.3.

70 7 3
                                    

"Assalamualaikum, cikgu."

Seorang pelajar perempuan memberi salam kepadanya ketika melewati pagar sekolah. Pelajar perempuan tersebut turut menundukkan kepalanya sedikit sebagai tanda hormat. Irham tersenyum.

"Waalaikummusalam." Jawabnya. Dia membalas tundukkan itu.

Pelajar perempuan itu berubah wajahnya apabila melihat Irham tersenyum. Wajahnya memerah. Dia cepat-cepat berlari anak menuju ke arah kawannya.

"Hawa, tunggu aku."

Irham tergeleng kepala. Masuk yang ni, dah berapa kali mereka - pelajar perempuan bereaksi yang sama.

Irham merupakan seorang guru yang agak baru sebenarnya. Dia mula bertugas sebagai seorang guru di sekolah ini pada tahun lepas. Itu pun hanya pada 2 bulan terakhir. Pada hari pertama persekolahan tahun ini, dia ditugaskan untuk menyambut pelajar.

Irham memerhatikan keadaan sekeliling. Normal. Semua pelajar berpusu-pusu masuk ke sekolah. Ada yang datang dengan bas. Ada yang dihantar oleh ibu ayah. Ada juga yang menunggang basikal. Ada juga yang berjalan kaki. Maklumlah, sekolah ini dekat dengan kawasan pekan. Ia tak terletak di tengah bandar.

Suasana yang normal tadi tiba-tiba berubah. Ada bisik-bisik kedengaran di serata tempat. Irham pantas mencari punca bisikan itu bermula. Telinganya sempat menangkap gosip liar daripada bisik-bisik itu.

"Dengar cerita dia kerja jadi pelacur?"

"Tu dia datang naik kereta mewah."

"Sugar mummy dia hantar weh."

"Bukan sugar daddy?"

"Eee gay..."

Tersentak sekejap Irham mendengar gosip tersebut. Terlalu ekstrim. Irham terus melihat ke arah luar sekolah. Ada sebuah kereta mewah seperti yang dikatakan. Terlopong juga Irham. Mustang Ford weh. Naluri lelakinya tak dapat menolak daripada mengagumi kereta tersebut.

Budak lelaki yang turun daripada kereta mewah tersebut menjadi tumpuannya. Wajahnya tampan. Badannya sederhana. Tak kurus dan tak gemuk. Kulitnya kuning langsat. Hidungnya agak mancung. Bibirnya tak tebal dan tak juga nipis. Tinggi? Budak lelaki tersebut boleh dikatakan agak tinggi bagi yang sebaya dengannya.

Irham tak kenal akan budak lelaki tersebut. Biasanya kalau ada pelajar yang popular secara baik atau tidak, pasti akan dikenalinya. Tapi tidak budak lelaki ini. Menjadikan Irham tertanya. Apatah lagi dengan gosip dan tuduhan yang didengarnya tadi.

Budak lelaki tersebut berjalan masuk ke sekolah tanpa mempedulikan bisik-bisik yang kedengaran. Dia melewati Irham tanpa memberi salam. Agak biadap sebenarnya perbuatan tersebut namun Irham tak mahu cepat menghukum. Dia memberi salam.

"Assalamualaikum."

Budak lelaki tersebut menoleh. Sedikit tersentak apabila ditegur.

"Er.. erm.. waalaikummusalam, cikgu." Jawab budak lelaki tersebut. Wajahnya tampak pelik apabila wajah guru tersebut tidak dikenalinya. Namun selepas itu, dia menundukkan kepala dan beransur pergi.

Irham tersenyum. Dia melihat sahaja budak lelaki itu bepergian. Dia mahu kenal budak itu dengan lebih lanjut.

Baru tiga tapak budak tadi melangkah, bisikan tadi berubah menjadi riuh. Suasana berubah menjadi ceria. Budak lelaki tadi menoleh. Irham juga turut melihat ke arah luar.

Dia sudah datang! Pelajar yang menjadi kebanggaan sekolah. Anak emas sekolah.

- §@ -

Rafael menoleh apabila bisikan yang didengarinya tadi bertukar nada. Menjadi gembira. Sempat juga Rafael usya cikgu yang baru tadi. Cikgu itu juga sedang melihat ke arah luar. Mencari gerangan yang merubah suasana.

Separuh AkuWhere stories live. Discover now