Bab 13

6 2 0
                                    

Elriq baru saja tiba di rumah adiknya, Elriz, untuk makan malam reunion yang sudah lama dirancang. Dia memarkir keretanya dan menarik nafas dalam, cuba menenangkan diri sebelum melangkah ke dalam rumah. Fikirannya melayang ke zaman lalu, ke kenangan yang dia cuba tinggalkan. Namun, hatinya berdegup kencang saat dia teringat bahawa salah seorang tetamu yang hadir malam ini ialah Amanda, wanita yang pernah menjadi sebahagian penting dalam hidupnya.

Dia membuka pintu dan disambut oleh adiknya, Elriz dengan senyuman lebar.

"Assalamualaikum." Elriq menyapa sebelum melangkah masuk ke dalam rumah adiknya.

"Waalaikumussalam, bang. Jemputlah masuk." Elriz sempat menyalam tangan abangnya.

Elriq tersenyum dan melangkah masuk, cuba menyembunyikan debaran di dadanya. Di ruang tamu, dia melihat Sofiya dan Amanda sedang berbual dengan mesra. Tetapi matanya segera tertumpu kepada seseorang, Amanda. Dia kelihatan tenang, tetapi Elriq tahu dia merasai perkara yang sama. Hatinya mulai bergolak.

Amanda berpaling, menyedari kehadiran Elriq. Senyuman nipis terukir di bibirnya. Mereka bertentang mata seketika, dan suasana tiba-tiba terasa tegang walaupun di luar kelihatan santai.

"Daddy, daddy. Nenok ni, Curaya ada buat tuih dengan mummy tantik ni." (Daddy, daddy. Tengok ni, Suraya ada buat kuih dengan mummy cantik ni.) Suraya menarik hujung baju milik pak longnya sambil menunjuk ke arah Amanda.

Elriq tersenyum manis. Dia mengangkat tubuh kecil itu, lalu mencium pipi kiri milik gadis itu. Suraya tidak dapat mengingati lagi siapa gerangan Amanda dalam hidup mereka.

"Awak baru sampai ke?" soal Elriq. Suaranya lembut, tetapi ada sedikit kesedihan yang terpendam.

"Lebih kurang satu jam yang lalu..." jawab Amanda. Hatinya turut berdebar kerana di hadapannya kini adalah suaminya. Sungguh dia rindu. Bila agaknya semua ini akan selesai?

Elriq mengangguk faham. Sofiya dan Elriz yang melihat ketegangan itu terus mengajak mereka berdua menjamu selera.

"Hey, jom makan! Makanan dah siap. Kita makan dekat luar, BBQ dah siap dibakar. Let's enjoy!"

Semua bergerak ke arah luar rumah, di mana meja makan yang dihiasi lampu-lampu kecil dan lilin mencipta suasana malam yang indah. Bau harum dari BBQ yang sedang dibakar oleh Elriz menambahkan rasa nyaman kepada suasana, tetapi bagi Elriq, malam itu terasa sedikit berbeza.

Elriq duduk di sebelah Elriz, sementara Amanda memilih tempat duduk di hujung meja. Mereka saling berpandangan seketika sebelum kedua-duanya segera memalingkan muka. Walaupun malam itu sepatutnya santai, perasaan Elriq terasa berat. Perasaannya terhadap Amanda kian mencengkam, terutamanya selepas perbualan mereka baru-baru ini.

Sofiya dengan wajah ceria segera duduk di sebelah Amanda, sambil mengambil sepotong daging BBQ yang sudah siap. "Amanda, daripada tadi aku nampak kau asyik termenung aje. Kau okay tak? Ke ada orang yang kau rindukan ni?" Sofiya mengusik sambil tersenyum lebar.

Amanda tersentak, sedikit terkejut dengan usikan Dania, tetapi dia segera tersenyum nipis. "Tak ada apa-apa lah. Penat sikit, tu je."

Namun, matanya tanpa sengaja bertembung lagi dengan pandangan Elriq, yang sedang memerhatikan pergerakannya dari jauh. Wajah mereka sama-sama mempamerkan sesuatu yang mereka enggan akui di hadapan semua orang, kekeliruan, rasa cemburu, dan mungkin sedikit harapan.

Elriz, yang duduk berdekatan dengan Elriq, menyedari suasana itu dan tersenyum kecil sebelum bersuara, "Bang, kau nampak senyap je malam ni. Apa, BBQ aku tak sedap ke?"

Malangnya, jawapan Elriq menyakitkan hati adiknya. "Tak sedap. Aku masak lagi sedap." sinis Elriq. Elriz menjeling tajam terhadap abangnya. Kalau tak mengenakan orang, tidak sah.

Aisy Amanda: His Prinzessin [ON GOING]Where stories live. Discover now