Keesokan paginya, Fiona bangun lebih awal daripada biasa. Walaupun hatinya masih terasa berat dengan kejadian malam semalam, dia tetap berusaha untuk menjalankan tugasnya sebagai ibu. Di dapur, Fiona menyediakan sarapan untuk Radea dan Farhana. Dengan harapan yang tipis, dia berharap pagi ini akan menjadi lebih baik.
Roti bakar, telur, dan teh panas sudah tersedia di atas meja. Fiona menyusun pinggan dengan teliti, sambil sesekali menghela nafas panjang untuk menenangkan diri. Trauma masa lalunya dengan keluarga yang penuh konflik membuatkan hatinya tidak pernah benar-benar tenang. Setiap kali keadaan tegang dengan Farhana, rasa anxiety itu semakin menghimpit dada.
“Dea, Hana, breakfast is ready,” panggil Fiona lembut, cuba untuk tidak menunjukkan keresahannya.
Radea keluar dari biliknya dengan wajah mengantuk. "Thanks, Mama. Bau sedap lah hari ni," katanya sambil tersenyum kecil, cuba menghidupkan suasana.
Tapi lain pula reaksinya dari Farhana yang muncul beberapa minit kemudian. Dengan wajah masam, dia terus duduk di meja tanpa memandang Fiona. Fiona cuba mengukir senyum walaupun hatinya berdebar.
“Hana, Mama buatkan sarapan kegemaran kau. Duduklah makan, okay?” Fiona berkata, suaranya sedikit goyah namun tetap berusaha untuk kekal tenang.
Tiba-tiba, Farhana menjengkelkan wajahnya dan mencapai roti yang terhidang. Tanpa sebarang amaran, dia membaling roti itu ke lantai. "Aku tak nak makan benda ni. Kenapa kau ni suka sangat buat benda yang aku tak suka, ha?!" Suaranya tajam, penuh kebencian.
Radea yang sedang menyuap makanan terhenti, terkejut dengan tindakan Farhana. “Adik! Apa yang kau buat ni?! Mama dah sediakan makanan ni untuk kita. Kenapa buat macam ni?” Radea menegur, tapi Farhana hanya mencebik.
Fiona terpaku. Dadanya mulai sesak, bibirnya menggigil. Trauma lama kembali menghantui. Sebelah tangannya memegang tepi meja untuk menstabilkan diri, sementara pandangan matanya mulai kabur. "Hana... kenapa..." suaranya hampir tidak kedengaran.
“Tak ada siapa pun yang suruh kau buat benda yang aku tak minta, kan? Aku tak suruh kau masak untuk aku pun!” Farhana terus melemparkan kata-kata pedas.
Fiona terasa dunianya mulai berputar. Nafasnya semakin pendek, satu demi satu kenangan silam mula menyelinap ke dalam mindanya. Jeritan, pertengkaran, semua muncul kembali seolah-olah baru semalam ia berlaku.
“Ma, are you okay?” Radea cepat-cepat bangun dari kerusi, risau melihat keadaan Fiona yang makin lemah.
Fiona cuba menarik nafas, tetapi tak berjaya. Tangannya menggenggam kuat meja, jari-jarinya sejuk. Matanya melirik ke arah Farhana yang masih tidak berganjak, wajahnya dingin.
“Mama…” Fiona merasakan dia akan jatuh, dan sebelum dia sempat berkata apa-apa lagi, pandangannya menjadi semakin gelap.
"Ma!!" Radea menjerit, berlari ke arah Fiona yang hampir terjatuh.
Ridzuwan yang baru pulang dari joging pagi itu terkejut melihat keadaan Fiona. Dia berlari mendapatkan isterinya yang sudah terjatuh, sambil Radea memapahnya.
“Fiona! Sayang, kenapa ni?” Ridzuwan panik, mengangkat Fiona ke dalam pelukannya. Fiona mengalirkan air mata, menangis di dada Ridzuwan. Pelukan suaminya memberi sedikit ketenangan, tetapi bayangan masa lalu terus menghantui.
"Ridzuwan... aku...," Fiona teresak, "Aku tak nak jadi macam dulu... semua salah aku..." Suaranya penuh dengan kesedihan, teringat saat-saat pahit bersama ibunya.
Ridzuwan menepuk belakang Fiona dengan lembut, berusaha menenangkannya. “Relax, sayang. I'm here for you."
Farhana berdiri di sudut bilik, melihat apa yang terjadi dengan rasa bersalah bercampur marah. Namun, kemarahan itu tidak dapat menghapus rasa bersalah yang mendalam. Dia tahu dia telah melampaui batas, tapi rasa bencinya terhadap keadaan membuatkan dia sukar untuk berfikir.
Ridzuwan menoleh ke arah Farhana dengan pandangan tajam. "Hana, ini semua sebab kau, kau sedat tak?! Kau ingat benda ini mainan? Mama kau sedang berjuang dengan anxiety. Kau patutnya menyokong dia, bukan menyakiti dia!"
“Papa, bukan salah Hana! Dia yang tak sepatutnya marah-marah!” Farhana mempertahankan diri, namun suaranya semakin lemah.
"Jangan cuba nak buat drama! Setiap kali ada masalah, kau akan cari alasan untuk lari dari tanggungjawab! Kau perlu sedar siapa yang jaga kau dari kecil," Ridzuwan membentak, suaranya meninggi tetapi masih mengandungi rasa risau.
Fiona yang masih dalam pelukan Ridzuwan mengangkat wajahnya, menatap suaminya dengan mata berkaca. “Ridzuwan, jangan marah dia. Dia hanya...”
“Dia hanya apa? Ini bukan cara untuk kau berurusan dengan perasaan, Fiona. Kita perlu ajar Hana tentang apa yang betul dan salah. Kita perlu mengatasi ini bersama-sama.” Ridzuwan bersuara lembut, cuba memberikan sokongan.
“Farhana, please. Mama hanya mahu yang terbaik untuk kau. Kau tak perlu jadi begitu. Kau boleh luahkan apa yang kau rasa tanpa perlu menyakiti sesiapa,” Radea mencelah, suaranya penuh harapan.
“Aku hanya... aku hanya nak kebebasan!” Farhana menjawab, tetapi nada suaranya kali ini lebih lembut. Dia kelihatan keliru dengan perasaannya sendiri.
Ridzuwan menggelengkan kepalanya, merasakan beban yang berat. “Kebebasan bukan bermakna kau bebas untuk buat apa yang kau suka tanpa memikirkan perasaan orang lain. Kebebasan bermakna membuat keputusan yang baik untuk diri kau dan keluarga kita. Kau perlu belajar tentang tanggungjawab.”
Farhana terdiam, melihat kedua-dua orang yang selalu ada untuknya. Dalam hatinya, timbul rasa kesedihan yang mendalam, dan air matanya mula mengalir. “Hana... Hana minta maaf...” Suaranya perlahan, hampir seperti bisikan.
Ridzuwan menarik Farhana ke dalam pelukannya. “Kau tak akan kehilangan kami, Hana. Kami selalu ada untuk kau, tetapi kau yang menjauh.”
Fiona menyedari bahawa walaupun perjalanan mereka penuh cabaran, cinta mereka akan menguatkan satu sama lain.
YOU ARE READING
MISSION: SOMBRA | C
RomanceFarhana Erlyna, wanita yang tiada tandingannya; cantik, berani, dan tidak gentar menolak sesiapa yang cuba mengawalnya. Thaqif Alvarez pula jatuh hati tanpa sedar, terpikat oleh karisma dan keberanian Farhana. Namun, di sebalik senyuman Farhana, ter...