Setelah dua hari berlalu...
Kelihatan Raiz baru sahaja keluar dari lif dengan tangannya yang sedang mengusap rambutnya yang basah itu dengan menggunakan tuala kecil.
Matanya melilau ke arah ruang tamu.
Terlihat Fecilia sedang berbaring santai di sofa sambil membaca bukunya .
Tanpa sedar, Raiz tersenyum kecil dan menghampiri Fecilia dari arah belakangnya secara diam-diam.
Fecilia ralit membaca bukunya tanpa sedar, seseorang sedang menghampirinya dari belakang.
"BAAAAH!"
"ARGHHH!"
Terkejut Fecilia, bukunya sudah terbaling entah ke mana.
"Hahahahaha" Raiz tertawa melihat reaksi Fecilia.
Fecilia mengurut dadanya perlahan, fuhhh nasib tak kene serangan jantung.
"Ishhhh! Apa abang ni!" Geram Fecilia
Raiz masih lagi tertawa
"Hahahahahahahahahahahahahaha! Comel lah bila kau terkejut" ujar Raiz jujur.
Fecilia menjeling dan mencari bukunya yang entah mana dia terbaling tadi.
"Comel" tanpa sedar, Raiz tersenyum lebar dengan ikhlasnya.
Fecilia terkaku dan memalingkan wajahnya pada Raiz. Mukanya sudah mulai merah.
"Ab—abang kata saya comel ke?" Tanya Fecilia mahukan kepastian.
"Taklah aku kata kau kuman" nafi Raiz dengan senyumannya yang bertukar menjadi senyuman menjengkelkan.
Fecilia cemberut.
"Ish"
Raiz tersenyum nipis, dia menghampiri Fecilia dan mengusap kepala gadis itu sedikit kasar sehingga menyebabkan rambut Fecilia menjadi serabai.
"Aku kata kau comel, puas?"
Fecilia terdiam dan matanya terbuka luas. AAAAARFGHHHHH ADA ORANG PANGGIL AKU COMEL!!!
"Hehe terima kasih" kata Fecilia sambil tersenyum
Senyuman Raiz masih tidak lengkang pada bibirnya. Dia masih tersenyum melihat reaksi Fecilia.
ARGH MAK COMEL KENAPA KUMAN NI COMEL SANGAT??!
Raiz menarik tangannya daripada kepala Raiz dan memusingkan tubuhnya kebelakang.
"Eh abang nak pergi mana?" Tanya Fecilia setelah melihat Raiz seakan-akan mahu pergi daripada situ.
"Buat kerja kat b—office, apa apa kau nak makan kat dapur. Jangan kacau aku dalam masa 2 jam" jelas Raiz kemudian berlalu pergi dari situ.
Fecilia hanya menghantar pemergian Raiz dari ekor matanya. Tanpa berlengah dia terus meneruskan bacaannya tanpa sedikit curiga
.....
Terlihat sekujur tubuh seorang lelaki sedang diikat kemas di atas kerusi di dalam ruangan bilik yang gelap dengan badannya tidak memakai baju dan hanya meninggalkan seluarnya.
Sudah dua hari lelaki itu dikurung disini.
Raiz memerhati setiap inci tubuh lelaki itu dengan perlahan-lahan, kemudian dia tersenyum sinis.
"Bangunkan dia" arah Raiz kepada anak buahnya.
"Baik" salah seorang dari anak buahnya membawa baldi yang berisikan air kemudian menyiramkannya ke atas kepala lelaki itu.
YOU ARE READING
Alternative (OG)
Mystery / ThrillerSlow update (sorry again) Fecilia, diculik tanpa dirinya tahu apa sebabnya dan dikurung di dalam sebuah rumah agam yang besar dan mewah. "Kenapa abang culik saya?" - Fecilia "Wow! First time mangsa aku panggil aku abang" - Raiz Raiz, seorang yang m...