BAB 11

26 5 0
                                    

Putih, warna yang membawa maksud ketenangan dan kedamaian. Namun dibalik semua itu ada maksud yang tersembunyi.

Ia seperti kain kosong yang menunggu untuk dikotori atau diisi dengan kehidupan yang tidak diduga.

Di balik kepolosannya itu, putih juga boleh menjadi tanda kepalsuan yang tersembunyi atau kebersihan yang rapuh, warna ini kadang menutupi apa yang tersembunyi di balik penipuan itu.

Bagi seorang Raiz, warna ini adalah termasuk warna yang disukainya kerana baginya ia mudah untuk menakluki dengan mencemarinya dahulu.

Salah satu contohnya adalah Fecilia.

Tetapi warna yang berada di dalam gadis itu tidak memudar walaupun telah hampir dicemari dan membuatkan Raiz tertarik dengan gadis itu.

Raiz melihat skrin komputer di hadapannya yang merupakan data Fecilia.

Dia melihat data itu dengan teliti. Dia mahu tahu tentang gadis itu semuanya tanpa gadis itu memberitahu nya dahulu.

Matanya terhenti pada data kesihatannya.

[Laporan Penilaian Psikologi]

Nama Pesakit: Fecilia Sky Binti Froy Sky
Tarikh Lahir: 28 November
Umur: 23
Jantina: Perempuan
Pekerjaan : Polis

—————

Gejala dan Pemerhatian

1.Perubahan Mood

2.Gangguan Tidur

3.Pemikiran Negatif

4.Halusinasi dan Delusi

5.Kesulitan Mengawal emosi

—————

Diagnosis : PTSD with psychosis

Raiz terdiam sejenak. Masaalah psikologi? PTSD (Post Traumatic Stress Disorder)? Jadi maknanya selama ni gadis itu sedang menghadapi sakit ini di usia sebegini? Dan...dia merupakan seorang polis?

Jadi maknanya tadi yang dia meracau tu...berkemungkinan disebabkan mimpi ngerinya atau traumanya datang balik?

Raiz menyandar pada kerusi dan menghelakan nafas panjang. Dia tidak sangka gadis itu menghadapi sakit yang seperti ini.

Pintu biliknya dibuka, penampakan Qaizrul memasuki bilik Raiz dan menghampirinya

"Macam mana?"

"Stabil" Qaizrul kemudian meletakkan beberapa keping kertas pada meja Raiz.

Raiz mengambil kertas itu dan membacanya.

"Jadi dokter...ada apa-apa yang dokter jumpa?" Tanya Qaizrul

"Kau tengok ni" Raiz menghalakan skrin komputernya kepada Qaizrul. Dia membaca dan terdiam sejenak.

"Fecilia..."

Raiz mengangguk. Gadis itu sedang menghadapi gangguan psikologi ataupun ayat kasarnya dipanggil masaalah mental.

"Jadi dokter...kita nak buat apa? Biarkan ataupun kita torture dia alang-alang dia dah 'rapuh'?"

Raiz mengusap dagunya perlahan. Dia tidak mahu menyakiti gadis itu kerana dia sudah...merasa sayang padanya.

"Dokter?"

Raiz sedar dari lamunan dan menoleh ke arah Qaizrul.

"Aku—aku tak sanggup. Aku dah mula rasa sayang pada dia..." ujar Raiz jujur.

Qaizrul mendiamkan diri dan memandang wajah Raiz dengan pandangan datar. Nampaknya majikannya ni sudah jatuh cinta, eh hah? HAH?

"Hah...HAHHH?! APA?!"

Raiz tersenyum senget melihat reaksi terkejut Qaizrul. Benar, dia sudah mula jatuh cinta dengan gadis itu dan niatnya sekarang ikhlas untuk merawat gadis itu.

Sebagai seorang dokter, dia merasa bertanggungjawab untuk menjaga dan merawat gadis itu secara pelan-pelan. Walaupun dia juga melakukan pekerjaan keji tapi dia masih lagi ada hati nurani.

"Bila dokter start suka dia?"

"Masa mula-mula aku bawak dia. Dia comel...dan cantik" jawab Raiz.

Mukanya hampir memerah dan terus dirinya menutupi mukanya dengan tangan.

Qaizrul tersenyum senget melihat perubahan muka Raiz

"Eeeeeeehhhhh dokter dah mula jatuh cinta eeehhhh" sengaja Qaizrul kenakannya.

"Diamlah!"

Qaizrul makin tersenyum lebar.

"Dahlah diamlah sana!"

"Eeeeehhh dokter hehehehehe"

"DIAM!"


































Oke ke?

Alternative (OG)Where stories live. Discover now