.6.

74 6 2
                                    

"Nah.."

Rafael menyerahkan sebuah beg berisi wang sejumlah RM3k kepada Aden dan Wok. Aden mengambil beg tersebut. Wok tersengih-sengih.

"Wah.. manyak duit lu. Wa baru mau up offer tu ari punya." Ujar Wok. Mengingatkan Rafael pada kata-katanya mahu membeli Yuni. Jijik Rafael dengan lelaki Cina tersebut.

"Okay.. cukup tiga ribu." Ujar Aden selepas mengira kepingan wang kertas di dalam beg tersebut.

"Dah. Jom gerak, Wok." Panggil Aden.

Rafael menghembuskan nafas lega apabila mereka berdua bergerak menjauhi kawasan rumahnya. Dia menoleh ke arah pintu rumah tempat Zayed mencuri lihat.

"Settle satu masalah." Ujar Rafael. Dia menuju masuk ke rumah.

"Sekarang ni.. abang nak tahu pasal Zayed. Apa jadi kat sekolah?" Soal Rafael. Dia perasan perubahan pada Zayed sejak seminggu persekolahan bermula. Namun tidak disuarakan sehinggalah hari ini.

Zayed terkedu apabila menerima soalan tersebut. Dia sangka dia dah cukup hebat berpura-pura okay di hadapan Rafael.

"Ayed okay je la." Jawab Zayed.

Rafael sedar akan nada penipuan adik lelakinya itu. Dia pantas memegang lengan Zayed. Zayed sedikit meronta apabila genggamannya sedikit kasar. Rafael menyelak lengan uniform sekolah putih milik Zahyed.

"Ni apa?" Soal Rafael.

Apabila diselak, ternampak kesan lebam di lengan Zayed. Zayed menundukkan wajahnya.

"Ni.. orang terjatuh je la.." Ujar Zayed, perlahan.

"Kau nak tipu aku ke Ayed?" Soal Rafael. Sedikit baran dengan penafian Zayed itu.

Zayed mengangkat wajahnya. Dia memberanikan diri berbalas pandangan dengan Rafael.

"Betul lah. Ayed jatuh je."

"Buka baju kau sekarang." Arah Rafael.

Zayed tersentak.

"Sekarang, Zayed!" Nada Rafael meninggi.

Zayed pantas membuka uniform sekolahnya. Dia membuka butang satu persatu. Menyerlahkan lebam-lebam di badannya. Ada juga bekas rokok di kulitnya.

Mata Rafael terbeliak melihat tubuh adiknya yang dijaga dengan baik menjadi seteruk itu.

"Kau kena buli kan, Zayed?" Soal Rafael.

Zayed tak membalas. Dia hanya menundukkan pandangannya. Seboleh-bolehnya dia tak mahu Rafael tahu yang dia dibuli. Dengan Yuni pun dia pesan supaya tidak memberitahu Rafael.

Dan yang paling Zayed tak mahu adalah Rafael-

"Diorang buli kau sebab aku, kan?" Ujar Rafael. Hatinya terasa luruh.

Itu Zayed tak mahu. Rafael menyalahkan dirinya. Bagi dia, Rafael tak bersalah. Tiada siapa yang patut dipersalahkan.

"Diorang ejek kau sebab hutang aku pada ah long, kan? Sebab aku kerja jadi budak seks? Pelacur. Gigolo." Nada Rafael sedikit sebak. Kalau lah Maksu tak ambil alih untuk jaga dia. Mesti Zayed takkan terima pembulian sebegini.

"Besok, aku akan settle kan budak-budak yang buli kau tu!" Ujar Rafael. Dia mengepal tangannya.

"Jangan!" Tegah Zayed.

Rafael memandang adik lelakinya yang tak berbaju itu. Sakit hatinya melihat kesan luka dan lebam pada badan budak lelaki tersebut.

"Ayed nak selesaikan sendiri hal ni. Ini masalah Ayed." Ujar Zayed dengan tegas.

Separuh AkuWhere stories live. Discover now