"Fecilia! Berhenti!"
"FECILIA!!"
Fecilia mengendahkan suara itu dan berlari sekencang mungkin daripa ditangkap olehnya.
"Sial!" Maki Raiz, dia melajukan lagi lariannya.
Tidak terfikir oleh Raiz bahawa Fecilia akan mengetahui perbuatannya ini secepat mungkin.
Raiz terus mengejar Fecilia tanpa lelah.
Setelah 3 minit Fecilia berlari dari ditangkap Raiz, akhirnya langkah Fecilia mulai terhenti apabila dia menyedari bahawa dia sudah terperangkap di hujung jalan yang mati.
TAP...TAP...
Fecilia menoleh ke belakang, kelihatan Raiz sudah hampir berada di belakangnya.
"Why you run from me Fecilia?" Raiz meregangkan kepalanya dan menatap Fecilia dengan tajam.
Fecilia menelan kelat air liurnya apabila melihat Raiz menatapnya seakan ingin membunuhnya.
"I ask you dear, why you run from me?"
Fecilia tidak menjawab dan menutup matanya erat, takut dengan keadaan Raiz yang sekarang.
Raiz menghampirinya dan mendekatkan wajahnya pada muka Fecilia.
"You run from me just because you scared or you scared that's why you run from me?" Ujar Raiz.
Wajahnya masih lagi tidak beralih dari muka Fecilia.
"Fecilia..." tangan Raiz perlahan-lahan beralih pada pipi gadis itu.
Fecilia terperanjat kecil apabila menyedari tangan Raiz berada di wajahnya.
"You look scared dear"
Terus terbuka matanya, matanya terus menatap wajah Raiz yang memandangnya dengan lembut dan tidak tajam seperti tadi.
"Saya—saya" tergetar-getar Fecilia cuba untuk mengeluarkan suara.
"Shh shhh" pujuk Raiz mencuba untuk menenangkannya.
"Jawab soalan aku, kau lari kenapa Fecilia?" Suara Raiz yang tadinya lembut berubah menjadi agak keras.
Fecilia menelan air liurnya yang rasa berpasir itu.
"Saya...takut, saya teringat tentang ada orang cucuk saya ubat kat leher. Kemudian saya terus pingsan, saya—saya takut..." badan Fecilia menggeletar hebat, lidahnya tergetar-getar apabila dirinya cuba bersuara.
Raiz terdiam sejenak, tangannya mula menurun kebawah dan kepalanya beranjak sedikit dari muka Fecilia.
"Kau ingat ke apa yang jadi sebelum tu?
Fecilia mengangguk.
"Saya teringat yang saya cuba berjalan kat lorong gelap sebab ada orang minta tolong, jadi saya pergi sana. Kemudian bila saya masuk dalam saya nampak ada orang pegang benda tajam lepastu...lepastu dia..."
Fecilia terhenti, tekaknya rasa pasir. Terasa berat untuk menyambungnya.
Raiz hanya mendiamkan diri dan mendengar penjelasan Fecilia tanpa bersuara.
"Kau...kau ingat ke apa yang jadi sebenarnya?"
Fecilia mengangguk sekali lagi.
"Kau nampak apa yang aku buat tadi?" Tanya Raiz untuk mendapatkan kepastian.
Fecilia mengangguk lagi.
"Abang....abang seksa orang tadi" jawab Fecilia perlahan, matanya tertunduk ke bawah. Tak mampu bertentangan mata dengan jejaka itu.
Raiz masih lagi tidak lepas menatapnya.
"Kau takut?" Raiz menyengetkan kepalanya sedikit.
"Sikit"
"Kenapa sikit?"
"Sebab saya takut abang nak bunuh saya sekali. Tapi saya terkejut sikit sebab yang seksa orang tu abang"
jawab Fecilia, kalini dia suaranya kedengaran sedikit agak tenang dan tidak takut.
"Maksud kau?" Raiz mengangkat sebelah keningnya
"Saya tak expect setolol abang ni boleh jadi ganas sampai seksa orang" jawab Fecilia dengan selambanya.
Raiz tercengang, eh budak ni.
Tapi apa-apa pun Raiz agak lega kerana nampak sepertinya Fecilia tidak lagi takut padanya.
"Jadi maknanya kau tak takut la kat aku?"
Fecilia menggeleng.
"Tak! Hihi!"
Raiz membuat muka toya.
"Tadi bukan main menggeletar sampai tulang rusuk pun aku boleh nampak bergetar sekali, ni boleh pulak loyar buruk dengan aku?"
Fecilia tersengih.
Raiz menggelengkan kepalanya, pening dia layan budak ni. Kadang suka mengusik, kadang gembira terlebih gula, kadang berada dalam ketakutan. Budak ni banyak personaliti ke apa?
"Macam mana kau boleh sampai sini?" Raiz menukar topik.
"Oh tadi pusing-pusing kat atas. Lepastu nampak ada satu pintu terbuka, jadi saya cubalah masuk tau-tau ada tangga untuk turun kebawah. Jadi sebagai tetamu yang baik, saya turun jelah buat macam rumah sendiri tau-tau ada jalan besar macam ni jadi saya masuk ajelah" jelas Fecilia panjang lebar.
Ternganga mulut Raiz, macamtu pun boleh ke?
Boleh botak Raiz lama-lama kalau berpanjangan perangai Fecilia yang jenis macamni.
"Oh lepastu kan saya nampak banyak orang tidur dalam satu apa entah yang ada dalam dia ada air. Dorang duyung ke? Kenapa boleh dorang tidur dalam tu?" Sambung Fecilia sambil menanyakan dengan polosnya.
Raiz terdiam, hah mampus.
"Tu...suatu hari nanti kau akan tahu" Raiz cuba mengelakkan dirinya daripada menjawab.
"Kenapa suatu hari? Kenapa tak sekarang?"
"Malas"
Raiz mencuba mengelakkan diri daripada disoal dengan soalan yang kuban-kuban dari Fecilia.
"Kenapa abang buat macamtu kat dorang?" Fecilia masih lagi tidak mengalah untuk bertanya.
"Sebab boleh dik"
Kalini Fecilia pula yang tercengang. Singkat, padat, sebab boleh dik.
"Macam mana abang tahu ayat tu? Kan abang dah tua"
"Takde lah tua mana" nafi Raiz.
"Umur abang berapa?"
"27"
"Hah tua lah tu! Dah nak masuk 30 dah tu!" Balas Fecilia.
Raiz mula bercekak pinggang. Dia panggil aku tua?!
"Belum 30 lagilah!"
"Tua dah tu" balas Fecilia tak mahu kalah.
Raiz mengabaikannya. Kang makin dilayan betul-betul botak kepalanya.
"Abang"
Raiz kembali memandang muka Fecilia.
"Apa?"
"Kenapa banyak orang tak berbaju kat dalam air tu?"
"ARGH STRESS!"
Raiz memegang kepalanya dan menjerit kuat.
Fecilia ketawa kuat melihat respon Raiz.
Kalau aku stress dia pun kene stress jugak!
Tak jadi nak buat Raiz ni jadi obsesif sebab perangai Fecilia yang ciluk ba bergini.
Apa apa pun maafkan saya yang banyak kekurangan dalam bab ni😞
YOU ARE READING
Alternative (OG)
Mystery / ThrillerSlow update (sorry again) Fecilia, diculik tanpa dirinya tahu apa sebabnya dan dikurung di dalam sebuah rumah agam yang besar dan mewah. "Kenapa abang culik saya?" - Fecilia "Wow! First time mangsa aku panggil aku abang" - Raiz Raiz, seorang yang m...