Bab 2

57 8 0
                                    

"ABANG?! ABANG NAK BUAT APA DENGAN KAYU TU?!!"

"AKU TAK KIRA! HARINI KAU ATAUPUN ANAK KAU YANG AKU AKAN BUNUH! PILIH AMAYA,PILIH! ANAK KAU ATAUPUN AKU YANG ENGKAU PILIH?!!"

Takut. Badannya rasa mengigil...perut nya memulas rasa sakit akibat terlalu takut.

Dia melihat ayahnya memegang kayu besbol besar dan dihalakan bersilih ganti antara dia dan mamanya.

Disisinya pula, mamanya sedang memegang erat dirinya sambil menangis teresak-esak.

Apa yang dah jadi sebenarnya?

Bagi dirinya yang berumur 9 tahun, dia terlalu muda untuk memahami apa yang sedang berlaku sekarang.

Teriakan suara mama dan ayahnya semakin kuat.

Semakin lama gegedang telinganya tidak dapat lagi mendengar dengan jelas apa yang dikatakan oleh kedua ibubapa nya.

Dan semakin lama semakin suara itu suyup-suyup kedengaran di gegedang telinganya.

Tetapi kali terakhir ayat yang didengarnya adalah...

"Saya pilih diri saya abang! Bunuh saya!"

"Wrong answer sayang...selamat tinggal anak ku Fecilia..."

PRANG!!

Kepala anaknya dipukul kuat sebelum badannya rebah ke lantai dengan penuh darah yang tidak berhenti mengalir.

Semakin kuat mamanya menjerit memanggil namanya manakala terdengar suara tawaan sinis yang keluar dari mulut ayahnya.

Dia tidak tahu apa-apa mengenai hal ini tetapi mengapa dia yang harus menjadi mangsa dalam hal ini.

Terlalu kejam sangat kah dia lahir atas muka bumi ni?

Semakin lama semakin payah matanya untuk terus terbuka. Pada akhirnya dia menutup rapat kembali matanya dan mula bermimpi indah.

"Kau kuat...aku sentiasa ada dengan kau..."

ZZAAAAAPPPPP!

"HAHH...HAHHH" Dirinya terbangun dari mimpi ngerinya. Kisah silam yang pernah menghantui dirinya dahulu telah datang kembali.

Dadanya berdegup kencang, peluh tidak berhenti menitik dari atas dahi.

Terkejut...terkejut kerana mimpi seperti itu datang kembali setelah sekian lamanya.

Dia mengelap muka dengan tuala dan menarik nafas perlahan-lahan bagi menenangkan dirinya.

"Ya Allah ya tuhanku, kau lindungi lah aku dari sebarang bahaya Ya Allah" dirinya mula berdoa sambil mengusap perlahan dada untuk bagi menenangkan dirinya.

Setelah beberapa minit menenangkan diri dan rasa kelihatan lebih stabil, dia bangun dari pembaringan dan mula bersiap pergi keluar bagi untuk menenangkan di luar sana.

.......

Fecilia Sky. Itulah nama yang diberikan oleh kedua orang tua kandungnya tetapi sayang, dia tidak pernah melihat kedua ibubapa kandungannya sejak masih kecil lagi.

Dia melangkah masuk ke dalam kedai 7-Eleven dan mengambil makanan yang dia inginkan dan juga air mineral.

Satu cup maggie Mamee kari, cawan ais batu dan satu air mineral harga RM 2.90. Siot baik genapkan je 90 sen tu.

Alternative (OG)Where stories live. Discover now