Di dalam pejabat mewahnya, Ezra duduk dengan penuh keyakinan, tangannya memegang dokumen sambil meneliti pelbagai laporan perniagaan.Kedudukannya sebagai salah seorang yang paling berpengaruh dan terkaya di negara menjadikan setiap langkah dan keputusan Ezra diperhatikan ramai. Tapi hari ini, fikirannya terganggu dengan satu nama Misha.
Ketika itu, pintu pejabat diketuk, dan Liyana, sekretarinya, menjenguk kepala.
"Encik Ezra, asisten dari syarikat yang bakal berurusan dengan kita sudah sampai. Nama dia Adrian."
Ezra tersenyum sinis sebaik mendengar nama itu. Sudah lama dia tahu siapa Adrian, lelaki yang kerap bersama Misha kebelakangan ini. Dia melontarkan pandangan sinis ke arah pintu, bersedia untuk menyambut tetamu tak diundang ini.
Pintu terbuka, dan Adrian melangkah masuk dengan wajah penuh keyakinan, namun sedikit terkejut apabila mendapati individu yang bakal ditemuinya adalah Ezra.
Ezra dengan nada tenang tapi tajam, sambil tersenyum sinis.
“Selamat datang, Encik Adrian.Tak sangka… dunia ni memang kecil, kan?”
Adrian terpaku seketika, namun dia berusaha mengekalkan sikap profesional. Dia melangkah masuk dan meletakkan dokumen di hadapan Ezra, cuba untuk tidak terpengaruh dengan pandangan sinis yang dilemparkan kepadanya.
Adrian tenang, cuba mengabaikan sindiran.
“Saya datang untuk urusan kerja. Syarikat saya ingin melihat potensi kerjasama yang bermanfaat.”
Ezra menyilangkan tangan, masih menatap Adrian dengan pandangan penuh ego dan keangkuhan.
“Oh, Tapi saya tak dapat elak daripada tertanya..betulkah kau datang semata-mata untuk urusan kerja, atau ada perkara lain yang kau nak bincangkan, Adrian?”
Adrian menyedari maksud Ezra, namun dia tetap tenang.
“Saya datang atas kapasiti profesional. Apa yang berlaku di luar kerja, saya tak rasa itu urusan Encik Ezra.”
Ezra tergelak kecil, jelas sekali tak berpuas hati dengan sikap tenang Adrian. Dia bangkit dari kerusinya dan melangkah menghampiri Adrian dengan gaya yang dominan.
Ezra dengan nada sinis.
“Tapi, bila melibatkan Misha, segalanya jadi urusan saya. Dan kalau awak nak terus dekat dengan dia, awak patut ingat satu perkara… saya takkan biar sesiapa pun ambil tempat saya.”
Adrian memandang Ezra tanpa gentar, senyum kecil terukir di wajahnya.
“Misha bukan hak sesiapa, dan saya akan sentiasa ada untuk dia, sama ada awak suka atau tidak.”
Ezra terkedu seketika, tapi dia cepat menguasai diri, matanya menunjukkan sedikit kemarahan bercampur cabaran.
Ezra berbisik dingin.
“Kau boleh cuba, Adrian. Tapi ingat, tak ada siapa yang pernah berjaya rampas apa-apa dari aku. Jadi jangan harap kau boleh kalahkan aku.”
Adrian hanya mengangguk kecil, masih menyimpan tenang dalam setiap gerak gerinya.
“Kita tengok, Ezra. Mungkin kali ni, kau akan rasa apa maksud kehilangan.”
Ezra mengetap rahang, menyedari Adrian bukan seseorang yang mudah digertak. Ketegangan semakin membara di antara mereka, dengan satu tujuan yang sama merebut hati Misha.
Pejabat itu sunyi, hanya terdengar deru halus pendingin udara.Ezra berdiri dengan pandangan tajam ke arah Adrian yang masih berdiri tenang di hadapannya.Setelah ketegangan awal tadi, mereka akhirnya berusaha melepaskan ego masing-masing untuk fokus pada urusan perniagaan.
YOU ARE READING
Hati Yang Kau Bawa {OG}
Romance"𝘓𝘰𝘷𝘦 𝘐𝘴 𝘗𝘰𝘪𝘴𝘰𝘯,𝘣𝘶𝘵 𝘪 𝘥𝘰𝘯'𝘵 𝘬𝘯𝘰𝘸 𝘩𝘰𝘸 𝘵𝘰 𝘤𝘶𝘳𝘦 𝘪𝘵" -𝑴𝒊𝒔𝒉𝒂 𝒁𝒆𝒑𝒉𝒚𝒓𝒂- 𝑌𝑎𝑛𝑔 𝑎𝑤𝑎𝑙𝑛𝑦𝑎 𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑙𝑒𝑚𝑝𝑎𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑎𝑡𝑎 𝑐𝑖𝑛𝑡𝑎..𝑠𝑎𝑙𝑖𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑙𝑒𝑛𝑔𝑘𝑎𝑝𝑖 𝑘𝑒ℎ𝑖𝑑𝑢𝑝𝑎𝑛 𝑚𝑎...