He's Mine 11

19 4 0
                                    


Hazel hanya duduk diam, memerhati dari jauh, matanya tertumpu pada Rayyan yang sedang asik menatap Shazira. Bibir Hazel mengukir senyuman kecil apabila menyedari betapa Rayyan tidak henti merenung Shazira, yang masih lagi tidak sedar akan kehadirannya.

Tidak lama kemudian, acara tamat dan Shazira mula melangkah keluar dari dewan, bersiap untuk pulang kerumah nya. Namun, langkahnya terhenti apabila Hazel tiba-tiba menahannya.

Shazira memandang Hazel dengan tajam. "Apa you ni? Ketepi lah! I nak balik, I penat tau," Rungut Shazira.

"Eh, relax lah. I kan dah bagitau you ada someone special yang I nak tunjuk," Balas Hazel dengan nada nakal sambil mengangkat keningnya secara menggoda.

Shazira memerhatikan Hazel dengan teliti, seakan cuba memastikan tiada helah di sebalik kata-kata itu.

"Apa dia? Cepatlah...I tak ada masa ni," Desak Shazira.

"Alah, sabar lah. Meh sini, ikut I." Hazel berkata sambil menarik tangan Shazira. Mereka menuju ke suatu sudut di mana seorang lelaki sedang berdiri, bersandar di dinding dengan tangan bersilang di dada, jelas sedang menanti seseorang.

Shazira menyipitkan matanya, cuba mengenali figura di hadapannya itu. "Siapa tu?" Soal Shazira dengan penuh curiga.

"Shhh...just someone special for you," Jawab Hazel dengan senyuman penuh usikan.

"Huh?" Shazira masih terpinga-pinga, tidak mampu menangkap maksud kata-kata Hazel.

Tanpa membuang masa, Hazel menarik tangan Shazira, membawanya semakin dekat ke arah Rayyan. Saat jarak mereka semakin hampir, mata Shazira dan Rayyan saling bertaut.

Hazel melepaskan pegangan tangan Shazira dan berundur beberapa langkah, memberi ruang kepada kedua-duanya.

Shazira dan Rayyan masih saling merenung, dengan emosi mereka bercampur baur. Terkejut? Kekok? Teruja? Semua itu berputar dalam fikiran Shazira.

Rayyan pula, hanya diam. Tatapannya dingin, menembusi mata Shazira sebelum dia perlahan-lahan mengalihkan pandangannya ke arah Hazel, seakan menuntut penjelasan.

Shazira juga memandang Hazel dengan penuh kehairanan, masih terperangkap dalam rasa terkejut kerana tidak pernah menyangka akan bertemu Rayyan pada malam ini.

Hazel melihat mereka bergilir sebelum tersengih seperti tidak bersalah. "What? Kenapa pandang I macam tu?" Soal Hazel dengan nada selamba.

Sebelum, Hazel melangkah perlahan ke hadapan, mendekatkan wajahnya ke telinga Shazira. Dengan senyuman nakal di bibir, dia berbisik lembut, "Surprise..."

Shazira terpaku, menatap Hazel dengan penuh kekaguman. Tidak pernah dia menyangka, setelah sekian lamanya kesempatan ini akhirnya tiba-bertemu lagi dengan Rayyan.

Senyuman Hazel semakin melebar, sambil memberi isyarat halus kepada Shazira untuk mengambil langkah pertamanya, sebelum dia melangkah pergi, meninggalkan mereka berdua dalam suasana sepi.

Shazira tersenyum sendiri, jantungnya berdegup kencang. Sementara itu, Rayyan masih diam, berdiri di tempatnya, merenung Shazira tanpa sebarang ekspresi. Sukar ditafsirkan apa yang bermain di fikirannya saat ini.

Shazira menghela nafas panjang, cuba meredakan debaran di dadanya. Dia melangkah perlahan ke arah Rayyan, terasa bagai langkahnya berat, namun dipaksa oleh rasa ingin tahu yang mendalam. Suasana di sekeliling seolah-olah sunyi, hanya tinggal mereka berdua, terikat dalam keheningan mereka.

Shazira bersuara, suaranya lembut dan sedikit bergetar dalam nadanya, "Urmm..h-hye.."

Rayyan tidak bergerak, namun pandangannya kini tertumpu sepenuhnya pada Shazira. Ada sesuatu dalam matanya yang sukar dibaca-seolah-olah ada dinding tebal yang menghalang sebarang emosi daripada terzahir.

𝐇𝐞'𝐬 𝐌𝐢𝐧𝐞 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now