.10.

78 6 2
                                    

Pagi Sabtu itu, Rafael bangun awal untuk memulakan aktiviti senamannya. Dia perlu tingkatkan balik stamina dia kalau dia betul-betul nak kembali aktif bersukan macam dulu.

Rafael dah bagitahu Maksu yang dia akan mewakili acara sukan sekolah. Oleh sebab itu, Zayed dan Yuni akan pergi dan balik sekolah dengan menaiki bas. Sebab waktu Rafael dan mereka akan berbeza jauh. Kalau sebelum ni  hanya sejam setengah, akan datang akan lebih banyak bezanya. Rafael sebenarnya tak suka adik-adiknya naik bas sebab dia tahu ada je pemandu bas yang bernafsu pada budak-budak. Kalau tak pun, Rafael tak mahu adik-adiknya jadi mangsa buli dalam bas. Lagi-lagi bila dia tahu yang Zayed sedang dibuli.

"Abang, Ayed nak ikut sekali boleh?" Soal Zayed. Dia memandang abang sulungnya itu dengan pandangan penuh mengharap.

Rafael menghela nafas.

"Kerja sekolah dah siap?" Soal Rafael.

Wajah Zayed berubah keruh. Dia tahu kalau dia jawab 'tak siap', mesti Rafael tak bagi di ikut. Belum sempat dia nak jawab, Rafael dah bersuara.

"Ingat. Aku tak suka orang menipu." Rafael dah bagi amaran.

Zayed memuncungkan bibir.

"Tak siap lagi." Balasnya dengan nada meleret.

Rafael tersenyum.

"Ha. Pergi siapkan. Sibuk je nak ikut." Ujar Rafael.

Ting! Bunyi notifikasi mesej yang masuk mengalihkan perhatian mereka. Telefon Rafael memandangkan hanya dia sahaja dalam rumah tu yang miliki telefon. Maksu memang tak suka pakai telefon. Sebab tu Maksu tak tahu pasal 'kerja' Rafael walaupun dah tular.

Rafa jogging tempat biasa eh? Hariz ikut tau!  :) - Hariz Sengal.

Rafael mengeluh tak senang. Dia memandang Zayed semula.

"Aku tarik balik kata-kata aku. Jom kita pergi. Bersiap cepat." Ujar Rafael pada satu-satunya adik lelaki dia itu.

Zayed memandang Rafael dengan rasa gembira. Dia berlari mendekati Rafael dan memeluk lelaki itu. Rafael pantas menolak budak lelaki 12 tahun tersebut.

"Yeay.. " Girang nada budak lelaki tersebut.

Rafael membuat muka. Dia tak nak berduaan dengan Hariz je. Dia tahu Hariz cuma nak ambil kesempatan untuk berdua dengan dia je. Bukan sebab nak bersenam semata-mata.

"Dah.. dah. Pergi mandi, bersiap. Dah lah busuk, nak peluk aku pula." Bidas Rafael membuatkan Zayed tersengih. Menunjukkan gigi kuningnya yang tak diberus lagi.

"Baik, bos." Ujar Zayed sambil menbuat tabik hormat.

Tergeleng kepala Rafael melihat tingkah adiknya itu.

- $@ -

Hariz melilaukan matanya ke persekitaran. Remaja 14 tahun itu baru saja melakukan beberapa pusingan larian sebelum melabuhkan punggungnya pada bangku yang didudukinya sekarang. Dia ambil keputusan untuk berehat sebentar dan menunggu ketibaan pujaan hatinya. Hariz tak dapat menyembunyikan keterujaannya. Dia mahu berduaan sahaja dengan Rafael dan pagi ini merupakan peluangnya.

Beberapa minit kemudian, Hariz dapat melihat ketibaan Rafael yang sedang jogging menuju ke tempat duduknya. Hariz segera berdiri. Tangan diangkat bersama senyuman lebar di wajah. Namun tak lama. Sebaik sahaja dia nampak kelibat Zayed tak jauh di belakang Rafael, senyumannya hampir pudar.

"Lah.. kenapa Rafa bawa adik dia? Aduh.." Keluh Hariz kecewa.

"Sorry lambat. Zayed ni ha.. nak ikut tapi siap lambat." Ujar Rafael sebaik sahaja selesai bersalaman dengan Hariz. Hariz memandang Zayed. Budak lelaki tersebut tersengih-sengih.

Separuh AkuWhere stories live. Discover now