BAB 13

12 4 0
                                    

Fecilia membuka matanya. Entah berapa lama dia tidur pun dia tak tahu.

Kemudian dia bangun dari katilnya sambil mengambil tuala dan terus masuk ke dalam tandas untuk membersihkan diri.

Fecilia memandang dirinya dari pantulan cermin dengan riak yang datar.

Matanya terhala pada lengannya dari pantulan cermin. Terlihat beberapa bekas parutan di lengan kirinya.

Dia mengusap perlahan lengannya itu dengan lembut. Parut itu sudah membekas sejak dirinya berusia 13 tahun dan sampailah ke harini.

Walaupun parut itu makin pudar setiap bulan tapi setiap kali ianya hampir memudar, Fecilia akan menambahnya dengan parut yang baru.

Fecilia mengeluh perlahan dan terus sambung mandi.

Selepas keluar dari bilik air dan menukar pakaian, dia mengelap rambutnya menggunakan tuala dan berjalan keluar dari biliknya.

Kakinya melangkah menuju ke lif dan hendak turun kebawah.

Hanya satu tujuan sahaja kenapa dia turun ke bawah.

Sebab lapar dik.

Lif terbuka luas, kaki Fecilia berjalan menuju ke dapur.

Setelah sampai ke dapur terlihat seorang lelaki sedang memasak.

'Tu assistant abang ke ataupun abang Raiz?'

"Abang!" Jerkah Fecilia dari arah belakang.

Lelaki itu terus berpaling ke belakang.

"Oh abang..."

"Qaizrul" jawab Qaizrul pantas sambil melakarkan senyuman.

Fecilia membalas senyuman itu dan berjalan masuk ke dalam dapur.

Fecilia menghampiri meja makan dihadapannya dan melabuhkan punggungnya di atas kursi.

"Abang Qaizrul masak apa?" Tanya Fecilia sambil matanya tidak lepas memandang pada Qaizrul yang sedang memasak itu.

"Nasi goreng dengan daging, eh awak makan ke?"

Fecilia mengangguk.

Qaizrul tersenyum kembali dan sambung memasak.

"Abang pun dokter ke" tanya Fecilia mencuba untuk memecahkan kesunyian.

Qaizrul mengangguk.

"Haah saya dokter juga tapi saya banyak bantu dokter Raiz je" jawab Qaizrul.

"Ooo"

"Abang umur berapa?" Tanya Fecilia lagi.

"25. Kenapa?"

Mulut Fecilia melopong.

"Eh mudanya! Tapi kenapa muka abang macam tua?"

Qaizrul tersenyum nipis. Siot dia panggil aku tua.

"Tak tahu" jawab Qaizrul sepatah kerana geram.

"Ish abang ni takkan tak tahu" cemberut Fecilia

"Habistu awak tu? Dah lah muka dah tua tapi nampak pendek cam bocil" ujar Qaizrul pula ingin mahu mengenakan Fecilia balik.

Fecilia memuncungkan mulutnya.

"Ish! Mana ada pendek!" Nafi Fecilia

"Hah tinggi berapa?"

" 155!"

"Hm kuman"

Terus berubah wajah Fecilia dan bertukar menjadi cemberut.

"Ish! Mana ada!"

"Kuman"

"Tak!"

"Kuman!"

"Tak!"

"Kuman!"

"Tak!"

Fecilia dan Qaizrul mula bertikam lidah. Masing-masing taknak mengalah.

"Korang berdua boleh diam tak!" Sergah satu suara dari arah belakang dan membuatkan Qaizrul dan Fecilia terus menoleh ke arah belakang.

"Suara korang tu kalau masuk pertandingan siapa suara paling macam dinasour rasanya korang tempat pertama lah kot" sambungnya lagi.

Fecilia dan Qaizrul tersengih diperli oleh Raiz.

Raiz mengusap rambutnya belakang, kakinya menghampiri ke arah meja dan duduk sambil kepala dilentokan ke atas meja.

"Aik kalau ngantuk pergilah tidur balik" ujar Fecilia selepas melihat perbuatan Raiz itu.

"Mamai"

Bukan mamai tapi cemburu!

"Jom makan!" Ucap Qaizrul sambil sendokkan nasi Fecilia dan Raiz kemudian meletakkannya di atas meja.

Fecilia dan Raiz mengambil nasi mereka dan daging sekali.

Qaizrul melabuhkan punggungnya sambil meletakkan nasinya di atas meja.

"Ha dokter baca bismillah"

"Bismillahirrahmanirrahim...allahumma—"

TING TONG!

Terus kepala mereka bertiga memandang ke arah pintu.

"Siapa tu?" Tanya Qaizrul

"Kau ingat aku ada kat pintu sana ke dungu?" Balas balik Raiz.

Qaizrul tersengih dan menggaru kepalanya yang tak gatal itu.

"Jap aku pergi cek" Raiz kemudian bangun dan menuju ke pintu.

Qaizrul menghantar pemergian Raiz dengan ekor matanya.

"Nyum nyum"

Qaizrul memalingkan wajahnya ke arah Fecilia yang sedang menikmati nasi goreng dan daging yang dimasaknya.

"Eh awal betul makan" kata Qaizrul berseloroh.

"Laparrrr" jawab Fecilia sambil masih mengunyah nasi goreng dengan daging itu.

Qaizrul menggeleng kepalanya. Kemudian bangun dari duduknya.

"Eh nak pergi mana?"

"Tengok dokter Raiz kejap" jawab Qaizrul dan melangkah pergi ke tempat Raiz berada.

"Okeh" jawab Fecilia

"Dokter, dokter ok t—" Qaizrul terdiam seketika melihat Raiz memegang butterfly knife dan terlihat sekujur tubuh yang merebah ke bawah dengan lantai yang penuh dengan berlumuran darah .

"Dok...ter?"

"Ada anak tak guna cuba untuk bercakap perkara tak guna. Jadi aku tamatkan ajalah riwayat tak guna dia tu" jelas Raiz dengan suaranya yang  santai.

Qaizrul menelan liurnya kelat. Dia tidak gemar melihat Raiz yang gerun sebegini.

Raiz memaling wajahnya ke arah Qaizrul dan tersenyum lebar.

"Jangan risau hehe" katanya sambil menepuk bahu Qaizrul agar tidak cemas dengan situasi.

Qaizrul mengangguk perlahan.

"Bawak dia ke lab bawah. Dia akan jadi spesimen baru kita"

"Baik dokter" balas Qaizrul dan terus mengangkat tubuh itu dan berlalu pergi.

Di sudut yang lain terlihat Fecilia sedang mengunyah sebiji epal sambil memerhatikan mereka berdua dari tadi daripada jauh.

"Mhmm interesting" katanya, mulutnya masih lagi tidak berhenti mengunyah epal itu.






























Alternative (OG)Where stories live. Discover now