He's Mine 8

18 5 0
                                    

9 tahun kemudian...

Sepasang kaki melangkah menuju ke terminal KLIA sambil matanya melilau mencari kelibat seseorang yang dirinduinya.

“Shazira!!!” Satu jeritan riang mengejutkan suasana, tangan melambai tinggi ke udara.

“Eh, you ni! Tak boleh ke jangan jerit-jerit? Malu I tau, orang semua tengok sini,” Bisik Noah perlahan di telinga Amani.

“Eh biarlah! Kawan I balik dari Malaysia kot! You diam!” Balas Amani, memutar matanya sebelum sambung melompat-lompat sambil terus melambai.

"Allah.." Mahu gugur jantung Noah melihat isteri nya melompat-lompat sebegitu rupa. Noah memeluk tubuh Amani erat. Menahannya daripada terus melompat.

Shazira yang sudah berada di hadapan Noah dan Amani segera menjentik dahi Amani secara lembut dan sengaja.

"Aduh! Apa ni Sha!" Rengek Amani sambil menggosok dahinya.

"Kau tu lah. Terlompat-lompat pehal? Kandungan kau tu kan baru lagi. Hati-hati lah" Tegur Shazira dengan lembut tetapi tegas.

Amani mencebik. "Kau ni..balik-balik bukan nak peluk aku ke apa ke. Ni nak marah-marah aku pulak. Sama je macam Noah!" Kata Amani sambil memeluk tubuhnya sendiri dan memuncungkan bibirnya kehadapan.

Noah, melihat aksi manja isterinya, segera menarik bibir Amani dengan dua jari sehingga Amani merengek dan memukul dada bidangnya.

Noah ketawa terbahak-bahak dengan tindakan Amani itu. Kalau tak usik isteri nya sehari bukan Noah Daniel la jawabnya!

Shazira hanya tersenyum sendiri melihat sepasang suami isteri di hadapan nya ini. Ceyh! Nak sweet-sweet pun tak bertempat. Shazira menggulingkan matanya.

Tiba-tiba Amani memeluk tubuh Shazira dengan erat. "Aku rindu kau..kau tak rindu aku ke?"

Shazira tersenyum lembut dan membalas pelukan Amani. "Mesti lah aku rindu kau. Kau kan kawan baik aku. Yang ada selalu dengan aku..walaupun dalam susah dan senang.."

Shazira melepaskan pelukan itu dan melihat wajah Amani yang sudah dihiasi dengan air mata. Shazira mengusap air mata Amani dengan lembut. "Jangan lah nangis...walaupun aku duduk jauh sana, tapi kita kan rajin call jugak? And now..aku ada kat depan kau dah sekarang. Tak payah nak nangis-nangis dah. Sensitif sungguh la ibu mengandung ni," Gurau Shazira.

Amani menggeleng perlahan. "No..aku bukan menangis sebab tu. Tapi aku menangis sebab lain.." Kata Amani.

"Huh? Sebab apa?" Soal Shazira dengan hairan.

"S-sebab..sebab kau pijak kaki aku..sakit.." Kata Amani teresak-esak.

Shazira melihat kebawah dan ya, dia sedang memijak kaki kiri milik Amani. Kemudian Shazira berundur kebelakang sedikit sambil tersengih. "Sorry...mana lah aku nak perasan," Kata Shazira dengan tidak bersalah nya.

Amani terus memeluk Noah, menangis di dadanya. Noah hanya mengeluh sambil tersenyum lucu,"Dah-dah la tu. Jom. Kitorang hantar kau balik"

Shazira memandang wajah tampan Noah. Wah, bertambah kacak lepas berkahwin ni tetapi tetap tidak boleh melawan kekacakan Rayyan, hehe.

"Memang lah korang kena hantar aku balik. Takkan nak tinggal aku kat sini kot" Kata Shazira.

"Haah. Memang aku nak tinggal kau kat sini pun..nanti biar buah hati kau je ambik kau. Werkk" Ujar Noah sebelum dia melarikan diri sambil menarik tangan Amani bersamanya.

Ya, Noah sudah tahu bahawa Shazira menyimpan rasa suka terhadap Rayyan daripada mulut Amani sendiri. Amani telah menceritakan segala-galanya kepada Noah dan meminta Noah merahsiakan perkara ini daripada Rayyan terlebih dahulu.

𝐇𝐞'𝐬 𝐌𝐢𝐧𝐞 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now