"Tak nak."
Sedikit pun Hariz tak rasa terkejut dengan penolakan daripada Rafael itu. Jawapan itu memang sudah dijangkakan.
"Tak ada manfaat pun untuk aku join wakil badminton tu." Ujar Rafael lagi.
Hariz cuma mengeluh. Memujuk Rafael untuk mewakili acara badminton memang dalam rancangannya. Cuma persoalannnya, bagaimana?
"Please?" Hariz memulakan langkahnya dengan cubaan merayu. Walaupun dia tahu bagaimana kerasnya hati Rafael.
"Tak nak. Buang masa. Daripada aku wakil sukan, lebih baik aku kerja. Cari duit untuk bayar hutang." Balas Rafael.
"Kau sorang je yang boleh sync dengan aku. Senior yang sepatutnya main sama dengan aku tu dah tarik diri sebab nak SPM. Please, Rafael? " Ujar Hariz lagi. Tak putus asa untuk memujuk Rafael.
Rafael mendengus.
"Aku dah nyatakan apa yang aku nak. Kau dah tahu jawapannya. Keputusan aku muktamad, Hariz." Ujar Rafael. Tegas.
Rafael terus bergerak pergi - membelakangi Hariz. Dia menjauhi pemuda tersebut.
Hariz hanya memandang langkah Rafael yang kian menjauh.
"Aduh.. macam mana aku nak pujuk dia?" Hariz bersoal jawab sendiri.
- §@ -
"Jadi, kamu tak berjaya pujuk dia?" Soal Cikgu Suhaimi. Dia pandang wajah Hariz dengan sinis. Degil betul budak seorang ini.
Hariz menundukkan kepalanya. Wajahnya sugul. Perlahan - dia geleng kepala.
"Dia tak nak?" Soal Cikgu Suhaimi lagi.
Hariz geleng buat kedua kalinya.
"Ha.. kalau macam tu, apa kata kamu cari orang lain? Budak Samad tu ke? Dia tu pun nampak macam okay. Adli ke? Dia dah lama nak wakil sekolah." Cadang Cikgu Suhaimi lagi. Dia terpaksa menguatkan suaranya sedikit memandangkan bilik guru dipenuhi dengan cikgu-cikgu yang sakan berborak. Waktu rehat - sebab tu semua dalam keadaan santai.
Hariz mengangkat kepalanya. Wajahnya berubah. Dia pantas menggeleng.
"Tak boleh. Kalau cikgu nak cari orang lain, cikgu cari lah 2 orang. Saya tak akan wakil kalau partner saya bukan Rafael!" Tegas Hariz. Menunjukkan kesungguhannya mahukan Rafael sebagai pasangan beregunya.
Cikgu Suhaimi tersentak. Walaupun dia dah tahu perangai budak itu, namun dia masih terkagum dengan pendirian anak muda tersebut. Tapi..
"Awak sanggup tak dapat sijil sukan disebabkan dia?" Soal Cikgu Suhaimi.
Hariz angguk kepala.
"Ya!"
Cikgu Suhaimi mengeluh. Mana mungkin dia pilih orang lain untuk gantikan Hariz. Sekolah ini setuju untuk hantar wakil beregu badminton ini pun sebab ada Hariz dan Farhan yang sangat hebat dalam sukan tersebut. Kalau Farhan tak ada, Hariz tak ada - lebih baik mereka batalkan sahaja semuanya.
"Macam mana kita nak pujuk dia untuk wakil, Hariz?" Soal Cikgu Suhaimi.
Hariz sendiri terdiam. Dia.. tak tahu.
- §@ -
Seminggu berlalu dengan pantas. Tahu-tahu sudah hari Jumaat. Macam biasa. Setiap pagi akan ada bacaan Yassin di surau untuk yang beragama Islam. Yang bukan Islam pula akan tunggu di dalam kelas.
YOU ARE READING
Separuh Aku
RomanceKadang aku rasa kosong. Macam badan aku ni berlohong walaupun tak secara zahirnya. Aku rasa hidup ni tak lengkap. Macam ada sesuatu yang hilang. Pernah tak kau rasa benda yang sama? Aku masih mencari-cari sesuatu itu. Apakah ia hilang atau masih dal...