BAB 3

506 17 0
                                    

Petang itu, suasana di BloodRose Dynasty kelihatan agak tegang. Ridzuwan, Iskandar, dan Taufiq berkumpul di ruang tamu, sambil keluarga mereka lain meluangkan masa bersama. Namun, Farhana duduk terasing di sudut, bermain dengan Self Defense Ring Knife yang diberikan oleh Emiir. Dia sudah jauh berubah, tidak lagi seperti kanak-kanak ceria yang pernah berkepit dengan Thaqif semasa kecil.

“Hana! Join la kita orang!” Radea memanggil sambil menggerakkan tong snooker, mengharapkan Farhana untuk bergabung. Yang lain pun memujuknya.

Come on, Hana! Kita nak main snooker ni,” Thaqif menambah, cuba menarik perhatian Farhana.

Namun, Farhana hanya menjeling mereka dengan penuh kebencian. Rasa marah dan benci menguasai hatinya, dan tanpa berfikir panjang, dia membuka knife tersebut dan melukis garis halus di kulitnya, bunyi pisau menghiris udara membuatkan semua orang terkejut.

"Damn it..." Thaqif mengeluh, memegang mata kanannya sambil menundukkan kepala.

“Hana, kau dah kenapa? Gila ke?” Elvina, yang memang kasar sejak kecil, bersuara. Tetapi, nada suaranya tidak setinggi Farhana.

Im not Farhana Erlyna you once knew anymore,” jawab Farhana dengan tegas, menolak setiap pujuk rayu yang datang kepadanya.

Look at yourself. You deserved to be called sombra. Your love towards us can be as dark as its shadow nowadays. You've changed, Hana.” Thea, anak Iskandar yang cantik dengan wajah campuran, memberi komen.

Yep, I'm Farhana Erlyna from BloodRose Dynasty. The shadow they fear, Sombra (shadow). Loyalty? It’s a chain I’ve long shattered. I did what I had to do for myself, no one else mattered in the end,” Farhana bersuara dengan nada sinis.

Thaqif menggelengkan kepalanya, kecewa dengan perubahan Farhana. “People were right, iman tak dapat diwarisi. You're nothing like your father.”

“Kau bukan diri kau yang kami kenal. Mana Farhana yang selalu ceria?” tanya Elvina dengan suara tegas.

“Aku...” Farhana memulakan ayat tetapi tergendala.

“Vina is right, Hana. Mana Farhana yang selalu berkepit dengan aku? Mana Farhana yang selalu menangis apabila melihat aku bersama kanak-kanak lain dahulu?” Thaqif menambah, rasa rindu kepada Farhana yang pernah ada.

“Aku ada sebab,” Farhana menjawab perlahan tetapi tegas.

“Sebab apa yang paling logik? Aku tak kisah kalau kau hanya jauh dari kami. Tapi aku kisah bila kau pun jauh dari Tuhan! Solat kau pun dah kelaut, aurat terdedah sana sini, Al-Quran sehari pun tak sentuh. Baliklah, Allah rindu,” kata Irfan, dengan nada yang penuh harapan.

“Irfan betul, Hana. Mungkin dulu aku tak sukakan kau, but we were kids. Aku sayangkan kau, kami sayangkan kau, Allah sayangkan kau,” Thaqif menambah lagi.

“Kau memang suka buat aku nangis kan, Hana? Lepas ni tak ada lah yang panggil aku 'Kak Thea',” Thea bersuara lagi, wajahnya jelas meluahkan rasa sakit hati.

Farhana masih degil, tatapannya serius dan dingin. “Aku tak perlukan sesiapa,” dia menjawab dengan hati yang keras.

“Farhana, please...” suara Irfan memecah kesunyian, dan semua mata tertumpu padanya. “Kau tak perlu jadi seseorang yang kau bukan. Kami ada di sini untuk kau. Kita boleh buat ini bersama.”

Tapi Farhana hanya tersenyum sinis. “Siapa yang nak ambil peduli? Kalian semua hanya memandang tanpa melihat.” Dia memandang sekeliling, melihat wajah-wajah yang pernah menjadi sebahagian daripada hidupnya, tetapi kini hanya kekecewaan dan kebencian. “Jangan ingat dengan kehadiran kalian, aku akan berubah.”

MISSION: SOMBRA | CWhere stories live. Discover now