BAM!
"Eh mak kau hijau!" Amani urut dada nya perlahan. Fuh..nasib tidak ada penyakit jantung, kalau tidak pasti sekarang dia sudah dalam perjalanan ke hospital.
"Weyh Amani..Rayyan weyh Rayyan!" Shazira dengan penuh keterujaan menggoncang bahu Amani, suaranya bergetar kegembiraan.
"Ha ye ye Rayyan..Eh! Boleh kau stop goyangkan aku tak? Pening kepala aku di buatnya" Amani menepis tangan Shazira daripada bahunya. Kalau ye pun teruja dapat tengok crush, tak payah lah sampai nak goyang-goyangkan orang sekeliling.
Shazira tersengih. "Hehe sorry..aku cuma tak percaya dapat tengok dia lagi walaupun secara berjauhan macam ni"
"Okay! Sekarang dia dah ada kat sini. Kita nak buat apa sekarang? Bila kau nak confess kat dia? Aku tak sabar dah ni nak makan nasi minyak!" Kata Amani dengan teruja.
"Ish kau ni! Kesitu pulak dah. Aku mana berani nak confess kat dia lagi sekarang. Lagipun untuk apa? Masing-masing masih belajar. Biar lah dulu" Kata Shazira. Tidak setuju dengan kata-kata Amani.
Amani mengeluh.
"Aduu kau ni..dah 8 tahun kot kau suka dia. Takkan umur 16 macam ni still tak ada keberanian lagi? Sampai bila? Sampai dia kena rembat dengan orang dulu? Macam tu?" Soal Amani, sinis.
PAK!
"Aduh!" Amani mengadu kesakitan sambil menggosok dahinya yang baru sahaja di jentik oleh Shazira. "Kau asal jentik-jentik dahi cantik aku ni? Kau tak ada dahi dah ke?" Amani mencebik. Habis merah dahi dia akibat di jentik oleh Shazira.
Hari ini sahaja, sudah dua kali dia terkena dengan tangan berbisa milik Shazira. Jika berterusan begini setiap hari, wajahnya boleh hodoh dibuatnya!
“Kau ni cakap macam tak ada otak. Boleh tak jadi bijak sikit? Dia tu baru nak fokus SPM tahun ni. Tak ada faedah pun kalau aku confess dekat dia pun sekarang” Ujar Shazira geram.
“Hmmm yelah Sha, yelah…” Balas Amani malas.
Tiba-tiba, Shazira memegang bahu kanan Amani sambil tersenyum lebar. “Tapi kau jangan risau. Lepas habis sekolah nanti, aku akan cuba dapatkan dia juga, hehe. Lagipun, beza umur kami cuma setahun je. So, no hal lah” Kata Shazira dengan penuh keyakinan.
"Kau yakin? Macam mana kalau dia tak nak dekat kau? Sebab kau bukan perempuan idaman dia. Yelah..kau kan pendek" Usik Amani sambil ketawa mengekek.
"Hey! Bukan aku lah yang pendek! 160 tu tinggi tau? Dia je yang tinggi macam galah. Masa kecik-kecik agaknya telan tiang elektrik kot" Balas Shazira, membela dirinya.
“Dan..kalau dia tak nak dekat aku pun, aku tetap akan buat dia suka kat aku. Dia akan jadi milik aku, tak kira apa pun. Because he's mine, and only mine" Kata Shazira, matanya tak lepas dari memandang Rayyan yang sedang berbual dengan Noah.
Amani ketawa kecil mendengar kata-kata Shazira. "Sha..Sha.." Amani menggeleng perlahan. "Over sangatlah kau ni. Tapi terpulang kepada kau lah. Yang penting...aku sentiasa ada kat belakang kau untuk sokong kau. But yang lebih penting jangan sampai melampaui batas, faham?"
Shazira tersenyum. "InshaAllah. Thanks, Amani. Kau lah kawan dunia dan akhirat aku"
Amani memandang wajah Shazira sebelum tersenyum penuh makna. "Betul ni?" Soal Amani secara mengusik.
Shazira melihat wajah Amani sambil dahinya berkerut hairan.
"Betul apa?" Soal Shazira hairan.
"Betul ke aku ni adalah kawan dunia dan akhirat kau?" Soal Amani lagi sambil tersenyum mengusik.
"Mesti lah betul! Kau je kawan aku. Yang paling rapat dengan aku" Kata Shazira dengan yakin.
“Okay then, belanja aku makan. Aku dah lapar gila ni. Dari tadi lagi perut aku asyik bernyanyi je" Kata Amani sambil menggosok-gosok perutnya dengan muka kelaparan.
Shazira menggulingkan matanya. Agak dah...
.
.
.
.
Di rumah Dato Hilmi
Sepasang kaki halus melangkah perlahan menuruni tangga, diiringi aroma menggoda dari dapur yang memanggilnya. Haruman masakan kegemarannya menyelinap masuk, memikat setiap deria. Saat tiba di ruangan itu, pandangannya tertumpu pada seorang jejaka yang sibuk menyiapkan hidangan, seolah dapur itu sudah menjadi sebahagian daripada nya.
"Mmm sedap nya bau. Anak mommy ni tengah masak apa?" Soal Datin Iris kepada anak tunggalnya itu.
Datin Iris melangkah perlahan menghampiri Rayyan, matanya tertumpu pada anaknya yang tekun memasak. Senyuman bangga terukir di wajahnya, hatinya dipenuhi rasa bahagia melihat kebolehan anaknya di dapur.
Rayyan tersenyum lembut. "Yan tengah masak ayam masak merah. Favourite mommy kan? Nanti dah siap masak, kita makan sama-sama ye?"
Datin Iris ketawa kecil dan mengangguk.
Rayyan, meskipun seorang lelaki yang dingin tetapi dia juga mempunyai sisi yang lembut dalam diri nya. Terutamanya, terhadap Datin Iris yang merupakan ibu kandung kepada Adam Rayyan Harith.
"Rayyan nak mommy tolong apa-apa tak?" Soal Datin Iris.
"No, it's okay mommy. Mommy duduk je kat situ. Hari ni biar Yan pulak yang masak untuk mommy dan daddy. Dah lama dah Yan tak masak untuk mommy dengan daddy. Nanti kalau Yan dah balik asrama, mommy tak boleh dah nak merasa air tangan Yan" Gurau Rayyan sehingga Datin Iris ketawa kecil.
"Aih Yan..Yan. Untung siapa yang jadi isteri Yan nanti. Sebab dia dah dapat suami yang pandai masak macam Yan ni," Kata Datin Iris.
Rayyan tersenyum. "Kalau oneday Yan dah ada isteri. Yan akan pastikan isteri Yan tu takkan pernah pun jejak kaki dia masuk kedalam dapur. Sebab apa? Sebab Yan akan masak untuk dia setiap hari sampai dia bulat."
Datin Iris mengerut dahinya sedikit. "Yan nak buat apa pulak sampai nak bagi isteri Yan tu bulat?" Soal Datin Iris.
"Yan nak dia bulat sebab Yan nak cubit-cubit pipi tembam dia tu nanti. Baru lah best. Mesti comel" Gurau Rayyan selamba.
"Lepastu, cara dia jalan pun..mesti comel. Macam penguin. Sebab dia dah bulat. So, susah sikitlah dia nak berjalan tu kan?" Kata Rayyan lagi sambil ketawa kecil.
Datin Iris tertawa, terhibur dengan kata-kata nakal anak terunanya itu. Pelik-pelik sahaja lah perangai nya. Kesian menantu aku tu. Getus di dalam hati nya.
TBC ❤️
VOTE
YOU ARE READING
𝐇𝐞'𝐬 𝐌𝐢𝐧𝐞 | 𝐎𝐆
RomanceKarya pertama saya: Tengku Shazira Adania × Adam Rayyan Harith Tengku Shazira Adania, seorang gadis ceria dan peramah, telah menyimpan perasaan terhadap Adam Rayyan Harith selama 15 tahun tanpa pengetahuan lelaki itu. Sejak umurnya mencecah 25 tah...