Selepas operasi yang berjaya di Berlin, Elriq dan pasukannya kembali ke markas sementara di Jerman untuk melaporkan kejayaan mereka. Walaupun kejayaan itu membawa rasa lega, fikiran Elriq masih terbelah antara tanggungjawabnya sebagai pegawai polis dan hubungan peribadinya dengan Amanda yang semakin rumit.
Elriq melangkah ke dalam bilik briefing, meletakkan helmet taktikalnya di atas meja, dan duduk bersama pasukannya. Ketua operasi memberikan kata-kata pujian atas kecekapan dan ketepatan tindakan mereka. Namun, Elriq hanya memberi anggukan kecil. Dia tidak dapat sepenuhnya menikmati kejayaan itu kerana hatinya masih risau tentang Amanda.
"Gute Arbeit, Elriq. Das war eine erfolgreiche Operation. Wir sind stolz auf Sie."(Kerja bagus, Elriq. Operasi ini berjaya. Kami bangga dengan awak.) puji Leftenan Zick yang merupakan ketua polis mereka semua.
"Danke, aber die Arbeit ist noch nicht ganz erledigt."(Terima kasih, tapi kerja kita belum selesai.)
Selepas perbincangan ringkas, Elriq mengambil peluang untuk duduk bersendirian di ruang santai di markas. Dia meraih telefon bimbitnya dan membuka mesej terakhir dari seseorang. Matanya tertancap pada skrin, membaca ulang pesanan ringkas yang diterimanya beberapa jam sebelum operasi bermula. "Kau tak layak bahagia dengan dia."
Elriq menarik nafas dalam, cuba menghilangkan rasa risau yang berlegar di hatinya. Dia tahu bahawa Amanda berada dalam dilema, tetapi dia tidak tahu sejauh mana perasaan Amanda terhadap segala yang terjadi, termasuk penglibatan Azril.
"Aisy... apa sebenarnya yang awak sedang fikirkan?" berbisik Elriq pada diri sendiri. Dia sudah tahu bahawa Azril berjumpa dengan Amanda kerana ahli Black Snakes memberitahu mereka. Tanpa ahli wanita sedar, para suami mereka sudah mengetahui tentang perkara ini dahulu.
Dua minggu yang lalu...
Elriq duduk di hujung meja besar yang dilengkapi dengan skrin elektronik, memaparkan beberapa dokumen dan peta strategik. Bersamanya adalah lima lagi lelaki yang dipercayainya sepenuhnya, Aaren, Harith, Hayder, Elriz, dan Azyen. Mereka merupakan ahli pasukan elit, kesemuanya telah berkali-kali menjalani misi berbahaya bersama. Malam ini, perbincangan bukan mengenai operasi biasa tetapi sesuatu yang lebih peribadi, rancangan jahat Azril.
"Azril tu... dia memang tak boleh dipercayai. Aku dah dapat laporan yang mengesahkan dia bersekongkol dengan orang luar untuk menjatuhkan kita. Tapi lebih penting, dia cuba mendekati Amanda dan isteri-isteri kita yang lain. Dia tahu itu kelemahan kita." madah Azyen yang sedang meneliti peta lokasi markas milik musuh di hadapannya.
Aaren menyandarkan dirinya pada kerusi sambil berpeluk tubuh. Matanya tajam memerhati rakan-rakannya, terutama Elriq yang kelihatan lebih resah daripada biasa.
"Ini semua permainan licik dia. Kami dah dapat maklumat dari sumber dalaman yang dia sedang cuba buat satu perjanjian dengan musuh kita. Dan yang paling membimbangkan, dia sedang gunakan para wanita untuk melemahkan fokus kita." Harith menggeleng kepala, matanya berkerut. "Dia memang licik, tapi tak sampai tahap ni aku sangka."
"Sial!" Elriq menghentak meja dengan penuh geram, menyebabkan suasana bilik menjadi tegang seketika. "Aku dah syak benda ni sejak Amanda asyik dapat mesej pelik dan jumpa Azril tanpa beritahu aku. Tapi aku tak sangka dia berani ambil langkah sejauh ni." Elriq cuba mengawal suaranya, tetapi jelas dia bergelut dengan emosi.
"Kau tak sorang, bro. Dia dah cuba masuk dalam hidup Irene juga. Kami semua dah perasan sejak beberapa minggu lepas, tapi tak ada bukti kukuh sampai sekarang."
Hayder menunjukkan beberapa dokumen di atas meja, bukti yang baru dikumpul oleh penyiasat mereka. Dokumen-dokumen itu menunjukkan transaksi kewangan yang mencurigakan dan beberapa mesej rahsia antara Azril dan orang luar yang mereka belum kenal pasti. Semua ini memberikan gambaran bahawa Azril sedang merancang sesuatu yang besar.
![](https://img.wattpad.com/cover/377110604-288-k203709.jpg)
YOU ARE READING
Aisy Amanda: His Prinzessin [ON GOING]
AcciónSejak kejadian yang hampir meragut nyawanya, dia kembali tersedar daripada koma. Malangnya,tiada siapa yang tahu akan fikirannya yang sentiasa mengingati kejadian tiga tahun lepas. Diberi peranan sebagai hacker. Maka, gadis itu menggunakan kelebihan...