Rayyan melangkah tenang menghampiri mereka sebelum duduk di sebelah Datin Iris di sofa. Kalau bukan kerana mommynya, pasti dia tidak akan berada di sini.
"Ini Adam, kan? Wah, makin kacak! Lama aunty tak jumpa. Nampak lain betul sekarang. Kalau makin dewasa, mesti lagi handsome ni," Puji Puan Raisya dengan senyuman manis.
Rayyan hanya membalas dengan senyuman kecil, sekadar menghargai pujian itu.
Di sisi lain, Shazira terpaku, memerhati senyuman halus yang terukir di wajah Rayyan. Walaupun senyuman itu bukan untuknya, tetapi hatinya berdegup lebih laju. 'Andai lah aku dapat melihat senyuman itu setiap hari,' Bisiknya dalam hati, lalu menggeleng perlahan. 'No, aku akan dapat melihatnya juga nanti, tapi bukan sekarang. Suatu hari nanti...ya, suatu hari nanti,' Bisiknya lagi, penuh tekad.
Puan Raisya memerhati anak perempuannya yang kelihatan hanyut dalam lamunan, lalu dia menyentuh bahu Shazira dengan lembut, namun penuh ketegasan. "Sha!"
"Eh mama Sha terbang!" Melatah Shazira kerana terkejut.
"Hey! Bila pula mama terbang? Sayap pun tak ada..macam mana nak terbang?" Soal Puan Raisya.
Shazira tersengih. "Tak perlu ada sayap...mama nak terbang ke hati Sha terus pun boleh dah, hehe."
"Hmph! Daripada mama terbang masuk kedalam hati kamu, lebih baik mama terbang masuk ke dalam hati papa kamu je. Lagi baik and lagi sweet."
Shazira mencebik.
Datin Iris mengukir senyuman halus melihat telatah Puan Raisya dan Shazira. Dalam hati dia berfikir, andai dia juga mempunya anak perempuan, mungkin dia akan merasai keakraban seperti itu.
Pandangan Datin Iris kemudian beralih kepada anak lelakinya, Rayyan. Dengan lembut, dia memanggil, "Yan..."
Rayyan yang sejak tadi membisu, segera mengalihkan pandangannya kepada ibunya. "Hm?"
"Yan masih ingat tak pada Shazira? Yang sekarang ni sedang duduk di hadapan Yan ni?" Tanya Datin Iris sambil memandang tepat ke arah anaknya. Mendengar namanya disebut, Shazira spontan menoleh ke arah Puan Raisya, sebelum akhirnya matanya bertemu pandangan Rayyan.
Rayyan angguk. "Of course, Yan ingat. Dia je salah satu nya perempuan yang pelik bagi Yan. Walaupun dah lama tak jumpa, tapi Yan masih ingat. Tengok lubang hidung dia pun Yan dah dapat cam" Kata Rayyan selamba.
Shazira memandang nya tajam apabila mendengar kata-kata Rayyan itu. "Ohhh...tengok lubang hidung saya pun awak dah dapat cam? Hebat nya awak! Mesti saya pun salah satu orang yang penting dalam hidup awak kan? Sebabtu lubang hidung saya pun awak tahu! Thanks, Rayyan. Terharu saya dibuat nya" Perli Shazira.
Rayyan tersenyum sinis. "You're welcome, shorty. But, tentang kau penting dalam hidup aku tu sorry la. Kau tak penting pun. Just muka kau tu yang macam sepuluh sen punya. So mudahlah aku ingat. Daya ingatan aku pun kuat jugak."
"Hello! Please don't call me 'shorty' sebab saya tak pendek! Awak tu yang terlajak tinggi, ada hati nak kata orang pendek and muka saya ni bukan sepuluh sen punya! Tapi muka mahal punya tau? Awak apa tahu? Hmph!" Shazira memeluk tubuhnya sendiri sambil wajahnya segera dipalingkan ke arah lain, jelas menunjukkan dia sedang merajuk!
Rayyan menggulingkan matanya. "Muka mahal apa macam tu? Tak cantik langsung. Lepastu kau buat muka merajuk macam tu, lagi bertambah buruk aku tengok" Ingat comel ke buat muka macam tu? Tapi memang comel pun.
"Yan..apa kata macam tu dekat Shazira? Tengok tu..habis merah dah muka dia" Tegur Datin Iris, tegas.
"So? Bukan urusan Yan. Biarlah dia nak jadi merah ke, pink ke, hitam sekalipun...yang penting, dia tak ada kena-mengena dengan hidup Yan," Balas Rayyan, suaranya sinis dan penuh acuh tak acuh.
YOU ARE READING
𝐇𝐞'𝐬 𝐌𝐢𝐧𝐞 | 𝐎𝐆
RomanceKarya pertama saya: Tengku Shazira Adania × Adam Rayyan Harith Tengku Shazira Adania, seorang gadis ceria dan peramah, telah menyimpan perasaan terhadap Adam Rayyan Harith selama 15 tahun tanpa pengetahuan lelaki itu. Sejak umurnya mencecah 25 tah...