He's Mine 9

26 4 0
                                    

.

.

.

"Sayangg...jangan degil boleh tak?" Tegas Noah. Noah sudah berasa mengalah dengan sikap isteri nya yang degil.

"Tak nak! Tak nak! Nak jugak!" Amani juga tidak mahu mengalah dan memeluk tubuhnya sendiri sambil memuncungkan bibirnya.

Noah mengeluh. Menyesal dia bawa Amani melihat haiwan-haiwan di sini. Niat nya hanya mahu Amani berasa gembira dan tidak berasa begitu bosan tinggal di rumah. Jadi dia bawa lah Amani ke Zoo untuk melihat kawan-kawan nya di sini.

Tetapi dia tidak menyangka pula bahawa Amani akan meminta sesuatu yang bukan-bukan.

"Sayang please..jangan buat hubby macam ni. Kita tunggang haiwan lain je ye? Tak nak lah haiwan tu. Bahaya. Lagipun mana ada orang tunggang haiwan tu sayang.." Noah merenung wajah isteri nya yang sedang merajuk.

"Sebab tak ada orang tunggang haiwan tu la kita kena jadi orang yang pertama tunggang dia!" Balas Amani.

"Ya Allah.." Noah meraup wajahnya sebelum memandang wajah Amani.

"Sayang..sebelum kita nak tunggang dia tu, sempatlah dia makan kita dulu yang! Harimau tu..ingat kucing ke?" Mahu menangis rasa nya apabila bercakap dengan Amani yang begini. Semenjak Amani mengandung, perangai nya sangatlah pelik dan sentiasa meminta sesuatu yang bukan-bukan yang susah untuk dia tunaikan.

"Kucing mana boleh..kecik. Harimau ni besar. Boleh lah kalau nak tunggang. Baru best! Hubby kan pandai pujuk binatang? Pujuk la cik harimau tu jangan makan kita..." Balas Amani sambil mengerdipkan matanya berkali-kali berharap Noah bersetuju dengan permintaan nya.

"Hubby nak pujuk sayang pun susah..ni nak suruh hubby pujuk harimau? Mati lah hubby dulu sayang!"

"Alahh..try lah dulu. Mana tahu kalau harimau tu berlembut hati. Cakap lah dengan dia elok-elok". Amani memandang wajah Noah sambil memuncungkan bibirnya.

Noah mengeluh perlahan sebelum memandang kearah harimau yang berada di dalam sangkar yang juga sedang merenung kearah Noah dan Amani.

Selagi tidak melakukan apa yang di suruh, selagi itu lah isteri nya tidak mahu mengalah. Jadi ikutkan sahajalah kehendak isteri nya.

Noah berdehem kecil, senyumannya tersungging penuh mesra. "Wahai cik harimau sayang...isteri tersayang saya, yang manja dan penuh pesona ini, sangat berkeinginan untuk menunggang awak. Adakah cik harimau sudi memberi izin kepada isteri comel saya untuk menunggang awak?" Rayu Noah dengan lembut. Terasa sedikit malu dengan orang-orang yang melihat nya yang sedang merayu kepada seekor harimau.

Harimau itu hanya diam dan menguap sambil menggoyang-goyangkan ekor nya ke kiri dan ke kanan.

Amani melihat wajah Noah sebelum memukul dada Noah dengan sedikit geram. "Kenapa hubby panggil harimau tu sayang? Hubby nak curang ke?"

Dahi Noah sedikit berkerut sambil menggosok dadanya yang baru sahaja di pukul oleh Amani. "Huh? Curang? Mana ada..tadi kan sayang yang suruh hubby pujuk harimau tu. Jadi hubby pujuk dia lah tadi"

"No! Kalau macam tu, sampai hati hubby! Sama kan sayang dengan harimau!" Rengek Amani sebelum melangkah pergi meninggal kan Noah yang sedang terpinga-pinga itu.

"Aik? Aku ada salah cakap ke? Aduhh.." Noah menggaru kepalanya yang tidak gatal sebelum mengejar langkah Amani.

"Sayang! Tunggu hubby!"

𝐇𝐞'𝐬 𝐌𝐢𝐧𝐞 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now