Usai satu jam di jalan raya, mereka tiba di ibu pejabat balai polis di Bukit Aman. Di sana, mereka disambut oleh beberapa pegawai polis PDRM yang sudah menunggu untuk membawa mereka ke ibu pejabat polis. Sesampainya di ibu pejabat, Inspektor Rahman mengadakan taklimat penuh tentang operasi yang akan dijalankan untuk menangkap sindiket pencurian emas.
"Kami telah mengenal pasti beberapa lokasi strategik yang sindiket ini mungkin gunakan untuk melakukan rompakan. Penghantaran emas akan berlaku dalam masa 48 jam, dan kami perlukan setiap satu daripada kalian untuk bantu mengawasi dan menyusun serangan balas." arah Inspektor Rahman.
"Kami akan lakukan yang terbaik. Berikan kami semua informasi yang diperlukan." balas Aaren. Semua ahli Black Snakes bergantung pada keputusannya kerana dia merupakan ketua.
Malam itu, pasukan Black Snakes dan polis Malaysia sudah bersedia di sekitar gudang sindiket. Elriq dan Aaren memimpin kumpulan pertama yang akan menyerbu dari arah hadapan. Harith dan Hayder di sayap kanan, manakala Azyen dan Elriz di arah belakang, memastikan semua pintu keluar ditutup rapat. Di luar perimeter, pasukan SWAT menunggu isyarat serangan.
Elriz mengaktifkan earpiece-nya, memberi arahan. "Semua unit bersiap sedia. Kita akan masuk dalam masa lima minit. Syahmi, pastikan semua alat pengesan terpasang. Kita tak mahu ada sebarang kejutan di dalam."
"Roger that, semua alat pengesan sudah aktif." balas Syahmi.
Di dalam gudang, sindiket pencurian emas sedang sibuk memuatkan jongkong-jongkong emas ke dalam lori-lori besar. Mereka tidak sedar bahawa mereka sedang diperhatikan dari setiap sudut. Kamera pengawasan yang dipasang secara rahsia oleh pasukan Elriq memaparkan segala pergerakan sindiket.
"Mereka ada sekitar 20 orang bersenjata. Tapi aku nampak ada beberapa orang yang kita tak kenal dalam kumpulan mereka. Mungkin mereka baru bawa masuk." Hayder memberi arahan kepada pasukannya.
"Kita serbu dalam masa satu minit. Semua pasukan bersedia." Aaren memberi isyarat kepada semua.
Dalam sekelip mata, pintu besar gudang itu dipecahkan. Pasukan Black Snakes dan SWAT meluru masuk dengan senjata terarah. Jeritan kedengaran apabila penjenayah sindiket terkejut dengan serangan mengejut ini.
Elriq dan Aaren menyerbu bahagian depan, menghadapi penjenayah yang cuba melawan dengan senjata api. Namun, Black Snakes sudah bersedia, latihan intensif mereka memastikan setiap musuh ditumbangkan dengan cepat.
"Jangan biarkan sesiapa lari! Kita pastikan semua terperangkap di sini." arah Aaren.
Di sisi lain, Harith dan Hayder mengepung penjenayah di sudut lain gudang. Hayder melompat dari ketinggian dan menahan salah seorang penjenayah yang cuba melarikan diri. Syahmi menggunakan alat pengesan untuk memastikan tiada senjata atau bom tersembunyi di sekitar kawasan.
"Bersih di sini. Kita boleh teruskan!" arah Syahmi.
Sementara itu, Elriz dan Azyen berjaya memotong laluan keluar di bahagian belakang. Dua lori penuh dengan jongkong emas berjaya disita, dan semua penjenayah di bahagian itu telah ditahan.
Elriq dan pasukan Black Snakes terus bergerak dengan pantas, memastikan setiap sudut di gudang yang luas itu diperiksa. Penghantaran emas bernilai jutaan ringgit hampir saja dilarikan oleh sindiket Golden Scorpion, tetapi dengan kerjasama PDRM dan perancangan rapi mereka, setiap langkah penjenayah berjaya dibaca.
"Semua unit, status terkini?" tanya Elriq melalui earpiece. Suara dari alat komunikasi bertindak balas segera.
"Bersih di sini, Elriq. Kami dah sapu semua kawasan depan. Tiada ancaman lagi." balas Elriz melalui earpiece.
![](https://img.wattpad.com/cover/377110604-288-k203709.jpg)
YOU ARE READING
Aisy Amanda: His Prinzessin [ON GOING]
ActionSejak kejadian yang hampir meragut nyawanya, dia kembali tersedar daripada koma. Malangnya,tiada siapa yang tahu akan fikirannya yang sentiasa mengingati kejadian tiga tahun lepas. Diberi peranan sebagai hacker. Maka, gadis itu menggunakan kelebihan...