Bab 10

9 0 0
                                    

"Riq, kamu bersiap ni nak ke mana?" soal Puan Aralin pada anak sulungnya. Tubuh Elriq sedikit terkejut kerana pintu biliknya terkuak secara tiba-tiba.

"Riq nak keluar dengan Aisy sekejap, ma." jawab Elriq. Automatik bibir Puan Aralin melakar senyuman bahagia.

"Mummy rindu sangat dengan menantu sulung mummy tu. Mummy tak sabar nak jumpa dengan Amanda semula." Elriq terus melangkah mendekati mummynya.

"In Sya Allah, suatu hari nanti Elriq sendiri yang akan bawa Aisy pada mummy ya." Elriq memeluk erat tubuh Puan Aralin.

"In Sya Allah, ni mummy dan daddy nak keluar juga. Nak pergi makan dengan Elriz dan Sofiy. Kamu nanti kunci pintu ya." arah Puan Aralin dengan lembut. Elriq mengangguk. Puan Aralin berlalu keluar, menutup pintu bilik anaknya.

Elriq sedang bersiap untuk keluar makan malam bersama Amanda. Pakaian yang kemas sudah siap dipilih, dan dia melihat dirinya di cermin. Namun, sebelum dia sempat menyarungkan kotnya, telefon bimbitnya berbunyi. Nama HQ Jermany tertera di skrin. Dahi Elriq berkerut. Jarang sekali dia menerima panggilan dari pejabat pusat pada waktu begini, lebih-lebih lagi semasa dia berada di Malaysia.

"Elriq di sini," jawabnya dengan nada serius.

"Agent Elriq, we have an urgent situation in Berlin. There's an ongoing operation, and we need your immediate assistance," suara tegas dari talian menjelaskan betapa pentingnya panggilan itu.

Elriq diam sejenak, menimbang situasi yang dihadapinya. Dia baru saja merancang untuk menghabiskan masa dengan Amanda, tetapi tugas sebagai anggota polis antikeganasan di Jerman adalah satu tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan begitu sahaja.

"Understood. I'll be on the next flight out," jawab Elriq akhirnya, tanpa ragu.

Panggilan itu tamat, dan Elriq melepaskan nafas panjang. Fikirannya bercampur baur antara tugas yang menantinya di Berlin dan pertemuan dengan Amanda. Dia memandang telefon seketika sebelum memutuskan untuk menelefon Amanda. Panggilan ini bukan mudah, tetapi dia perlu jujur.

Telefon Amanda berdering beberapa kali sebelum disambut.

"Hello, Elriq? Awak dah nak sampai ke?" suara Amanda kedengaran ceria di hujung talian, membuatkan Elriq lebih berat hati untuk memberitahu berita buruk ini.

"Amanda, saya minta maaf sangat. Saya baru dapat panggilan kecemasan dari Jerman. Ada operasi penting yang saya tak boleh elak. Saya kena bertolak sekarang," kata Elriq dengan nada menyesal.

Terdengar sedikit keheningan di talian sebelum Amanda menjawab, "Operasi? Apa maksud awak? Kenapa tiba-tiba?" Nada suaranya menunjukkan kebingungan dan sedikit kecewa.

"Saya tak boleh ceritakan semua butirannya sekarang, tapi ini berkaitan dengan tugas saya sebagai pegawai polis. Situasi ini serius, dan saya perlu berada di sana secepat mungkin. Saya harap awak faham, Amanda."

Amanda terdiam sejenak, cuba mencerna situasi ini. Dia faham tanggungjawab Elriq sebagai anggota polis, tetapi berita ini tetap mengejutkan. "Saya faham, Elriq. Cuma... susah sikit nak terima bila semuanya jadi tiba-tiba. Tapi saya harap operasi awak berjalan lancar. Jaga diri, ya?"

"Terima kasih, Amanda. Saya janji, bila semuanya selesai, saya akan kembali dan kita akan luangkan masa bersama. Saya betul-betul hargai kesabaran awak," jawab Elriq dengan lembut, merasa lega sedikit mendengar penerimaan Amanda.

"Awak..." panggil Amanda sebelum Elriq menamatkan panggilan. Elriq tidak menjawab panggilan itu sebaliknya dia menunggu Amanda untuk meneruskan percakapannya.

"Tak kira betapa jauh awak pergi, saya tetap menunggu di sini dengan doa dan harapan agar awak sentiasa dilindungi dan kembali dengan selamat..."

Bagaikan deja vu, Elriq teringat semula ayat itu yang pernah dikatakan oleh isterinya tiga tahun lepas... Setiap kali dia perlu berangkat ke Jerman, ada operasi, pasti isterinya akan ucap ayat tersebut.

Aisy Amanda: His Prinzessin [ON GOING]Where stories live. Discover now