Hari ini tiba-tiba sahaja Shazira menelefon nya dan mengajak nya pergi ke Pavilion Mall. Katanya mahu mencari sesuatu di sana. Tetapi sehingga sekarang masih lagi tidak ada apa-apa yang di beli oleh Shazira.
"Kau sebenarnya nak beli apa ni? Aku rasa dah 8 rounds dah kita pusing tempat yang sama je. Tapi satu kedai pun kau belum masuk and satu habuk barang pun tak ada yang kau beli lagi" Kata Amani yang sudah mula bosan. Kakinya juga sudah berasa lenguh. Mana tidak nya kalau sudah berjalan hampir satu jam di sini saja.
"Sha...kau dengar tak ni?" Kata Amani lagi apabila dia melihat Shazira hanya diam. Budak ni tengah cari apa? Mata tak habis-habis melilau kesana kesini. Macam sedang mencari sesuatu. Bila di tanya, tidak di jawap. Amani mengeluh perlahan.
"Shhh...kau boleh diam tak? Sabar lah" Kata Shazira.
"Macam mana aku nak sabar? Kaki aku ni dah lenguh. Dah nak tercabut dah rasa nya kau tahu tak? Kita rehat dulu lah boleh?" Cadang Amani.
"Haishh kau ni, lembik betul lah! Yelah..jom," Kata Shazira.
Amani tersengih. "Jangan lah marah kita mommy. Takut titeww..."
Shazira menggulingkan matanya. "Banyak la mommy kau."
"Hehe gurau je. Btw Sha..jom kita pergi Rollney Cafe! Aku teringin nak makan ais krim dorang. Jom lah kita try! " Ujar Amani dengan teruja.
"Hm yelah. Jom-jom" Kata Shazira.
Kemudian, Shazira dan Amani mula melangkah menuju ke Rollney Cafe.
Semasa mereka tiba di sana. Shazira seperti ternampak seseorang yang dia kenali. Noah. 'Oh..kat sini rupa nya. Tapi mana Rayyan?' bisik nya dalam hati sambil matanya melilau mencari kelibat Rayyan.
"Weh Amani. Jom kita duduk sana nak tak?" Soal Shazira sambil menunjuk kearah tempat di mana Noah berada.
"Eh, ada Noah. Kalau dia ada kat sini..mesti Rayyan pun ada juga kan?" Kata Amani sambil tersenyum mengusik kearah Shazira.
"Haah, ye kot. Tapi jom lah.." Tanpa membuang masa, Shazira menarik tangan Amani menuju kearah meja Noah.
"Hye Noah! Sorang je ke?" Kata Shazira dengan ramah.
Noah yang sedang melihat telefon nya segera memaling memandang kearah Shazira dan Amani. "Oh Sha..Ingat siapalah tadi. Tak adalah, aku dengan Rayyan. Tapi dia pergi tandas sekejap."
"Ohh yeke. Boleh aku nak join duduk sini sekali?" Soal Shazira.
"Eh of course! Duduk lah. Ada dua kerusi kosong ni. Silakan" Kata Noah sambil tersenyum manis. Shazira dengan Amani segera duduk.
"Korang buat apa dekat mall ni?" Soal Noah kepada Amani dan Shazira.
"Entah! Aku pun tak tahu aku buat apa dekat sini," Perli Amani.
"Aik? Macam mana boleh tak tahu?" Soal Noah lagi.
“Ni..ni..kau tanya budak sebelah aku ni. Kau nak tahu tak? Satu jam aku ikut dia merayau, tapi satu barang pun dia tak dibeli lagi. Kalau nak tunggu aku, memang tidaklah! Aku memang bukan peminat membeli-belah. Datang sini pun sebab dia suruh teman aje,” Geramnya mengenangkan sikap Shazira.
Hingga kini, dia masih tidak tahu apa yang sebenarnya dicari oleh Shazira. Yang dia tahu, satu-satunya perkataan yang keluar dari mulut Shazira adalah 'sabar, sabar, sabar' itu sahaja.
Noah ketawa. Manakala Shazira menjelingnya tajam. "Amboi kau..pandai mengadu dah nampak?" Perli Shazira. Amani hanya tersengih.
"Sorry aku lamb-". Rayyan segera terdiam apabila melihat Shazira yang juga berada di sini. Shazira melihat kearah Rayyan dan memberikan senyuman manis untuknya.
YOU ARE READING
𝐇𝐞'𝐬 𝐌𝐢𝐧𝐞 | 𝐎𝐆
RomanceKarya pertama saya: Tengku Shazira Adania × Adam Rayyan Harith Tengku Shazira Adania, seorang gadis ceria dan peramah, telah menyimpan perasaan terhadap Adam Rayyan Harith selama 15 tahun tanpa pengetahuan lelaki itu. Sejak umurnya mencecah 25 tah...