Setelah semua masuk ke bilik masing-masing, Qasrina dan Irene mula melangkah ke bilik Dania, Arabella dan Amanda. Mereka berdua sempat memberi pesanan kepada Sofiya.
"Manda, apa kata kalau kau terus terang aje dengan kami semua? Tak luak pun la pahala kau tu kalau jujur." geram Dania. Beribu kali mereka cuba meyakinkan Amanda bahawa mereka tidak akan pecahkan rahsia ini kepada para lelaki. Amanda masih ralit dengan Macbooknya.
Dania yang sungguh geram itu terus merampas Macbook milik Amanda lalu berlari ke sekeliling bilik. Amanda juga berlari untuk mendapatkannya balik. "Dania, bagi lah Macbook aku balik. Okay, aku janji aku bagitahu semua benda dekat korang." Terhenti pergerakan Dania dan Arabella. "Kau dah janji, Manda. Tak elok mungkir janji. Nanti masuk api neraka." Amanda mendengus kegeraman. "Pernah rasa gamaknya." perli Amanda.
Dania yang mahu menyerahkan semula Macbook Amanda kepada tuannya terus terpandang sesuatu. "Jap, data? Lelaki ni bukan..." Amanda terus merampasnya dengan kasar.
Pada masa yang sama, terdengar ketukan pada pintu bilik mereka. Arabella terus membuka pintu itu. "Eh, korang. Buat apa dekat sini? Mana anak korang?" Qasrina dan Irene sudah memandang tajam. "Kot ya pun jemputla masuk dulu. Ingat kitaorang ni housekeeping ke?" Arabella tersengih seperti kerang busuk. Salah dia juga.
"What?!!!" Bergegar tulang oblongata Amanda akibat jeritan serentak oleh lima sahabatnya itu. Mereka terlalu terkejut sehingga kepala Irene sudah berpusing.
"Manda, how could you? Kenapa kau buat semua ni tanpa pengetahuan kami semua? Kau dah gila ke nak jejak Farid tu seorang diri? Kau tahu kan yang dia tu membahayakan?" gelisah Sofiya.
"Maksudnya selama ni kau tak hilang ingatan pun? Kau masih ingat semua benda yang terjadi pada tiga tahun lepas? Kau masih ingat pada Elriq lah?" tanya Qasrina. Amanda mengangguk perlahan.
"Patut lah tadi kau gelak bila tengok kaki dia goyang bila kau duduk sebelah dia." Sememangnya, Amanda terhibur dengan kegelisahan Elriq. Sudah lama dia tidak melihat lelaki itu. Sungguh dia rindu.
"Jadi, apa rancangan kau sekarang ni?" tanya Irene dan Arabella serentak. Amanda mengambil Macbooknya.
"Aku akan jejak Farid tu sampai aku jumpa. Aku nak tahu siapa dia sebenarnya. Aku akan cuba pura-pura hilang ingatan depan semua ahli Black Snakes. Rancangan ini akan berjaya kalau mulut korang ni tak gatal nak bongkarkan." Amanda menjeling tajam kepada mereka berlima. Bukannya dia tidak tahu. Jika dibiarkan begitu saja, mereka ini akan bocorkan pada suami masing-masing.
"Tapi kan, Manda. Macam mana kau rancang semua ni? Doktor sendiri yang bagitahu kau akan mengalami amnesia." Mereka juga tertanya-tanya dengan keadaan Amanda. Bagaimana dia melakukan semua ini seorang diri?
"Hehehe, aku sepakat dengan doktor dekat hospital suami kau tu, Qas. Sebenarnya, selepas Elriq tinggalkan aku tiga tahun lalu, aku dah separuh sedar cuma aku malas nak bangun. Benda diberi tidur, aku tidur aje lah. Lepas itu, aku dapat tahu yang aku keguguran. Aku memang dah jangka pasal kandungan tu cuma aku tak terfikir pula doktor akan bagitahu yang kemungkinan aku akan mengalami amnesia. Tapi rupa-rupanya tak. Jadi, aku sepakat dengan doktor supaya teruskan aje dengan lakonan ni. The end."
"Kau ni memang the real la, Manda. Aku tak expect yang kau akan berlakon amnesia." kata Dania dengan wajah yang ternganga gamam.
"Dah lah, aku nak berehat. Malam kang nak keluar. Time's up. Pergi balik bilik masing-masing semula." Arabella menghalau semua untuk ke bilik masing-masing.
YOU ARE READING
Aisy Amanda: His Prinzessin [ON GOING]
ActionSejak kejadian yang hampir meragut nyawanya, dia kembali tersedar daripada koma. Malangnya,tiada siapa yang tahu akan fikirannya yang sentiasa mengingati kejadian tiga tahun lepas. Diberi peranan sebagai hacker. Maka, gadis itu menggunakan kelebihan...