He's Mine 7

29 3 0
                                    

Hari ini, Tengku Shiraz mengunjungi Dato Hilmi di bilik pejabatnya untuk membincangkan projek yang akan berlangsung pada bulan depan.

Setelah perbincangan berakhir, Tengku Shiraz mula mengemas barang-barangnya di atas meja, bersiap untuk pulang. Namun, Dato Hilmi menghalang Tengku Shiraz daripada pergi dan menyatakan bahawa ada beberapa perkara penting yang ingin disampaikannya.

Dengan rasa hairan, Tengku Shiraz memandang wajah Dato Hilmi sebelum kembali duduk. Dato Hilmi tersenyum, "Sebelum aku lupa, aku cuma nak bagitahu kau yang malam ni adik aku ada buat kenduri aqiqah anak dia  dekat rumah aku. Alang-alang dah lama tak jumpa kan? So buat sekali majlis dekat situ. Kalau ada masa, jemputlah datang sekeluarga."

Tengku Shiraz mengangguk faham. "Ha yelah aku datang. Rasa nya kitorang sekeluarga pun tak ada apa-apa malam ni. InshaAllah kalau ada masa aku datang rumah kau".

Keceriaan terpancar di wajah Dato Hilmi, dan mereka berjabat tangan sebelum Tengku Shiraz pulang ke rumah.

Setelah tibanya di rumah, Shazira yang sedang menonton television segera berpaling kearah Tengku Shiraz yang sedang membuka kasutnya sebelum masuk kedalam.

"Papa!" Sapa Shazira dengan gembira sebelum menghampiri kearah Tengku Shiraz.

Tengku Shiraz tersenyum lembut semasa anak perempuan nya menyalam tangannya. "Malam ni kita pergi rumah Uncle Hilmi tau? Sebab adik dia ada buat kenduri aqiqah kat sana. Sha ikut sekali ye?" Kata Tengku Shiraz dengan lembut.

"Oh yeke papa?! Okay! Mestilah Sha akan ikut, hehe" Kata Shazira dengan teruja. Mana tidaknya, nak pergi rumah crush kan? Mestilah happy.

"Ha kalau macamtu pergi bagitahu mama kamu dengan yang lain tau? Suruh dorang bersiap sekarang. Sha pun sama, pergi bersiap jugak lepas bagitahu dorang, faham?" Kata Tengku Shiraz.

Shazira mengangguk laju. "Okay papa!"

Tengku Shiraz mengangguk perlahan dan ingin melangkah menuju ke biliknya sebelum dia berhenti dan memandang wajah Shazira semula. "And one more thing..papa tak nak Sha pakai baju pelik-pelik, okay? Pakai baju yang sopan-sopan sikit. Jaga air muka family kita and family dorang jugak, faham??" Kata Tengku Shiraz dengan sedikit tegas.

Shazira tersengih. "Hehe okay papa. Don't worry..Sha takkan pakai kostum chicken-chicken tu lagi. Sha akan pakai pakaian yang sopan dan ayu-ayu jer, okay?"

Tengku Shiraz menggeleng perlahan. "Hm yelah. Dah pergi sana beritahu yang lain astu terus pergi bersiap"

Shazira mengangguk laju dan segera pergi ke dapur untuk berjumpa dengan Puan Raisya.

Setalah beberapa jam kemudian. Shazira melihat dirinya di hadapan cermin. Shazira memakai baju kurung berwarna baby blue dan tudung shawl berwarna putih.

Shazira tersenyum sendiri melihat penampilan diri nya di hadapan cermin.

"Boleh lah ni. Ayu dah..hehe" Getus Shazira seorang diri.

Setelah puas membelek dirinya di cermin, Shazira melangkah keluar dari biliknya dengan penuh keyakinan. Dia menuruni tangga menuju ke ruang tamu, di mana Puan Raisya, Tengku Shiraz, dan dua orang abangnya sedang menanti di sofa.

Tengku Shahrul berpaling ke sisi, matanya tertumpu pada adik perempuan yang semakin menghampiri mereka.

"Ha turun dah pun budak acah diva ni," Kata Shahrul dengan mengejek sambil menggulingkan matanya.

"Lama nya kau bersiap dik. Kau buat baju ke kat atas tu?" Kata Tengku Shahmil pula.

"Entah! Baik kau keluar esok je daripada bilik tu. Berjanggut dah aku tunggu kau tau?" Sampuk Shahrul.

𝐇𝐞'𝐬 𝐌𝐢𝐧𝐞 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now