lain pula yang dijawab.
Apa kaitannya pelakon dengan soalan yang dia tanya tadi?

“Apa maksud you?” tidak puas hati dengan apa yang diucap Aslan tadi, Ivelle bersuara dengan lantang.

Tidak terima jika suaminya dengan senang menyuruhnya berhenti menjadi pelakon sedangkan itu adalah kerjaya yang dari dulu
dia usahakan dengan susah payah.

“I ringkaskan, I nak you keluar dari dunia lakonan.”

What the hell is wrong with you? I tanya lain, you pula jawap lain. Oh…sekarang ni, you nak mengatur hidup I lah ni, kan? Ikut sedap hati you?” bagaikan gunung berapi yang meletus secara tiba-tiba, itulah emosi yang Ivelle keluarkan sekarang.

Ivelle Benjamin | OGWhere stories live. Discover now