BAB 13 🌺

27 2 0
                                    

          LANGIT senja mulai menguning, menyelimuti halaman belakang rumah agam Ershan dan Natasha itu dengan sinar lembut. Asap dari panggangan meliuk ke udara, menambah kehangatan suasana petang itu. Bau daging panggang memenuhi ruang, memanggil selera setiap orang yang duduk di sekeliling meja kayu panjang di belakang rumah.

Ada beberapa pembantu rumah yang sedang berdiri tidak jauh daripada mereka. Selalu bersiap sedia jika salah satu diantara mereka memerlukan sesuatu.

Ershan berhenti menghirup secawan teh panas yang disediakan untuknya tadi. "Jadi...are you sure nak berhenti jadi pelakon?"

Ivelle memandang Ershan dengan senyuman yang anggun. "Kalau suami I yang suruh, I nak buat macam mana lagi, kan?"

Yang penting duit sentiasa mengalir ma...Ivelle hanya bersikap biasa. Macam mana dia boleh berada di sini?

Yup. Setelah mendengar berita tentang berhentinya Ivelle dari dunia lakonan, pagi tadi Ershan terus menelefon Aslan dan menjemput keduanya untuk datang ke rumahnya.

Katanya, ingin mengadakan majlis kecil untuk sempena persaraan Ivelle. Dan...disini lah dia saat ini. Bersama ahli keluarga yang lain.

"I tak sangka pula you sanggup berhenti. Katanya, ini kerjaya yang paling you sayang," kata Qisteena sambil menghirup teh panas dengan nada sedikit sinis.

"Sayang memang lah sayang. Tapi, sebagai isteri, I kenalah turuti permintaan suami I. Derhaka pula nanti kalau tak ikut cakap dia. Syurga isteri kan dibawah telapak kaki suami." Bukan Ivelle namanya jika mengalah.

Qisteen mengangkat keningnya sebaik saja mendengar apa yang dikatakan Ivelle tadi.

"Betul lah tu. Kalau sudah memang itu permintaan Aslan, dan ini keputusan Ivelle, tiada siapa yang rugi di sini," sampuk Natasha.

"Hm...I like you," ucap Qisteena dengan senyumannya.

Ivelle hanya tersenyum. Tidak faham sangat apa yang dikatakan Qisteena. Suka macam mana tu? Jangan buat Ivelle fikir yang bukan-bukan pula.

"Maksud I, I suka orang yang macam you. Memang sesuai jadi isteri Aslan." Senyuman ramah diberikan kepada Ivelle.

Ivelle hanya tersenggih kecil. Dia tahu Qisteena itu orangnya sedikit jujur dengan orang lain.

Mereka semua kembali berborak antara dengan yang lain. Ershan, Aslan dan Asaf sibuk dengan perbualan mereka tentang syarikat.

Kalau Ivelle dan kakak iparnya, memang berbual tentang hal yang berkaitan wanita.

Tanpa disedari, langit yang jadi berwarna jingga, kini berubah gelap. Menandakan malam telah tiba.

Asaf dan Qisteena terlebih dahulu pulang. Tapi tidak dengan Aslan dan Ivelle yang masih beradadidalam rumah agam milik Ershan dan isteri.

"Apa kata kamu berdua tak payah balik malam ni? Boleh lah menginap sini," ujar Natasha dengan membawakan pinggan yang berisi biskuit.

"Kita tak nak ganggu akak dan anak-anak. Baik kami balik," kata Aslan pula.

"Uncle!" Esha berlari kecil mendekati Aslan lalu memeluknya.

"Hai princess." Dengan suara lembut, Aslan menyahut. Mencepung tubuh kecil anak buahnya itu lalu didudukkan pada pangkuannya.

"Esha rindu sangat dengan uncle." Bibir dimuncungkan bak itik.

"Hai...rindu si tua ni? Habis tu papa ni tak rindu ke?" datang pula Ershan lalu melabuh duduk disebelah isterinya.

"Esha kan selalu hadap muka papa. Bosan tau," ucap Esha.

Terkejut pula Ershan mendengarnya. "Siapa ajar cakap macam tu?"

Ivelle Benjamin | OGWhere stories live. Discover now