.9.

123 12 1
                                    

Suhaimi mengeluh. Dia tak boleh tidur malam itu. Fikirannya agak serabut. Memikirkan ketidakpuasan yang ditunjukkn oleh para atletnya.

"Serius lah cikgu kasi gigolo tu jadi wakil sekolah? Kitorang penat training , masuk kelab badminton tapi tak pernah dapat wakil. Asyik-asyik Hariz. Ini beregu. Ingatkan dapatlah salah seorang dari kitorang berdiri satu gelanggang dengan dia bila abang Farhan tarik diri."

Kata-kata anak muridnya terngiang-ngiang di telinga. Suhaimi meraup wajahnya. Dia bukan boleh buat apa. Dia terpaksa turutkan syarat Hariz supaya anak muda genius itu tak menarik diri. Tapi dalam masa yang sama, dia juga setuju bahawa kemasukan Rafael itu tidak adil.

Suhaimi menghembuskan nafas. Dia teringat kembali perihal yang terjadi di sekolah tadi.

- §@ -

"Apa maksud kau? Rafael tak layak?" Soal Hariz yang baru tiba. Dia agak lewat tiba kerana kelasnya baru tamat.

Semua yang berada di gelanggng badminton terdiam. Namun, keheningan itu dipecahkan oleh salah seorang daripada mereka. Si dia yang paling bercita-cita tinggi untuk wakil sekolah. Amad.

"Betul apa. Dia tu bukannya daripada kelab badminton. Training pun tak tahu pernah ke tak. Lagipun, kau nak orang macam dia wakil sekolah? Membusukkan nama sekolah je. Tak layak." Ujar Amad dengan lantang. Rakan-rakan yang lain berdiri tegak di belakangnya. Mereka menganggukkan kepaa tanda setuju.

"Dia lagi jaguh daripada korang la." Hariz menyangka kata-kata Amad.

"Kau agak-agak lah, Riz. Kalau kau cakap kau lagi hebat daripada kitorang, aku boleh terima. Tapi si gigolo tu? Dia tak layak lah, Riz." Amad membidas kembali.

Suhaimi tiada peluang untuk mencelah pertengkaran mulut tersebut.

Hariz mendekati Amad. Dia menarik baju lelaki tersebut dengan kasar. Sehingga wajah Amad dekat dengan dia.

"Tak layak? He's better than all of you combined. Terima hakikat. Gigolo yang korang hinakan sangat tu main lagi elok daripada kau." Suara Hariz keras nadanya. Amarahnya tertahan-tahan.

Wajah Amad sedikit cuak. Hariz bukannya lembik orangnya. Fizikal lelaki itu kuat. Kalau tak, takkanlah dia boleh jadi atlet terbaik sekolah.

Bunyi tepukan mengalihkan perhatian mereka semua.

"Aku tak datang latihan ni untuk tengok korng gaduh." Rafael tersenyum ke arah mereka semua. Dia baru tiba.

Rafael menarik Hariz menjauhi Amad. Meleraikan pertengkaran mereka yang kian mendekati ke arah pergaduhan.

"Kalau korang rasa aku tak layak, apa kata kita by 1 seminggu daripada sekarang? Kecuali Hariz, korang pilih salah seorang yang terbaik daripada korang. Amacam?" Rafael memandang mereka semua. Semuanya tingkatan 1 hingga 3. Menengah atas tidak melibatkan diri daripada latihan tersebut. Mereka tak berminat dengan pertandingan yang akan diadakan pada bulan 3 nanti.

Amad dan pelajar yang lain saling berpandangan.

"Takkan korang takut kot dengan seorang gigolo macam aku?" Rafael memprovok.

Amad merengus.

"Aku terima cabaran kau!" Tak banyak fikir, anak muda tersebut terus menyahut.

Rafael tersengih. Hariz mendekati Rafael. Dia berbisik ke telinga Rafael.

"Cukup ke seminggu nak in-shape balik? " Soal Hariz.

Rafael membalas dengn berbisik juga.

"Kalau untuk lawan kau, tak cukup lah. Setakat diorang ni.." Balas Rafael dengan nada angkuh. Dia perlu buktikan yang dia memang layak. Dia tak mahu dipertikaikan dan perwakilan ini sangat penting untuknya.

- §@ -

Begitulah bagaimana sebuah gaduh mulut menjadi kepada cabaran. Suhaimi mengeluh buat sekian kalinya. Tapi dia puji cara Rafael menyelesaikan masalah dengan pantas. Matang sekali.

Suhaimi kembali teringat pada hari Isnin tempoh hari. Ketika Rafael datang menemuinya untuk memberitahu yang dia setuju untuk jadi wakil sekolah.

- §@ -

Bisik-bisik guru-guru di dalam bilik guru kedengaran apabila Rafael mendekatinya. Suhaimi agak canggung ketika berhadapan dengan anak muda tersebut. Ini kali pertama dia berhadapan dengan Rafael. Sebelum ni dia memang elak berjumpa dengan Rafael. Dia tak mahu terkait dengan cerita buruk tentang Rafael.

"Cikgu, saya nak join tournament badminton tu." Ujar Rafael.

Suhaimi memandang ke arah sekeliling. Dia dapat melihat guru lain berbisik melihat ke arahnya. Dia memandang Rafael kembali.

"Kenapa? Cikgu takut cikgu-cikgu yang lain cakap saya ada hubungan dengn cikgu ke?" Soal Rafael. Nadanya bergurau. Dia tergelak sendirian.

"Jangan risau. Cikgu bukan taste saya pun." Tempelak Rafael tanpa tapis.

Suhaimi tersentak. Matanya membulat dengan keberanian Rafael. Dia rasa terhina sikit. Dia tak hensem ke? Walaupun dia normal, dia masih rasa tercabar apabila dikatakan bukan taste Rafael.

Rafael mengangkat keningnya.

"Boleh tak cikgu? Bad. Min. Ton." Ujar Rafael perlahan-lahan.

"Er.. boleh. Datang training. Selasa sampai Khamis lepas habis kelas terus datang court. Sampai pukul 6." Ujar Suhaimi.

"Oh.. okay." Ujar Rafael.

Kemudian, anak muda itu meminta diri. Sebelum dia keluar daripada bilik guru, dia sempat memberi flying kiss kepada Suhaimi sebagai hadiah. Dia tergelak selepas itu. Rafael sengaja mahu mengusik cikgu sukan tersebut.

"Cikgu, awak jangan bukan-bukan ye dengan budak tu."

"Geli saya tengok dia."

"Dia datang jumpa cikgu sebab apa?"

Macam-macam soalan dan kata-kata ditujukan padanya selepas Rafael beredar keluar. Suhaimi cuma mendiamkan diri.

Dalam pada banyak guru di bilik guru itu, cuma beberapa guru yang melihat Rafael sebagai murid dan pelajar yang normal. Suhaimi sendiri memandang serong pada pelajar yang seorang tu.




Separuh AkuWhere stories live. Discover now