Bab 6

42 4 0
                                    

"What?! You buat apa?!" Lisa mengerling ke sekelilingnya apabila dia perasan ada mata memandang ke arah mejanya sebaik sahaja dia meninggikan suara. Lisa tersengih sambil melakukan tangan memohon maaf kepada pelanggan yang ada.

"I terpaksa la, Lisa. I tak nak kisah lama jadi semula." Amanda menekup wajahnya kerana risau. Lisa memicit tulang hidungnya. Sejak bila pula kawannya ini pandai berbohong? Tipu suami pula tu. Elriq Alden pula tu!

"Manda, Manda, Manda. You tahu tak yang you dalam masalah sekarang ni? Kalau Elriq tahu benda yang betul, mesti dia marah gila. You pernah kan tengok dia marah macam mana?" Amanda mengangguk perlahan.

"Tapi ini je cara untuk I jejak musuh I. I dah dapat dah jejak dia." Amanda berkata dengan teruja kerana dia berjaya jejak musuh Black Snakes dengan cara sendiri.

"You tak rasa bahaya ke? You sure ke tak nak Elriq tahu pasal ni?"

Amanda mengeluh. "Belum sampai masanya lagi, Lisa. Nanti dah sampai masa yang tepat, I sendiri yang akan bagitahu dia." Amanda meyakinkan Lisa.

Lisa tersenyum, tetapi kemudian wajahnya menjadi lebih serius. "You know, I pernah fikir tentang Elriq lepas kami berpisah. Tapi, bila I jumpa Max, I sedar Elriq was just a part of my past. Dia lelaki yang baik, tapi bukan untuk I."

Amanda memandang Lisa dengan teliti, cuba menilai kesungguhannya. "I'm glad you found someone like Max. Tapi, I nak tahu...How was Elriq back then? Maksud I, before you met Max."

Lisa tersenyum kecil dan menatap kopi di hadapannya, seolah-olah sedang mengingati masa lalu. "Elriq was... well, he was everything I wanted at that time. Dia baik, caring, tapi dia selalu ada tembok di sekeliling dia. I tahu dia sayang I, tapi I juga rasa ada sesuatu yang dia tak pernah tunjuk. Mungkin sebab itu kami tak pernah betul-betul jadi."

Amanda mengangguk perlahan, mengambil maklumat itu dengan serius. "I guess, I'm seeing that side of him now. Dia masih macam tu."

Lisa memandang Amanda dengan rasa simpati. "Amanda, kalau I boleh bagi nasihat, I'll say this. Be patient with him. Elriq tak mudah nak buka diri dia. Tapi, bila dia sayang seseorang, dia akan buat apa saja untuk jaga orang tu."

Amanda tersenyum tipis, tetapi hatinya masih berasa sedikit risau. "Thanks, Lisa. I'll try my best."

Lisa tersenyum hangat. "I know you will. And remember, you're stronger than you think, Amanda."

Perbualan mereka berlanjutan, membincangkan kenangan lama, hubungan mereka dengan Elriq, dan kehidupan masing-masing. Walaupun ada sedikit kegusaran di hati Amanda, perbualan itu membantunya memahami lebih banyak tentang Elriq dan Lisa. Ia juga membuatnya berfikir lebih mendalam tentang hubungannya dengan Elriq, dan apa yang dia benar-benar mahu untuk masa depan mereka.

Ketika mereka selesai minum kopi dan bersedia untuk berpisah, Lisa memeluk Amanda dengan erat. "Kalau you perlukan someone to talk to, I'm here. And I mean it. You ingat ya, kalau ada apa-apa, just inform me. Jangan risikokan diri you, Manda."

Amanda membalas pelukan itu, merasa sedikit lebih tenang. "Thanks, Lisa. I appreciate it."

Mereka berpisah dengan senyuman, tetapi Amanda tahu, perbualan itu adalah titik permulaan untuk banyak keputusan penting yang perlu dia buat dalam hubungannya dengan Elriq.


Pada malamnya, mereka berkumpul di kediaman agam milik Aaren. Ibu bapanya baru sahaja pulang dari Jerman. Kebetulan, mereka pulang sama waktu dengan Elriq.

Aisy Amanda: His Prinzessin [ON GOING]Where stories live. Discover now