Misha berjalan di pasar pada pagi itu, membawa senarai barang yang perlu dibeli untuk dapur. Sambil memilih sayur-sayuran, dia mula perasan pandangan orang-orang kampung ke arahnya. Bisikan perlahan kedengaran, tetapi cukup jelas untuk membuatkan hatinya terasa.Seorang wanita berbisik kepada kawannya sambil mencuri pandang ke arah Misha.
“Itulah anak mak cik Zaharah tu, kan? Malam tu kecoh betul satu kampung. Ingat nak kahwin, rupanya...”
Kawannya menggeleng-geleng kepala dengan sinis.
“Macam tak tahu malu, buat malu keluarga. Patutlah mak dia nampak selalu marah-marah.”
Misha menggenggam erat plastik yang dipegangnya, cuba menahan perasaan malu dan kecewa yang mula membanjiri dirinya.Dia terus berjalan, tetapi kata-kata tersebut terus menghantui di setiap langkahnya.
“Muda-muda dah buat hal besar. Kalau anak saya, dah lama saya ajar cukup-cukup.”
Misha hanya tunduk, cuba menyelesaikan belian barang dapurnya secepat mungkin untuk mengelakkan diri daripada terus mendengar sindiran dan bisikan yang menyakitkan. Namun, kata-kata mereka seolah-olah melekat dalam fikirannya, membuatkan dia semakin terasa bersendirian di tempat sendiri.
Selepas selesai membeli barang, Misha bergegas pulang, wajahnya tertunduk, cuba menahan air mata yang hampir jatuh. Dalam perjalanan pulang, dia merasa seolah-olah seluruh kampung memandangnya dengan pandangan menghukum.
“Kenapa semua orang seolah-olah menyalahkan aku? Apa mereka tak tahu betapa sukarnya aku lalui semua ini?” katanya di dalam hati
Setelah pulang dari pasar, Misha masuk ke rumah dengan hati yang berat. Dia berharap dapat sedikit tenang, tetapi suara ibunya kedengaran dari ruang tamu, membuatkan dia menghela nafas panjang, cuba menyiapkan dirinya untuk apa sahaja yang bakal dihadapi.
Ibu melihat Misha sambil mendengus. “Lambatnya balik, pergi pasar pun makan masa macam nak beli barang satu bulan. Kau ni memang tak boleh diharap langsung.”
Misha hanya diam, tidak ingin memicu kemarahan ibunya lebih jauh. Dia berjalan menuju dapur untuk menyimpan barang-barang dapur yang baru dibelinya.
“Misha, masa kau jalan kat pasar tadi, mesti semua orang pandang kau, kan? Tahu-tahu sajalah, satu kampung tahu pasal malam tu.” kata Mikayla dengan nada mengejek.
Misha tersentak, tetapi dia terus menahan diri daripada menjawab. Namun, dalam diam, hatinya semakin terluka.
Secara tiba-tiba Ayah dari ruang tamu menyampuk dengan nada berat.
“Misha, ayah tak nak tengok kau buat perkara yang boleh memalukan keluarga lagi. Kalau tak boleh jaga diri, jangan nak pandai-pandai buat keputusan sendiri.”
Setiap kata-kata mereka semakin menekan hati Misha, yang sudah rapuh dengan apa yang dialaminya di pasar tadi. Setelah selesai menyusun barang, dia berlalu ke biliknya, tetapi suara-suara itu terus bergema di kepalanya.
Di dalam bilik, Misha duduk di tepi katil, merenung kosong ke arah tingkap. Air mata yang selama ini ditahannya akhirnya jatuh. Semua yang dikatakan keluarganya dan orang kampung terasa terlalu menyakitkan.
“Kenapa aku tak pernah dihargai? Apa pun yang aku buat, semuanya salah di mata mereka.”
Dia menghela nafas panjang dan mengambil tas kecilnya. Dengan hati yang berat, dia mengemas barang-barang pentingnya, membuat keputusan untuk pergi jauh daripada semua ini. Misha tahu keputusan ini tidak mudah, tetapi dia merasa tidak ada pilihan lain.
Setelah Misha selesai mengemas barang-barangnya ke dalam tas kecil. Dengan hati yang berat, dia memandang sekeliling biliknya, merasakan kesedihan dan kekecewaan menyelubungi dirinya.
Ketika itu, telefonnya berbunyi. Nama Adrian tertera di skrin. Misha menatap nama itu seketika, merasa ragu apakah dia perlu menjawab panggilan itu atau tidak. Namun, dengan hati yang berat, dia memutuskan untuk tidak mengangkat panggilan itu.
Misha berdiri di ruang tamu dengan beg kecil. Dia pandang ibu dan ayahnya sekejap, cuba beranikan diri untuk hulurkan tangan nak salam sebelum pergi. Dia tarik nafas dalam-dalam, cuba senyum walaupun hati dia penuh luka.
“Mak, ayah… Misha balik dulu, ya. Misha minta maaf kalau ada salah, tapi Misha—”
Ibu memotong kata-kata Misha dengan muka penuh benci.
“Kau minta maaf? Kau ni ingat kau siapa? Senang-senang nak keluar masuk rumah macam tak ada malu?”
Hati Misha rasa macam ditusuk. Tapi ibu dia tak berhenti; makin lama makin tajam kata-katanya.
“Anak apa kau ni? Bawa malu! Tak pernah nak buat keluarga bangga. Orang lain ada anak boleh diharap, tapi aku ni dapat kau, anak yang bawa sial. Anak tak guna, bodoh—”
Misha terasa macam lumpuh. Air mata mula bergenang, tapi dia cuba tahan. Tiba-tiba suara ibunya terhenti. Misha dan semua orang di situ terkejut tengok Adrian berdiri di pintu rumah, pandang tajam ke arah mereka.
Adrian Suara tegas dan dingin, memotong suasana.
“Cukuplah, makcik. Kalau nak cakap dengan Misha, cakap elok-elok. Tak perlu sampai macam ni.”
Muka ibu Misha berubah, tergamam sekejap. Ayahnya pun terkedu, tak sangka Adrian tiba-tiba muncul.
Suara ibu mula bergetar, penuh marah tapi juga malu. “Kau ni siapa, nak masuk campur hal keluarga aku?”
Adrian memandang tepat ke mata ibu Misha, dengan suara penuh ketenangan tapi jelas.
“Saya kawan Misha, makcik. Saya tahu ini bukan urusan saya, tapi tak ada sesiapa patut dengar benda-benda macam tu dari mak dia sendiri. Misha tak layak diperlakukan macam ni.”
Misha tengok Adrian, terkejut dan tersentuh. Suasana jadi sunyi. Mata Misha bergenang, tapi dia tahan, malu nak tunjukkan betapa dia terharu.
Adrian Dengan suara sopan, tetapi penuh ketegasan.
“Makcik, saya rasa Misha perlu waktu untuk bernafas dan mencari jalan hidupnya sendiri.Semua orang berhak untuk merasa selamat dalam keluarga mereka sendiri”
Dia menghulurkan tangan untuk mengambil beg dari Misha, tidak mahu dia berasa terbeban lagi.
Misha memandang Adrian, hatinya berasa terharu. Dia mengangguk perlahan dan menyerahkan begnya.
“Terima kasih, Adrian.”
Adrian mengambil beg itu dan berpaling semula ke arah ibu Misha, menjaga nada suaranya meskipun hatinya berasa sakit.
“Saya tahu makcik hanya mahu yang terbaik untuk Misha. Tapi kadang-kadang, cara kita mengatakannya boleh memberi kesan yang lebih mendalam. Misha berhak untuk merasa bahagia dan diterima.”
Ibu Misha terdiam, tidak dapat menyangkal kebenaran kata-kata Adrian. Adrian merangkul bahu Misha dan memandangnya dengan sokongan.
“Saya minta izin bawa anak makcik balik rumah dia.Rumah yang memberikan dia ketenangan dan bukannya kesakitan.”
Kata Adrian dengan sopan.
Mikayla yang melihat keadaan yang tegang saat ini hanya tersenyum sinis.
“Bawak je Kak Misha balik,kalau dia kat sini pun bagi bala je kat keluarga ni.”kata Mikayla lalu masuk ke dalam bilik.
Misha hanya memandang lantai untuk menahan rasa sedih yang menghantui dirinya.
Secara tiba-tiba Adrian memegang tangan Misha untuk menuju ke keretanya tanpa menghiraukan ibu bapa Misha yang sudah naik bengang.
YOU ARE READING
Hati Yang Kau Bawa {OG}
Romance"𝘓𝘰𝘷𝘦 𝘐𝘴 𝘗𝘰𝘪𝘴𝘰𝘯,𝘣𝘶𝘵 𝘪 𝘥𝘰𝘯'𝘵 𝘬𝘯𝘰𝘸 𝘩𝘰𝘸 𝘵𝘰 𝘤𝘶𝘳𝘦 𝘪𝘵" -𝑴𝒊𝒔𝒉𝒂 𝒁𝒆𝒑𝒉𝒚𝒓𝒂- 𝑌𝑎𝑛𝑔 𝑎𝑤𝑎𝑙𝑛𝑦𝑎 𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑙𝑒𝑚𝑝𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑎𝑡𝑎 𝑐𝑖𝑛𝑡𝑎..𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑙𝑒𝑛𝑔𝑘𝑎𝑝𝑖 𝑘𝑒ℎ𝑖𝑑𝑢𝑝𝑎𝑛 𝑚𝑎...