Cafe
"Kau ni..bosan aku tengok kau dari tadi tahu tak? Boleh tak time kau keluar dengan aku, kau stop buat homework kau tu" Amani memandang nya dengan bosan.
Diam.
"Sha.."
Diam.
"Shaaa kau dengar tak ni.."
Diam.
BAM!
"Tengku Shazira Adania!!" Amani mengetuk meja dengan kuat hingga bahu Shazira terangkat sedikit. Nasib baiklah kafe tak ramai orang hari ini. Kalau tidak, siapa yang nak tanggung malu?
Shazira memandang tajam ke arah Amani.
"Apa hal kau ni? Boleh tak diam sekejap? Aku nak fokus pun tak boleh, bising sangatlah" Kata Shazira dengan nada menahan marah. "Kalau aku hempuk kepala kau ni, apa pun tak dapat kang.."
"Ish! Kau la. Aku cakap dari tadi buat tak dengar aje kan? Homework kau tu, buat kat rumah pun boleh" Geram dia dengan kawan nya ini. Yang rajin sangat ni apehal? Nak acah-acah la tu.
"Kau ni..homework cikgu bagi banyak kot. Ingat cuti-cuti seminggu ni boleh ke siapkan?" Daripada duduk di sini seperti orang yang tiada kerja, lebih baik dia siapkan homework yang banyak macam gunung everest ni. Cikgu pun satu! Cuti-cuti sekolah ni orang nak rest-rest je, bukan nak belajar!
"Huh! Kau tu dah siap ke? Nanti bila sekolah mula, kena denda dengan cikgu baru kau tahu. Aku tak nak tolong!" Balas Shazira, sengaja mahu menakut-nakutkan Amani.
"Apa susah sangat? Nanti aku tengok je lah kau punya" jawab Amani sambil tersengih seperti kerang busuk.
Shazira menjeling menyampah. "Itu aje yang kau tahu kan?"
"Eh tak adalah! ada lagi...bukan yang tu je aku tahu tau? Selain meniru kau..aku juga tahu bagaimana mahu kikis duit kau tu!" Amani ketawa.
Shazira melihat nya dengan tajam sebelum menarik hidung Amani dengan geram.
Amani mengadu kesakitan sebelum Shazira melepaskan nya dan tersengih. "Macam mana? Sedap?"
Amani menggosok hidung nya yang sedikit memerah itu. "Sedap! Sedap sangat-sangat" Sindir Amani.
"Eh? Betul ni sedap? Kau nak lagi ke? Sebab aku boleh je bagi lagi kalau kau nak...sebab aku kan kawan baik kau yang terbaik. Kau boleh pilih kali ni. Kau nak makan penyepak aku ke? Penampar ke? or sesuatu yang lebih menarik, hm?" Shazira menatap wajah Amani sambil tersenyum sinis.
Amani mencebik. "Ish! yayang ni jangan la macam ni..kita gurau je. Tak nak dah..tak sedap pun.." Rengek Amani dengan manja sambil memeluk lengan Shazira.
Shazira mengeluh panjang. "Nasib aku lah dapat kawan macam kau ni, Amani. Nasib sayang"
Amani memandang wajah Shazira dan tersenyum mengusik. "Kau sayang aku? Betul ke? Awww terharu nya aku! Aku pun sayangkan kau jugak!" Amani mencium pipi Shazira.
Shazira memandangnya geli. "Euww what are you doing?"
Amani ketawa. "Kau tak payah nak acah geli sangat depan aku ye? Kau pun sama je dengan aku. Macam lah aku baru kenal kau semalam" Sindir Amani hingga mendatangkan ketawa Shazira.
Tak lama selepas itu, terdapat dua jejaka melangkah masuk ke dalam kafe dengan langkah penuh santai. Mata mereka segera melilau mencari tempat kosong untuk duduk, sebelum salah seorang daripada mereka terlihat sesuatu di hujung sana.
"Weyh, kau tengok tu! Macam Shazira dengan Amani je" Kata Noah, matanya tertancap pada dua gadis yang kelihatan sedang bergurau senda itu.
Rayyan turut memandang ke arah Shazira dan Amani, tetapi pandangannya lama terhenti pada Shazira. Ada sesuatu tentangnya yang membuatkan dia tenggelam dalam renungan nya sendiri.
"Huh! Tenung apa tu sampai tak berkelip mata? Tahu lah ada 'someone' kat situ" Usik Noah dengan senyuman nakal.
"Hm" Rayyan hanya menggumam, masih tenggelam dalam fikirannya.
"Eh eh, main 'hm' pulak dah. Suara mana suara? Ada emas ke kat dalam mulut tu? Atau dah lupa macam mana nak bercakap?" Noah menyindir, lalu duduk di hadapan Rayyan. Dia sudah biasa dengan Rayyan yang kurang berbicara. Kadang-kadang rasa macam bercakap dengan dinding! Cakap dengan kambing pun lagi baik.
"Noah..."
"Hm?" Noah memandang hairan ke arah wajah serius Rayyan.
"Boleh aku tanya kau something?" Rayyan memandangnya, wajah tanpa ekspresi.
"Boleh je. Tanyalah" jawab Noah sambil tersenyum.
"Hm..kau tak rasa penat ke sebab banyak sangat bercakap? Dari sebelum kita masuk sini, aku rasa mulut kau tak pernah berhenti lagi. Cubalah diam sekejap, kasihan mulut kau tu tak dapat nak rehat" Kata Rayyan dengan nada selamba. Senyuman Noah serta-merta pudar.
"Ah kau! Kau sepatutnya bersyukur tau sebab dapat kawan macam aku ni. Yang dapat menceriakan hari-hari kelabu kau tu!" Kata Noah.
Rayyan menggeleng. "No. Aku tak perlukan pun kawan yang banyak mulut macam kau ni. Buat aku sakit kepala je"
Noah mendengus. Sakit pula hati nya mendengar kata-kata Rayyan itu. "Tak baik doh kau cakap macam tu dekat aku. Kalau suatu hari nanti aku tak ada, jangan kau menangis pulak!"
"Okay" jawab Rayyan pendek.
Noah memandang wajah Rayyan dengan geram. Lelaki ni memang tak ada perasaan langsung ke? Kalau aku pergi betul-betul kang baru tahu!
Tanpa amaran, Noah menyepak kaki Rayyan di bawah meja.
"Ah! Sakitlah Noah! Kau asal huh?!"
"Nope. Aku just nak tengok je. Kot-kot ke kau ni tak ada rasa sakit jugak ke kan?" Kata Noah sehingga mendatangkan jelingan tajam daripada Rayyan.
"Kau tahu tak? Kalau kau attitude macam ni. Tak ada perempuan nak kat kau tau? Sebab perempuan tak suka lelaki jenis macam kau. Dorang suka jenis macam aku ni. Lelaki yang sweet, pandai senyum, comel and paling penting romantik la" Kata Noah lagi dengan bangga.
"Iye? Okaylah tu kalau tak ada perempuan yang minat dekat aku ni. Aku pun tak ada masa untuk semua tu. Lebih baik fikir masa depan daripada fikir benda tak penting tu semua" Kata Rayyan.
Noah memandang nya tidak percaya. "Apa kau ni, Ray. Masa depan lah tu! Kau nanti nak kahwin dengan sapa..sapa perempuan yang kau cinta. Sebab kalau kau nak kahwin..kau mesti lah nak kahwin dengan perempuan yang kau cinta kan?"
Rayyan mengeluh sambil menggulingkan matanya. "Noah, kita sekarang ni form berapa?"
Noah terdiam seketika sebelum menjawab dengan gagap, "Form...form five?"
Rayyan mengangguk. "Okay, form five right? So sekarang ni ada exam besar kan? Exam apa?" Soal Rayyan.
"SPM" jawab Noah sambil menelan liur nya.
"Exactly. SPM. Jadi kau rasa aku ada masa ke nak fikir pasal perempuan sekarang? No kan?" Balas Rayyan dengan tenang sebelum bersandar di kerusi, menyilangkan tangan di dada.
Noah terdiam, manakala Rayyan tersenyum sinis.
"Ish! Kau ni tak sporting lah. Bosan aku kawan dengan kau ni" Gumam Noah. Hilang sudah mood nya yang mahu bergurau. Semua nya salah Rayyan!
Sorry kalau awal² ni macam kurang or pape jelah. Tapi InshaAllah saya akan buat yang terbaik 🙏🏻. Thank you yang mana sudi baca 🤍
TBC ❤️
VOTE
YOU ARE READING
𝐇𝐞'𝐬 𝐌𝐢𝐧𝐞 | 𝐎𝐆
RomansaKarya pertama saya: Tengku Shazira Adania × Adam Rayyan Harith Tengku Shazira Adania, seorang gadis ceria dan peramah, telah menyimpan perasaan terhadap Adam Rayyan Harith selama 15 tahun tanpa pengetahuan lelaki itu. Sejak umurnya mencecah 25 tah...