Fecilia membuka pili paip singki dan mengelap sedikit mukanya selepas keluar daripada jamban. Dirinya mengeluh perlahan, belum sempat dia mahu menutup pili air tersebut tiba-tiba dia diterjah oleh seseorang.
"Patutlah lama tak datang rumah rupanya kau makan fancy -fancy kat sini" Fecilia terperanjat kecil, dia terus menoleh ke arah gerangan suara itu.
Fecilia memandang ke arah gadis itu dengan pandangan yang datar. Dia amat kenal gadis itu.
Qaisara, merangkap adik bongsunya atau lebih tepat adik angkatnya. Qaisara membalas balik pandangan Fecilia dengan senyuman mengejek.
"Kau datang dengan mama ke?" Tanya Fecilia tanpa menjawab persoalan yang dilontarkan oleh Qaisara tadi.
"Heh, kau ingat aku ni macam kau ke kene keluar berteman dengan mama? Aku dah besar la!" Sinis Qaisara.
Fecilia menarik nafas dan mengatur perkataan apa yang ingin dia katakan didalam mindanya. Ni la padan kalau bercakap dengan orang kurang ilmu, macam bercakap dengan kambing.
"Tau pun dah besar tapi perangai macam orang bodoh" balas balik Fecilia tanpa sebarang tapis, dah lama pendam.
Walaupun Qaisara dan Fecilia merupakan adik-beradik angkat, mereka sepatutnya hidup bersama dengan saling membantu dan saling menasihati antara satu sama lain tetapi sayangnya ianya tak berlaku di antara mereka berdua.
Qaisara amatlah membenci Fecilia dari dia hadir dalam hidup keluarga Qaisara dan hinggalah sekarang. Hanya sebab Fecilia selalu diperhatikan dan dibanggakan oleh kedua ibubapanya.
Bagi Qaisara, Fecilia adalah parasit dan sepatutnya amat dibenci kerana datang didalam hidup keluarganya dan selalu mengambil perhatian dari kedua orang tuanya.
Tidak hanya itu, kebencian yang tertanam pada diri Qaisara kepada Fecilia membuatkan dia suka membuat cerita palsu dan menuduh Fecilia membuat benda yang bukan-bukan sampailah ibubapanya mempercayai kata-kata Qaisara dan menghalau Fecilia dari rumahnya.
Sejak dari itu, Fecilia duduk berseorangan di rumah yang pernah dia beli sendiri semasa dirinya tamat spm dan duduk disitu sampailah ke harini.
Tetapi alhamdulillah Allah SWT maha adil Fecilia mendapat pekerjaan yang baik yang dapat menampung kehidupannya dengan cukup.
......
Qaisara terkedu dan mendengus geram dengan balasan Fecilia sebelum dirinya menaikkan tangan kanannya dan ingin menampar pipi Fecilia.
Fecilia menangkap tangan Qaisara dengan cekap sebelum tangannya mengenai pipinya.
"Kenapa kau nak tampar aku? Terasa? Bukan sepatutnya kau patut terima ke? Ke...kau masih berdendam dengan aku? Heh" Tanya Fecilia kemudian ketawa sinis, dia memegang kuat pergelangan Qaisara seperti tidak ingin dilepaskan.
Qaisara mendengus sakit akibat pergelangannya diketap kuat.
"Lepaslah! Sakit!"
Akhirnya Fecilia melepaskan pergelangan tangan Qaisara dan berlalu pergi tanpa berkata apa.
Qaisara memerhati kepergian Fecilia dari jauh sambil mendengus geram tidak puas hati dengan kelakuan Fecilia.
Disisi lain pula terlihat Raiz sedang memerhati dari jauh pergaduhan di antara mereka berdua sedari tadi, tetapi dia hanya melihatnya dari jauh tanpa membuat apa-apa.
'siapa perempuan yang nak tampar budak tu?' tanya Raiz sendiri.
Saya janji lepas saya habis tulis ni saya study (sembang kari)
Ok ke story saya? Ke plot lambat sngt?😭😭😭
YOU ARE READING
Alternative (OG)
Mistério / SuspenseSlow update (sorry again) Fecilia, diculik tanpa dirinya tahu apa sebabnya dan dikurung di dalam sebuah rumah agam yang besar dan mewah. "Kenapa abang culik saya?" - Fecilia "Wow! First time mangsa aku panggil aku abang" - Raiz Raiz, seorang yang m...