Adrian dan Misha duduk dalam kereta, sunyi seketika selepas kejadian di rumah tadi. Misha memandang keluar tingkap, cuba menenangkan hatinya yang masih terasa pedih.Adrian, di sebelahnya, memandu dengan tenang sambil sesekali menjeling ke arahnya, memastikan dia okay.Adrian dengan suara lembut, memecah kesunyian.
“Kau okay, Misha?”
Misha tarik nafas dalam-dalam, cuba tersenyum kecil walaupun jelas matanya masih sedikit merah.
“Entahlah, Adrian… kadang-kadang rasa macam… penat sangat.”
Adrian mengangguk, memahami apa yang dirasakan Misha. Dia tak mahu desak Misha untuk cerita lebih kalau dia belum bersedia.
Misha memandang Adrian dengan sedikit hairan.
“By the way, macam mana kau boleh sampai kat rumah tadi? Kau memang plan nak datang atau…?”
Adrian tersenyum nipis, sedikit segan tetapi jujur.
“Sebenarnya aku… risau pasal kau. Dah lama kau kat kampung ni, tapi jarang sangat aku dengar cerita atau tengok kau okay. Jadi aku ambil cuti dan datang ke sini, just in case.”
Misha terdiam, terharu mendengar pengakuan Adrian. Dia tak sangka Adrian akan pergi sejauh itu untuk memastikan dia okay.
Misha dengan nada perlahan dan penuh rasa syukur.
“Thank you, Adrian. Aku tak tahu nak cakap apa… aku tak pernah rasa ada orang yang betul-betul ambil berat macam ni.”
Adrian tersenyum, tetapi serius.
“Kau kawan aku, Misha. Aku takkan biar kau hadap semua ni sorang-sorang. Anytime kau perlukan aku, aku ada untuk kau.”
Ada keheningan seketika, tetapi kali ini adalah kesunyian yang selesa. Misha rasa sedikit lega, berasa ada tempat bergantung walaupun hanya seorang kawan.
Misha tersenyum kecil.
“Aku memang bertuah ada kau, Adrian.”
Adrian hanya membalas dengan anggukan dan tersenyum, terus memandu dengan tenang, membawa Misha pergi dari segala yang menyakitkan. Mereka meneruskan perjalanan dalam suasana yang lebih damai.
Adrian dan Misha dalam perjalanan, dan walaupun perbualan tadi telah membantu meredakan hati Misha, ada sesuatu yang masih
memberatkan fikirannya.Akhirnya, setelah beberapa ketika berdiam, Misha memandang Adrian.Misha dengan suara perlahan dan sedikit gementar. “Adrian, boleh tak aku share something dengan kau? Sesuatu yang… aku dah simpan lama.”
Adrian mengangguk dengan tenang, memandang Misha sekejap sebelum fokus semula pada jalan.
“Of course, Misha. Aku dengar, apa pun yang kau nak cerita.”
Misha terdiam sejenak, menarik nafas sebelum mula bercerita.
“Ada seorang lelaki… yang pernah aku sayang. Nama dia Ezra.” Dia berhenti sekejap, merenung ke arah luar tingkap sebelum menyambung.
“Kami dah rancang untuk kahwin… tapi malam tu, semua musnah.”
Adrian mendengar dengan penuh perhatian, tidak menyela, membiarkan Misha meluahkan perasaannya.
“Aku tak tahu apa salah aku… kenapa semua yang aku cuba bina dengan dia hancur macam tu je. Bila orang kampung masih mengata pasal malam tu… aku rasa macam luka lama tu tak pernah hilang.”
Adrian hanya mengangguk, cuba memahami beratnya beban yang Misha tanggung.
Adrian dengan lembut, tapi jujur.
YOU ARE READING
Hati Yang Kau Bawa {OG}
Romance"𝘓𝘰𝘷𝘦 𝘐𝘴 𝘗𝘰𝘪𝘴𝘰𝘯,𝘣𝘶𝘵 𝘪 𝘥𝘰𝘯'𝘵 𝘬𝘯𝘰𝘸 𝘩𝘰𝘸 𝘵𝘰 𝘤𝘶𝘳𝘦 𝘪𝘵" -𝑴𝒊𝒔𝒉𝒂 𝒁𝒆𝒑𝒉𝒚𝒓𝒂- 𝑌𝑎𝑛𝑔 𝑎𝑤𝑎𝑙𝑛𝑦𝑎 𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑙𝑒𝑚𝑝𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑎𝑡𝑎 𝑐𝑖𝑛𝑡𝑎..𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑙𝑒𝑛𝑔𝑘𝑎𝑝𝑖 𝑘𝑒ℎ𝑖𝑑𝑢𝑝𝑎𝑛 𝑚𝑎...