BAB 3

47 8 0
                                    

Angin kencang menerpa wajahnya, memaksa Fecilia membuka mata.

Dengan perlahan, dia membuka kelopak matanya dan mendapati dirinya terbaring di tempat yang asing dan tidak dia kenali.

Fecilia mencuba menggerakkan beberapa jarinya.

'Fuhhh masih hidup' bisiknya di dalam hati.

Fecilia memaksa kan dirinya untuk bangun, lalu terus memerhati kan sekeliling.

Nampaknya dia dikelilingi oleh dinding-dinding yang sempit, seolah-olah berada di dalam ruang yang kecil dan tertutup tanpa ada jalan keluar.

Di depannya terdapat tulisan di dinding yang bertulis...

I'm still alive!

Seketika telinganya tiba-tiba berdesing kuat.

Dengan panik, Fecilia terus menekup telinganya dengan menggunakan kedua belah tangannya.

Fecilia cuba menghentikan bunyi itu. Namun, semakin kuat dia mencuba, semakin nyaring desingan itu bergema.

Rasanya sakit, sakit sangat!

"Bangun Fecilia!"

Kelopak mata Fecilia terbuka luas dan secara tiba-tiba dia bangkit dari pembaringannya secara mengejut.

"HAHHH HAHHH" nafas Fecilia tersengal-sengal.

Lagi dan lagi dia dihadapkan dengan mimpi ngeri yang dia tidak tahu apa kaitannya dengan mimpi ngeri nya itu dengan masa kini.

Fecilia mengurut dadanya perlahan bagi menenangkan dirinya.

Lantas Fecelia mengamati perlahan di persekitarannya. Mendapati bahawa dirinya berada di sebuah bilik yang agak mewah dengan perabot dan cat dinding yang berwarna hitam klasik.

"Rasanya...ni bukan bilik aku kan? Aku kat mana sebenarnya?" tanya Fecilia kepada dirinya sendiri.

Tanpa Fecilia sedar, Raiz masuk ke dalam bilik yang di duduki Fecilia sambil membawa sebuah dulang.

"Dah bangun?" sergah Raiz

"ARGHH! MAK!" jerit Fecilia tanpa sengaja kerana terkejut

"Hey! Slowkan suara kau, bingit tau!"

"Maaf, maaf saya terkejut! Er...maaf awak siapa ye?" tanya Fecilia sambil mengurut dadanya. Fuh nasib tak tercabut jantung.

Terlihat Raiz sedang membawa dulang bersama segelas susu dan beberapa keping biskut di sebelahnya dan langkahnya menuju ke meja kecil yang bersebelahan katil Fecilia.

Fecilia memerhatikan Raiz yang perlahan-lahan meletakkan dulang itu ke atas meja.

"Kau tak ingat ke?" Tanya Raiz

Fecilia menggelengkan kepalanya.

"Seingat saya tadi saya ada dalam bilik saya dan bukan ada kat sini" kata Fecilia.

"Abang...culik saya ke?" Sambung Fecilia.

Tanpa basa-basi Raiz menjawab "Haah aku culik kau" tipu Raiz, sengaja mahu kenakan gadis itu.

"Kenapa abang culik saya?" Tanya Fecilia dengan reaksi sedikit gementar.

"Wow! First time mangsa aku panggil aku abang" Jawab Raiz yang agak sedikit terkejut kerana baru pertama kali mangsanya memanggil dia dengan panggilan yang sopan.

Fecilia terdiam dan fikir sejenak, mangsa? Apa maksud nya?

Melihat reaksi Fecilia Raiz terus mencelah.

Alternative (OG)Where stories live. Discover now