Akhirnya mereka berenam balik ke rumah masing-masing.
Ray balik kerumah istrinya manakala Muiz dan Ryan balik ke apartment mereka sendiri. Qaizrul dan Fecilia pula mengikuti Raiz balik bersama.
Semasa perjalanan balik, di dalam kereta Raiz Fecilia tidak habis-habis bercakap tentang kayanya Raiz, Ray, Ryan dan Muiz.
Mana taknya, Fecilia baru tahu yang selain Ray mempunyai restoran, jejaka itu juga mempunyai shopping complexnya sendiri dan syarikat milik warisan keluarganya. Memang tak habis 7 keturunan harta si Ray ni.
Bukan hanya itu sahaja, Fecilia juga baru tahu Raiz juga bekerja dengan Ray sebagai dokter peribadi keluarga Ray dan mendapat pendapatan lebih kurang sejumlah sejuta untuk sebulan. Fuhhh.
Muiz dan Ryan juga bekerja di bawah syarikat Ray. Memang tak kalah saing lah pendapatan mereka bersama. Patutlah baju mereka tadi semua cun melecun je. The real old money gais.
Raiz dan Qaizrul hanya menadah telinga mendengar celoteh yang keluar dari mulut Fecilia dan mengiyakan sahaja bila ditanya oleh gadis itu.
Bukan senang mereka berdua nak mendengar suara wanita membebel sedangkan sehelai rambut wanita pun mereka tidak jumpa hampir 2 bulan disebabkan kerja mereka.
Qaizrul merasakan ada sebuah kereta mengikuti kereta mereka dari belakang, dia menilik ke arah sisi ke cermin kereta.
Dia terus menoleh ke belakang dan memang betul sangkaannya. Ada dua buah kereta sedang mengekori mereka.
"Dokter, ada dua buah kereta" kata Qaizrul kepada Raiz dengan nada berbisik supaya Fecilia tidak dengar
Raiz mengangguk faham dan memulakan langkahnya, macam dah biasa dah perkara ini berlaku.
"Budak, pakai tali pinggang betul-betul dan pengang tali pinggang tu kuat-kuat" tegas Raiz mengingati Fecilia. Fecilia dengan polos mengikuti peringatan Raiz.
Qaizrul memberi isyarat tanda 'dah boleh dah ni'
Raiz yang memandang Qaizrul tersengih dan memulakan tindakannya. Dia menekan kuat pedal minyak dan meluncur laju ke atas jalan raya itu dengan kelajuan sekitar 110 km/j
Fecilia terus memejamkan matanya kerana ketakutan.
Raiz tersenyum sumbing melihat reaksi Fecilia dan menekan kuat lagi pedalnya. Dia suka aksi ini tapi dia benci situasi ini.
Qaizrul memerhati dua buah kereta ketinggalan jauh di belakang dari sisi cermin kereta.
"Macam mana?"
"Kereta diaorang cabuk, tak boleh nak kejar kita HAHAHAHAHAHAHA" jawab Qaizrul, tak lupa menyelitkan loyar buruknya sekali.
.....
Fecilia terus membuka pintu kereta setelah sampai ke rumah Raiz dan merebahkan dirinya sebentar ke atas rumput, rasa nak muntah hanat!
Mana taknya, si Raiz tu bawak kereta macam tak sabar nak menuju ke neraka! Nasib dia tak hampir termuntah dalam kereta kalau tak, tak pasal-pasal kene tinggalkan kat sorang-sorang kat atas jalan raya tu.
Qaizrul ketawa melihat Fecilia yang baring di atas rumput.
"Shiann dia ehh alololo nak cendol?" Fecilia menjeling, Qaizrul menyambung ketawanya
Raiz dan Qaizrul berjalan masuk ke dalam rumah dan lupa juga untuk tak kuncikan pintu, kang kalau kunci naya gadis tu tidur kat depan pintu rumah.
"Sial" carut Fecilia perlahan.
Setelah beberapa minit barulah Fecilia bangun dari baringannya dan berjalan masuk ke dalam rumah.
Dia berjalan naik ke arah tangga. Dalam rumah ni ada tangga dan juga lif. Kalau tak rajin naik lif kalau rajin naik tangga dan sekarang dia rajin tak rajin.
Fecilia yang malas menunggu lif terus menaiki tangga dan menuju ke ruangan biliknya. Bilik dia eh? Ke bilik tumpangan? Ah mana-mana lah
Dia terus baring ke tilam yang empuk itu dan tertidur.
.....
Langkah Raiz terhenti setelah melihat bilik pintu Fecilia tidak tertutup.
Dia berjalan masuk perlahan-lahan ke dalam bilik itu, langkahnya terhenti setelah dirinya berada dihadapan katil gadis itu.
Automatik tangan kirinya mengelus lembut rambut gadis itu, cantik. Tidak dinafikan gadis itu sangatlah cantik dan hampir menakluki hatinya.
Tetapi sayang, bukan itu hasrat sebenarnya.
Perlahan-lahan tangan kanannya mengeluarkan pisau bedah dan mengarahkan ke arah leher jinjang gadis itu.
Niatnya mahu membenamkan pisau itu ke dalam leher gadis itu.
Raut wajah Fecilia yang tidur lena itu mula merubah, seperti sedang berada di dalam kesakitan.
"SAKIT! TOLONG!" tanpa sedar, Fecilia meracau kuat dan mengakibatkan Raiz terus menarik pisaunya jauh dari leher Fecilia.
Wajah Fecilia mula berkerut tetapi matanya masih terpejam, tanganya menggenggam kuat baju di bahagian dadanya dan menjerit lagi.
"SAKIT! SAKIT!"
Raiz yang melihat Fecilia yang meracau itu terus menggoncangkan bahunya.
"Fecilia bangun! Bangun!" Mata Fecilia terus terbuka luas dan bangun dari baringannya.
"HAHH HAHHH" nafas Fecilia mulai laju, Raiz yang disebelahnya pula menggosok-gosok belakang tubuh gadis itu bagi menenangkan dirinya.
Dia juga agak terkejut melihat Fecilia yang tiba-tiba menjerit tadi. Nasib dia tak mengdalamkan lebih dalam pisaunya itu tadi.
Fecilia mendiamkan diri dan perlahan-lahan menoleh ke wajah Raiz yang berada disebelahnya.
Fecilia tanpa sedar memeluk erat badan Raiz, Raiz terkedu. Dia sedar Fecilia sedang memeluknya sambil menangis. Dia tidak boleh buat apa dan hanya menggosokkan belakang tubuh Fecilia perlahan-lahan
"Ab—abang..."
"J—jangan tinggalkan saya...tolong" kata Fecilia sambil menangis tersedu sedan
Raiz membiarkan ayat itu berlalu dan menenangkan gadis itu sampai lah tertidur.
Saya rajin harini. Nak complete cerita ni awal kene rajin, nak complete cerita ni awal kene rajin!
YOU ARE READING
Alternative (OG)
Misterio / SuspensoSlow update (sorry again) Fecilia, diculik tanpa dirinya tahu apa sebabnya dan dikurung di dalam sebuah rumah agam yang besar dan mewah. "Kenapa abang culik saya?" - Fecilia "Wow! First time mangsa aku panggil aku abang" - Raiz Raiz, seorang yang m...