.11.

76 11 1
                                    

Rafael mengaturkan nafasnya untuk menenangkan diri. Matanya dipejam kejap sebelum kembali dibuka. Dia menghembuskan nafas. Dia memandang pagar sekolah rendah di hadapannya. Hari ini dia tak ke sekolahnya. Dia tak menyarungkan baju sekolah pun. Ya, dia ponteng sekolah. Dia punya motif sendiri.

Rafael melangkah masuk melewati pagar sekolah. Nasibnya agak baik kerana tiada guru yang menjaga pagar. Mungkin sebab hari ni bukan hari Isnin. Sebaik saja di sampai ke halaman sekolah, Rafael melihat bangunan bertingkat-tingkat yang berada di depannya. Dia melihat ramai kanak-kanak berjalan menuju ke kelas mereka.

Rafael menahan langkah seorang budak lelaki yang sedang tergesa menuju ke kelasnya.

"Tumpang tanya, kelas 6C dekat mana?" Soal Rafael penuh sopan.

Budak lelaki tersebut sedikit tersentak apabila langkahnya tiba-tiba dihentikan. Otaknya sedikit lambat untuk proses pertanyaan Rafael. Beberapa saat kemudian baru dia jawab soalan tersebut.

"Er..  6C tu kelas saya. Abang ikut saya je la." Jawab budak lelaki tersebut.

Rafael mengangguk kepalanya. Dia melihat lencana nama budak lelaki tersebut. Sufee.

"Terima kasih, Sufee." Ujar Rafael.

Dia membuntuti langkah Sufee. Dalam pada dia mengekori Sufee itu, Rafael kembali teringat perbualan antara dia dan Yuni yang menjadi punca dia datang ke sekolah adik-adiknya itu hari ini.

- §@ -

Dari sudut matanya, Rafael sudah nampak bahawa Yuni melangkah ke arahnya. Anak gadis cilik itu memerhatikan sekeliling. Apabila sudah memastikan sesuatu, barulah dia berlari anak ke mendekati Rafael.

"Abang Ayed mana?" Soal Yuni dengan nada perlahan.

Rafael menoleh ke arah Yuni.

"Dia tengah mandi. Yuni nak teman abang makan ke?" Soal Rafael yang baru mula makan. Mereka pada ketika itu sedang berada di meja makan.

Yuni menggeleng kepala.

"Yuni nak cakap sesuatu dengan abang." Ujar Yuni. Kali ni dia berbicara dengan lebih jelas apabila mengetahui ketiadaan Zayed.

Rafael mengangkat kening.

"Cakaplah. Abang dengar ni." Ujar Rafael. Nasi yang dah digaul dengan lauk masak kicap disuap ke dalam mulut.

"Urm.. tapi abang jangan bagitahu abang Ayed tau." Ujar Yuni.

Rafael menyahut dengan anggukan. Mulutnya sedang mengunyah tak membolehkan dia untuk menjawab.

"Pinky promise?" Yuni mengangkat jari kelingkingnya. Menggunakan tangan kirinya, Rafael menyambut jari kelingking tersebut.

"Yuni selalu nampak ada 3 abang sebaya dengan abang Ayed buli dia. Tapi bila Yuni tanya abang Ayed, dia cuma cakap jangan bagitahu abang je." Ujar Yuni.

Rafael sedikit tersentak. Yuni nampak? Mereka membuli Zayed secara terang-terangan ke?

"Apa yang Yuni nampak?" Soal Rafael.

Wajah Yuni berubah cemek. Dia seperti mahu menangis. Matanya berair.

"Shh.. shh.. jangan nangis. Kan abang ada ni. Nanti abang tolong Ayed. Tapi Yuni kena bagitahu dulu lah apa diorang buat kat Ayed."

Separuh AkuWhere stories live. Discover now