BAB 9

18 6 0
                                    

Fecilia berjalan laju menuju ke mejanya tetapi langkahnya terhenti apabila dia melihat 3 jejaka yang berpakaian serba mewah dan berkemeja hitam sedang duduk bersama Qaizrul disana.

Terlihat 3 orang jejaka itu sangat ramah bersembang dengan Qaizrul tapi kelihatan Raiz tiada disana. Mana dia pergi?

Qaizrul yang baru sedar akan kehadiran Fecilia terus menyapanya dari jauh secara kuat.

"Eh awak sini!" Panggil Qaizrul.

Fecilia terkejut kecil dan terus bergegas datang ke arahnya, malu bang oi. Kuat beno bang hang jerit.

"Ha ni la yang aku katakan tadi" kata Qaizrul kepada 3 orang jejaka itu.

Ketiga jejaka itu mengangguk dan terus menoleh ke wajah Fecilia.

Hati Fecilia mula terguncang dek kerana ketiga jejaka itu memandangnya dengan reaksi seperti 'jom kita bunuh dia hihi'.

Fecilia meneguk air liurnya kelat.

"Korang ni siapa?" Belum sempat seorang pun dari mereka membuka mulut, tiba-tiba seseorang yang datang entah dari mana memotong ucapan mereka.

"Diaorang tu kawan aku" Fecilia disergah oleh seseorang dari arah belakangnya. Dirinya terkejut dan terus menoleh ke arah belakang, terlihat Raiz betul-betul berada di belakangnya.

"A—abang..." kata Fecilia tergagap-gagap dengan perlahan kerana Raiz terlalu dekat dengannya tetapi suaranya mampu didengari oleh Qaizrul, Raiz dan ketiga jejaka itu.

"ABANG?!!!" jerit Qaizrul dan tiga jejaka itu serentak.

"Aishhhh bising la korang ni" kata Raiz sambil meraup wajahnya.

"Yow bro kawin tak ajak" kata salah seorang jejaka yang berkaca mata itu.

Dua jejaka lain mengangguk setuju sambil ketawa.

"Atok kau, ni yang tulah. Alah, kau tau en. Bukan bini aku eh, aku sepak kau kat sini nanti Muiz" kata Raiz sambil tangannya acah-acah menunjukkan penumbuk.

Muiz terkekeh ketawa.

"Faham" jawab lelaki yang bermata olive pula.

Fecilia mendiamkan diri, dirinya masih lagi berdiri seperti patung. Sampai bila lah nak berdiri ni.

"Eh duduk lah kesian korang berdua berdiri" kata jejaka yang bermata hazel itu kepada Fecilia dan Raiz sambil tangannya menepuk tempat duduk di sebelahnya.

Kemudian Fecilia duduk di sebelah lelaki bermata hazel itu manakala Raiz duduk dihadapannya bersebelahan dengan lelaki bermata olive.

"Jadi err...kene perkenalkan diri ke?" Tanya lelaki yang bermata hazel itu, Raiz mengangguk.

"So...hi! I Ryan" kata lelaki bermata hazel yang bernama Ryan itu sambil dirinya memandang tepat pada wajah Fecilia, Fecilia mengangguk sambil mengukirkan senyumannya.

Kemudian lelaki berkaca mata pula menyambung.

"Aku Muiz yang duduk sebelah Raiz tu Rayne or you can call him Ray" kata lelaki berkaca mata yang bernama Muiz itu sambil jarinya mengarah pada Ray yang bermata olive.

"Hai saya Fecilia" balas Fecilia dengan senyumannya yang tidak pudar dari tadi.

Ryan dan Muiz membalas senyuman Fecilia manakala Ray hanya menayangkan riak bekunya.

"Jadi...saya perlu panggil korang abang juga ke?"

"Abang?! Boleh je—"

"Takde takde, dia sorang je boleh panggil aku abang" kata Raiz sambil menjeling tajam ke arah Muiz. Seakan cemburu bila Fecilia memanggil lelaki lain dengan panggilan 'abang'.

Ryan, Qaizrul dan Muiz yang menyedari hal itu tersenyum miring.

"Anjaaaaayyyyyy" kata mereka bertiga serentak.

Raiz hanya memekakkan telinga dan menjeling tajam mereka bertiga.

Manakala Ray berdiam seakan berada  didalam dunianya sendiri tanpa menghiraukan mereka berlima.

Beberapa minit kemudian barulah makanan yang dipesan oleh mereka berenam sampai.

Ray memesan chicken chop sama seperti Fecilia manakala Raiz dengan nasi goreng cinanya dan teh tarik, Qazirul pula dengan roti canai tiganya dan Ryan dan Muiz pula memesan spaghetti.

Kemudian mereka berenam terus makan dan tidak lupa juga untuk membaca bismillah yang diketuai oleh Ray.

......

"UISHHH kenyang woo" ucap Muiz sambil menggosok-gosok perutnya kerana kenyang.

"Alhamdulillah" kata Raiz, Qaizrul, Ray, Ryan dan Fecilia serentak.

Muiz tersenyum senget sambil menggosok kepalanya yang tidak gatal itu. Lupa.

"Dah, jomlah beransur dulu" Ray bangun dari duduknya. Dia mengeluarkan kadnya kemudian menuju ke kaunter dan membuat pembayaran.

"Aik, bukan senang nak nampak mamat beku tu bayar even ni restoran dia" kata Muiz hairan

Fecilia terkejut, restoran Ray?!

"Serius la ni restoran dia punya?" Kaget Fecilia, Raiz mengangguk.

"Haah restoran ni dia punya" balas Raiz.

"Patutlah dia ajak kita makan sini rupanya nak belanja kita rupanya, hehehehehe" Ryan mengangguk mengiyakan ucapan Muiz.

"Woaahh mesti kaya kan" kata Fecilia, Raiz mengangguk lagi.

"Dia diantara kedua paling kaya antara kami"

"Wuishh habistu siapa paling kaya?!" Tanya Fecilia teruja.

"Tu sebelah you" jawab Muiz, mulutnya dimuncungkan kepada Raiz.

Fecilia terus memandang ke arah Raiz, WHAT THE FISH??!!!




































Maaf pendek dan bosan😓

Alternative (OG)Where stories live. Discover now