Bab 5

19 1 0
                                    

Elriq terus berbaring di atas katil, menatap siling dengan perasaan tertekan. "Apa aku nak buat sekarang? Dia mesti bengang gila. Bodohnya aku, kenapa aku buat macam tu?" Elriq berkata sendiri, perlahan. Dia memejamkan mata, cuba menenangkan diri, tetapi rasa bersalah masih menghantui.

"Kau ni, Elriq. Kau sepatutnya tahu yang dia lebih suka kalau kau berbincang dengan dia, bukan main pasang alat macam tu aje. Sekarang tengoklah, kau sendiri yang buat dia tak selesa." Elriq menghela nafas panjang, lalu menarik bantal dan memeluknya erat.

"Abang cuma nak Aisy selamat. Abang tak berniat nak ceroboh privasi sayang... tapi kenapa hati abang tak boleh tenang bila sayang jauh dari abang?" Elriq mengetuk kepalanya pada bantal busuknya itu. Tiba-tiba, Elriq teringat perbualan mereka tadi. Dia membuka mata dan melihat ke arah telefon di atas meja sisi katil.

"Mungkin aku patut mesej dia. Minta maaf sekali lagi. Atau... tak, mungkin aku patut tunggu esok? Kalau aku mesej sekarang, nanti dia lagi marah." Elriq terus bergelut dengan fikirannya sendiri, sambil berpusing-pusing di atas katil.


"Dia ingat aku ni bini dia ke yang dia nak perhati 24 jam?" Amanda berfikir seketika. Dia tergelak kecil sambil menepuk dahinya. "Kau memang bini dia pun, Puan Aisy Amanda oiii."

Hanya sesaat perubahan emosi pada mood Amanda. Air matanya jatuh ke pipinya. "Aisy rindukan abang tapi Aisy terpaksa untuk lakukan semua ni. Aisy pun tak tahu sampai bila Aisy perlu menyamar jadi amnesia macam ni. Dulu abang dah lindungi Aisy. Sekarang masa untuk Aisy pula lindungi abang daripada sebarang ancaman."

Macbook Amanda tiba-tiba mengeluarkan notifikasi. Dia melihat ada satu titik merah yang berkelip menandakan ada seseorang yang berada dalam pemerhatian Amanda.

Amanda mengklik notifikasi tersebut, dan skrin Macbooknya segera menampilkan peta digital dengan titik merah yang berkelip-kelip di satu lokasi terpencil. Titik itu menunjukkan lokasi seseorang yang berada di bawah pengawasan Amanda, tetapi anehnya, lokasi itu tidak dikenali dan kelihatan seolah-olah berada di tengah hutan yang jauh dari kawasan bandar.

"Siapa pula ni? Ni dekat mana?" Amanda berbisik sendiri. Dia membesarkan peta untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, tetapi semakin diperbesar, semakin dia menyedari betapa terpencilnya lokasi itu. Tidak ada jalan raya, tidak ada tanda-tanda kehidupan manusia yang biasa, hanya pepohonan dan kawasan berbukit. Namun, titik merah itu terus berkelip-kelip, semakin kerap, seolah-olah menandakan sesuatu yang mendesak.

"Kenapa lokasi dia macam tak pernah aku nampak sebelum ni? Kalau aku tanya ahli Black Snakes, mesti diaorang syak aku sesuatu." Amanda mengetuk-ngetuk dagunya dengan jari telunjuk. Tiba-tiba, notifikasi lain muncul di skrin, kali ini berupa mesej yang tidak dikenali dari nombor asing.

"Aku sedang menunggu kehadiran engkau, sayang." Amanda terasa darahnya berdesir seolah-olah masa berdetik lebih cepat. Jari-jarinya menggeletar sedikit ketika dia hendak membalas mesej tersebut, tetapi sebelum sempat dia berbuat demikian, titik merah itu berhenti berkelip dan lenyap begitu sahaja dari skrin.

Suasana di bilik menjadi semakin tegang, sunyi, hanya kedengaran bunyi nafasnya yang semakin laju. Amanda tahu dia harus melakukan sesuatu, tetapi apa? Dan bagaimana jika ini semua adalah perangkap yang lebih besar daripada apa yang dia boleh kendalikan?

Dada Amanda terasa kian menyengat nafasnya. "Argh, sa...sakit. A...abang, sa...kit." Amanda menekan dadanya dengan kuat. Hanya Allah saja yang tahu kesakitan yang dia alami ketika ini.

'Ingat, kalau sayang sesak nafas secara tiba-tiba, Aisy dengar lagu ni dan cuba bernafas secara perlahan-lahan. Inhale, exhale. Buat sebanyak lima kali.' Kata-kata Elriq terngiang di fikiran Amanda.

Aisy Amanda: His Prinzessin [ON GOING]Where stories live. Discover now