"Papa dengan mama nak pergi mana ni?" Tanya Shazira sambil menatap wajah Tengku Shiraz dan Puan Raisya secara bergilir.
"Oh, papa dengan mama nak pergi rumah kawan papa sekejap. Ada hal yang nak di bincangkan disana," Kata Puan Raisya.
"Kenapa mama nak ikut sekali? Duduk je lah dekat rumah ni dengan Sha." Shazira memuncungkan bibirnya kehadapan.
"Mana boleh. Mama kena ikut papa" Celah Tengku Shiraz sambil memegang tangan isteri nya dengan erat.
"Eh, kenapa pulak? Biasanya okay jer papa pergi sendiri. Ni kenapa nak berteman pulak?" Ujar Shazira tidak berpuas hati. Biasanya kalau Tengku Shiraz mahu keluar untuk berjumpa dengan rakan nya tentang hal kerja, pasti Tengku Shiraz hanya akan pergi sendiri.
"Suka hati papalah. Ini kan isteri papa. Papa kena lah bawa isteri kesayangan papa ni," Usik Tengku Shiraz sambil mencium dahi Puan Raisya. Sengaja mahu panaskan hati Shazira.
Puan Raisya ketawa kecil melihat wajah memerah anak perempuan nya. Tak puas hati la tu.
"Tak boleh! Mama kena duduk rumah dengan Sha!" Shazira berkata tegas sambil menarik tangan Puan Raisya jauh dari Tengku Shiraz.
"Eh takde-takde. Mama Sha ni isteri papa tau? So suka hati papa lah nak bawak mama ke nak tinggal mama ke sebab mama Sha ni isteri papa. Sekarang papa nak mama ikut papa". Tengku Shiraz menarik semula tangan Puan Raisya dari Shazira dan memeluk tubuh Puan Raisya dengan erat.
"Apa ni! Mana boleh!" Shazira merengek dan menghentak-hentakkan kakinya.
"Eyyy dah besar panjang pun perangai macam budak 6 tahun. Budak 6 tahun pun tak macam ni" Sindir Puan Raisya sambil tersenyum lucu melihat anak perempuan nya.
Kemudian Tengku Shiraz melihat jam tangannya sebelum memandang wajah Shazira. "Okaylah, Sha. Papa dengan mama gerak dulu ye? Nanti lama pulak kawan papa tu tunggu."
Shazira yang mendengar itu segera membantah. "No! Papa kena bawak Sha jugak. Sha nak ikut! Please..." Shazira merengek panjang sambil mengelipkan matanya berkali-kali.
"For what?" Soal Tengku Shiraz sambil mengangkat kening nya ke atas.
Shazira memuncungkan bibirnya. "Alaaa papa ni..tak risau ke kalau anak papa ni nanti kena culik? Dah la anak papa ni cantik, comel, bijak dan...macam-macam lagi lah! Ha papa tak risau ke?" Kata Shazira.
"Sapa pulak nak culik kamu Sha. Lagipun dalam rumah ni bukan kamu sorang je. Mak cik Aini pun ada. Abang-abang kamu pun ada" Ujar Tengku Shiraz.
"No. Benda kalau nak jadi, kita bukan tahu. Betul tak mama?". Shazira memandang wajah Puan Raisya. Puan Raisya hanya diam sambil tersenyum lembut.
Tengku Shiraz mengeluh. Anak perempuan nya ini memang manja. Lepastu kalau nak A, A jelah tak nak B dah. "Ikut kamulah. Tapi jangan mengadu dekat papa pulak kalau bosan. Kami kesana bukan berseronok. Bincang hal kerja. Sama jugak kamu akan duduk sorang-sorang nanti."
"Eh kenapa pulak? Mama pergi sana pun bukan mama nak join papa sekali pun kan? Mesti sebab nak sembang dengan isteri kawan papa tu je," Kata Shazira.
"Yelah..but still sama. Takkan Sha nak sembang jugak dengan mama dan isteri kawan papa tu? Dorang mesti sembang hal dorang je. Tak ada masa nak sembang dengan Sha," Usik Tengku Shiraz.
"Alah, Sha tak kisah pun. Janji Sha boleh ikut. Lagipun..kotlah anak kawan papa tu ada anak lelaki ke kan? Boleh Sha try," Gurau Shazira.
"Gatal. Jangan nak mengada. Anak teruna orang tu. Perangai elok sikit ye," Tegur Puan Raisya. Shazira ketawa besar manakala Tengku Shiraz menggeleng perlahan.
Setelah sesi panjang pujuk-memujuk, akhirnya Tengku Shiraz akur juga dan membenarkan Shazira mengikuti mereka menuju ke rumah sahabat karib papanya. Perjalanan itu penuh dengan keterujaan Shazira kerana dapat mengikuti Tengku Shiraz dan Puan Raisya.
"Assalamualaikum"
“Waalaikumussalam,” ucap Dato' Hilmi sambil berjabat tangan erat dengan Tengku Shiraz. Di sisi lain, Datin Iris dan Puan Raisya pula bersalaman mesra sebelum berpelukan erat, seolah-olah melepas rindu yang lama terpendam.
“Lama betul Iris tak jumpa Isya. Rindu sangat!” Datin Iris bersuara, meleraikan pelukan sambil tersenyum lebar.
“Isya pun rindu Iris,” Balas Puan Raisya, senyum manis menghiasi wajahnya. Walaupun baru semalam bertemu, tetapi sengaja mahu berdrama lebih sedikit, hehe.
Shazira melangkah ke hadapan dengan penuh sopan, menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Datin Iris. “Assalamualaikum, Aunty Iris. Cantik sangat Aunty hari ini,” Ujarnya dengan senyuman manis dan ramah.
Pipi Datin Iris memerah sedikit, tersipu malu. “Ada-ada saja kamu ni, mana ada,” Balasnya, sambil menepuk lembut bahu Shazira.
Shazira tergelak kecil. “Betul lah, Aunty. Aunty macam bidadari yang turun dari langit. Uncle beruntung dapat isteri secantik Aunty,” Katanya sambil berjenaka. Tak salah kan, kalau nak ambil hati bakal mak mertua? hehe.
Sejak tiba di rumah Dato' Hilmi, suasana di rumah itu terasa begitu akrab baginya. Dan setelah melihat wajah Dato’ Hilmi dan Datin Iris, Shazira semakin yakin—ini pasti rumah ibu bapa Rayyan.
"Amboi..bodek-bodek Aunty Iris ni ada something ke?" Soal Puan Raisya dengan nada mengusik.
Shazira tersengih. "Mana ada apa-apa. Lagipun betul apa yang Sha cakap? Aunty Iris ni cantik!"
"Yelah Sha! Yelah!" Puan Raisya menggelengkan kepalanya. Pening dengan perangai Shazira.
"Jealous la tu sebab Sha puji orang lain cantik!" Shazira ketawa.
Lima minit berlalu, Puan Raisya, Datin Iris, dan Shazira semakin asyik berbual dan ketawa riang, manakala Dato' Hilmi dan Tengku Shiraz sudah pun berundur ke bilik pejabat untuk berbincang tentang projek baharu mereka.
Tiba-tiba, muncul seorang jejaka kacak menuruni tangga dengan langkah yang tenang namun penuh pesona. Pandangan Shazira serta-merta tertumpu pada sosok itu—Adam Rayyan Harith. Lelaki yang telah mencuri hatinya sejak dia berumur sembilan tahun. Meskipun dia berusaha melupakan Rayyan, hatinya tetap keras menolak, masih terpaut kepada jejaka yang tidak pernah mempedulikannya.
Shazira sendiri tidak faham mengapa dia masih menyukai Rayyan, seorang lelaki yang sering dingin dan tidak pernah melayan perasaannya. Namun, hatinya tetap setia memilih Rayyan. Mungkinkah ini yang dikatakan cinta pandang pertama? Yang pasti, perasaannya kini begitu kuat, dan Shazira telah bertekad—suatu hari nanti, Rayyan akan menjadi miliknya.
“Wait for me, Rayyan,” Bisik Shazira perlahan, matanya tidak beralih walau sesaat dari wajah kacak Rayyan. Ada tekad yang tersembunyi di balik lirikan itu, seolah hatinya berbicara lebih kuat dari kata-kata yang terluah.
TBC ❤️
VOTE
YOU ARE READING
𝐇𝐞'𝐬 𝐌𝐢𝐧𝐞 | 𝐎𝐆
RomanceKarya pertama saya: Tengku Shazira Adania × Adam Rayyan Harith Tengku Shazira Adania, seorang gadis ceria dan peramah, telah menyimpan perasaan terhadap Adam Rayyan Harith selama 15 tahun tanpa pengetahuan lelaki itu. Sejak umurnya mencecah 25 tah...