Raiz memerhatikan wajah Fecilia yang termenung di atas meja. Dia cuba memikirkan apa yang gadis itu tengah fikirkan sekarang.
Sementara itu, sudah 2 minit Qaizrul pergi ke tandas. Tak tahu lah tengah membuang ke ataupun buat jamban dalam tu, jadi tinggallah Raiz dan Fecilia berdua di meja.
"Apa yang kau tengah fikirkan?" Raiz cuba memecahkan kesunyian antara mereka berdua.
Fecilia tersentak dari lamunannya dan memandang tepat pada wajah Raiz.
"Takde apa-apa lah" Fecilia menggeleng kepalanya kemudian mengukirkan senyuman.
Senyuman palsu.
Raiz mendiamkan diri, matanya menilik pada wajah Fecilia dengan teliti.
Cantik, sangatlah cantik. Itu yang dia mahu ungkapan sekarang tetapi dia memendam kannya.
Jantungnya berdebar-debar seperti mahu meletup pun ada bila lama-lama dia menatap wajah gadis itu.
Raiz berdecit kecil, kenapa cantik sangat ni ish.
Fecilia memandang Raiz dengan hairan, dah kenapa buang tebiat ke?
"Muka saya ada apa-apa ke?" Tanya Fecilia.
"Ada" jawab Raiz
"Apa dia?"
"Cantik..." kata Raiz perlahan, selepas sedar apa yang dia katakan dia terus menutup mulutnya. Haish apa mulut ni!
Fecilia terpinga-pinga...cantik? SERIUS LA DIA PANGGIL AKU CANTIK?!!
"Ha? Tak dengar la" tanya Fecilia sengaja seakan-akan dia tidak dengar perkataan itu tadi.
"Kesian pekak" Raiz masih lagi menutup separuh muka dengan tangannya, masih malu lagi.
"Saya tak pekak la! Abang la siapa suruh cakap slow sangat, tak gentle la" decit Fecilia.
"Ceh" Raiz menjeling. Fecilia terkekeh ketawa.
"Abang nak tanya" Raiz memandang semula wajah Fecilia.
"Apa?"
"Yang tadi dengan kita tu siapa?" Tanya Fecilia.
"Siapa?"
"Ish yang ikut kita ke sini la"
"Ooh! Tu assistant aku" jawab Raiz
"Ooo tapi kenapa mulut dia puaka sangat?" Tanya Fecilia.
"Tu sebab mulut kau pun puaka juga, dua kali lima tak padan dengan pendek" balas Raiz terus terang. Dah orang mulut puaka kita balas la balik kan.
Muka Fecilia berubah cemberut, cis tak guna dia panggil aku pendek.
"Ish apa la abang ni!" Ujar Fecilia tidak puas hati.
"Bang, nak pergi tandas" ujar Fecilia meminta izin untuk pergi.
"Pergilah" terus Fecilia mengangkat punggung dan pergi meninggalkan Raiz keseorangan.
Raiz hanya menghantar pemergian Fecilia dengan ekor matanya dan tidak lepas memerhatikan Fecilia dari kejauhan.
'Eh perempuan tu tahu tak tandas kat mana?' gumam Raiz di dalam hatinya kemudian dia menggeleng kepalanya.
Terpaksalah dia perlu mengejar Fecilia dari belakang.
"Eh dokter nak ke mana?" Tegur Qaizrul yang baru sahaja balik dari tandas. Eleh dari tandas ke mengurat pelayan-pelayan perempuan cantik tu?
"Tandas, kau duduk sini" jawab Raiz kemudian dia mengejar laju langkah Fecilia dari belakang.
Qaizrul mengangguk dan duduk.
Ok sekarang nak buat apa? Main congkak dengan awek-awek pelayan kat sini ke ataupun buat freeshow (menari TikTok)?
Maafkan saya kalau ada kesalahan tatabahasa dalam bab ni dan maafkan saya juga sebab sidai cerita ni seminggu.
Rasa macam cerita ni slow la pulak. Nak saya cepatkan tak? Ke nak macam ni je? Overthinking ni.
YOU ARE READING
Alternative (OG)
Mystery / ThrillerSlow update (sorry again) Fecilia, diculik tanpa dirinya tahu apa sebabnya dan dikurung di dalam sebuah rumah agam yang besar dan mewah. "Kenapa abang culik saya?" - Fecilia "Wow! First time mangsa aku panggil aku abang" - Raiz Raiz, seorang yang m...