TOK!
TOK!
TOK!
"Tengku Shazira Adania binti Tengku Shiraz Arrazi!!" Suara Puan Raisya berdering keras sambil mengetuk pintu bilik anak perempuannya yang masih lena.
Shazira yang masih dibuai mimpi, menggeliat malas. Dengan mata separuh tertutup, dia mencapai telefon di sebelah bantal miliknya. "Hmmm, baru 7.30 pagi" gumamnya perlahan. "Japlah mama...10 minit lagi, okey?" pintanya sambil menarik selimut lebih rapat.
Di luar bilik, Puan Raisya menggeleng perlahan. "Macam mana nak dapat suami kalau bangun pun susah macam ni?" gumamnya perlahan sebelum kembali mengetuk pintu, kali ini lebih kuat. "Sha! Cepat bangun! Papa dah tunggu kamu kat bawah tu! Kalau papa marah nanti..mama tak tahu ye! "
Dengan keluhan panjang, Shazira akhirnya bangun dan menggeliat perlahan. "Yelah, yelah, nanti Sha turun" Selepas lima minit termenung, dia akhirnya bangkit dan bersiap dengan langkah yang malas.
Shazira melakukan rutin hariannya seperti biasa sebelum turun kebawah menuju kearah Puan Raisya dan Tengku Shiraz.
"Morning papa..morning mama". Shazira duduk di tempatnya.
Tengku Shiraz memandang anak perempuannya dengan dahi yang berkerut sedikit "Lamanya Sha nak turun. Sha buat apa lama-lama kat bilik Sha tu? Tau tak papa dah lapar dah ni tunggu Sha. Boleh mati kelaparan papa macam ni tau?".
Shazira tersengih "Sorry papa hehe".
Puan Raisya yang hanya diam dari tadi menggelengkan kepalanya melihat karenah suami dan anak perempuannya itu. "Dah-dah la tu bercakap. Cepat makan nasi goreng tu, dah nak sejuk dah. Nanti mati kelaparan betul-betul kang susah pulak" Gurau Puan Raisya. Tengku Shiraz menjeling tajam kearah isterinya.
"Uish papa..jangan buat muka macamtu, nanti bertambah tua muka tu nanti" Usik Shazira sambil ketawa besar.
"Shazira..dah jangan usik papa kamu tu. Kesian papa kamu. Betul tak abang? Kesian kat abang kan?" Puan Raisya memandang suaminya dengan pandangan mengusik.
"Hmph! Dia pun sama je dengan anak" Gumam Tengku Shiraz sendiri sehingga mendatangkan gelak ketawa daripada anak dan isterinya.
"Alamak! Papa dah merajuk lah! Mama lah ni buat papa..kesian papa.." Usik Shazira.
"Alaa abang merajuk ke? Kalau macam tu saya kena pujuk abang la ye?" Puan Raisya juga sama naik seperti Shazira sama-sama mengusik Tengku Shiraz yang sudah bermasam muka itu.
Shazira ketawa mengekek dan mengangguk. "Betul lah tu mama..baik mama pujuk papa tu sekarang. Nanti dia merajuk lama-lama susah pulak, tak ada yang nak beli kan kita barang-barang mahal nanti hehe"
Tengku Shiraz menjeling tajam ke arah Puan Raisya dan Shazira. "Amboi..macam tu ye? Okay baik, kalau macam tu tak payah pujuk papa ni kalau tak ikhlas!" Kata Tengku Shiraz dengan nada merajuk.
Shazira geli melihat reaksi Tengku Shiraz sebegitu rupa sebelum ketawa. "Aih papa? Dah nak tua-tua pun merajuk tak nak kalah ek? Mengalahkan orang muda je macam Sha ni.." Usik Shazira lagi.
Puan Raisya tersenyum dan menggeleng perlahan. "Papa kamu tu memang begitu...dah tua-tua begini tetapi perangai masih lagi berlagak seperti orang muda"
Shazira ketawa. "Itu lah! Aduh papa ni mesti budak manja ni masa papa kecil-kecil kan? Macam mana lah Tok Mi jaga papa dulu"
"Heh! tak payah kata Tok Mi kamu tu..sekarang ni pun mama memang dah susah nak jaga papa kamu ni tau? Memang kuat merajuk, nasib sayang" Kata Puan Raisya.
Tengku Shiraz menatap wajah isteri nya. "Memang la awak kena sayang abang ni. Kalau tidak, siapa lagi mahu sayang kan abang kalau bukan isteri abang ni, hm?" Tengku Shiraz mencuit dagu Puan Raisya dengan manja.
Manakala Puan Raisya tersenyum sipu apabila suami nya melakukan seperti itu kepada nya.
Shazira diam melihat Puan Raisya dan Tengku Shiraz secara bergilir. Naik bulu romanya apabila melihat aksi romantis yang tidak berbayar di hadapan nya ini.
.
.
.
.
.
.
"Weyh Sha! Jom keluar lepak, aku bosan gila ni" Suara ceria Amani kedengaran melalui telefon, mengajak kawan baiknya Shazira.
"Urghhh, malaslah aku. Aku nak rehat" Balas Shazira sambil mengunyah biskut dengan selamba.
"Aduh, kau ni! Asyik malas je. Macam mana otak nak berkembang? Memanglah kau pandai kat sekolah, tapi dah seminggu cuti ni, kalau asyik terperuk kat rumah, otak boleh jadi slow tau! Kau nak ke macam tu? Aku tak nak! Sebab aku tak nak ada kawan macam tu" Kata Amani, sengaja mengusik kawannya itu.
"Diamlah! Banyak pulak cakap kau ni. Aku tak nak, aku malas. AKU. MALAS. Faham tak?" Shazira menjawab acuh tak acuh, letih melayan kerenah Amani. Dahla dia penat harini. Penat apa? Penat usik papa dia HAHAHA
"Ishh, bab usya crush tak pernah pulak kau malas. Tapi bab keluar dengan best friend mu ni, malas pulak! Sampai hati kau..." Kata Amani, berpura-pura merajuk dengan nada yang berjauh hati.
Shazira hanya menggeleng, sudah biasa dengan perangai kawan baiknya ini. "Sebab kau tak penting" Jawabnya selamba.
"UHUK! Okay fine! Tak payah jumpa dia hari ini" Kata Amani, masih lagi sedang mengusik Shazira.
"Huh? Jumpa Siapa?" Soal Shazira dengan hairan.
Amani tersenyum penuh makna. "Siapa lagi kalau bukan 'dia' yang buat kawan aku ni tergila-gila kan dia sangat!"
"Eh jap, dia dah balik ke?" Soal Shazira, sedikit teruja.
"Eh kau ni! Dia dah balik lah! Buat apa dia nak duduk kat asrama tu lama-lama? Baik dia balik jumpa family dia. Kau ni pun.."
Shazira tersengih.
"So...kau nak jumpa dia tak? Hm? Hm?" Amani terus memancing Shazira, tahu ini adalah satu-satunya cara nak buat kawan baiknya itu keluar.
"Urm..." Shazira berlagak ragu-ragu, walau sebenarnya hati sudah berdebar-debar.
"Alahai, bila lagi nak dapat peluang macam ni? Nanti dia balik asrama, susah dah nak jumpa, hm.." sambung Amani, membuatkan situasi lebih dramatik.
"Okay" Shazira akhirnya bersuara sepatah.
"Huh?" Tanya Amani keliru. Okay? Apa yang okay?
"Ye, aku teman kau lepak" Balas Shazira malas-malas, walau sebenarnya jantung berdegup laju menahan rasa teruja.
Amani tersenyum penuh kemenangan. "Okey, kita jumpa kat kafe macam biasa. Pukul 3 petang. Jangan lambat! Kalau lambat, siaplah kau, aku jentik dahi tu" Ugut Amani main-main.
"Eleh, nak jentik aku konon. Sebelum kau jentik aku, aku sepak kau dulu" Balas Shazira selamba.
"Ceh, sepak-sepak nanti lambat kahwin baru tahu!"
Tut... tut...
Amani melihat telefonnya yang sudah dimatikan. "Tak guna punya budak! Tutup macam tu je call aku! " Rengek Amani sebelum dia bangun dan mula untuk bersiap.
Sorry kalau awal² ni macam kurang or pape jelah. Tapi InshaAllah saya akan buat yang terbaik untuk next part🙏🏻. Thank you yang mana sudi baca 🤍
TBC ❤️
VOTE
YOU ARE READING
𝐇𝐞'𝐬 𝐌𝐢𝐧𝐞 | 𝐎𝐆
RomanceKarya pertama saya: Tengku Shazira Adania × Adam Rayyan Harith Tengku Shazira Adania, seorang gadis ceria dan peramah, telah menyimpan perasaan terhadap Adam Rayyan Harith selama 15 tahun tanpa pengetahuan lelaki itu. Sejak umurnya mencecah 25 tah...