Mereka sampai di hotel selepas seharian shopping, Elvina masih tersenyum puas dengan barang-barang yang dibelinya. Ketika mereka melangkah masuk ke dalam lobi hotel, Thaqif sedang menunggu di sofa sambil bersandar, memandang tepat ke arah Irfan dengan senyuman sinis.
"Puas dating dengan adik aku?" Thaqif menyindir, nada suara sengaja dipanjangkan.
"Hehe... takde lah, chill je shopping," Irfan jawab sambil gelak kecil, cuba buat muka tak bersalah.
"Chill? Dengan bawa beg shopping penuh tangan tu? Kau ingat aku buta?" Thaqif menjeling ke arah beg-beg yang Irfan pegang.
"Kita orang shopping biasa je, bukan date pun. Jangan buat muka macam aku nak pinang adik kau esok," Irfan selamba menjawab sambil letakkan semua beg di lantai.
Elvina yang dari tadi diam, mencelah dengan suara penuh sindiran, "Haihh, kalau aku ni dapat pinangan pun, reject awal-awal. Tak kuasa aku nak deal dengan lelaki macam dia."
Thaqif tergelak kecil, "Bagus. Tapi aku rasa, lama-lama nanti kau terbiasa dengan perangai dia tu."
Irfan buat muka tak puas hati, "Eh, korang ni biar betul. Aku ni gentleman tau, takkan korang tak nampak effort aku tadi."
Elvina buat muka tak layan, "Effort shopping je lebih."
Thaqif angkat tangan, "Sudahlah, jom rehat. Esok banyak lagi misi kita."
"Ya lah, misi... dengan Elvina yang sibuk nak OOTD kat Moscow lagi esok," Irfan menyindir sambil tersengih.
Elvina baling bantal kecil ke arah Irfan, "Jaga mulut kau!"
Irfan terus ketawa sambil elak. Thaqif hanya geleng kepala, sudah lali dengan gelagat mereka.
Di bilik hotel, Thea berdiri di depan cermin sambil sibuk menyapu pelbagai lapisan skincare ke wajahnya. Dengan wajah berkilat dan masker hijau yang tebal, dia menyanyi perlahan mengikut lagu di telefon.
Irfan, yang baru masuk bilik, terhenti sekejap. Matanya membulat, dan dia terus bersuara, "Eh akak, aku ingat hantu tadi."
Thea berpaling perlahan, sambil buat muka serius dengan mata yang terbuka luas, "Hantu apa? Aku ni cantik tau lepas pakai skincare!"
Irfan buat muka geli, "Cantik apa macam ni? Ngeri aku tengok muka kau, macam alien baru turun dari angkasa."
Thea ketawa besar, "Ingatkan adik aku ni tough, rupanya penakut juga."
"Penakut apanya? Aku cuma tak expect ada 'makhluk asing' tengah sapu skincare dalam bilik aku," balas Irfan, sambil geleng kepala dan duduk di atas katil.
Thea menjeling Irfan melalui cermin, "Kau pun patut mula pakai skincare, muka kau tu dah banyak sangat kena asap debu, nanti cepat tua baru tahu."
"Ahh, tak payah lah. Lelaki ni tak payah semua benda fancy-fancy tu," Irfan menolak sambil gelak kecil.
"Kata lelaki nak jaga penampilan, nak maintain 'handsome' tu. Tapi skincare basic pun malas," Thea menyindir sambil menyapu serum terakhir ke wajahnya.
"Eh, aku natural beautylah, kak" jawab Irfan, penuh yakin.
Thea terus ketawa sambil sapu toner di pipi, "Natural beauty kepala kau."
Thea masih ketawa sambil mengemas barang skincare dia. “Natural beauty konon. Tak lama lagi nampak macam bapa orang, baru tahu.”
Irfan buat muka selamba, “Biarlah, janji aku ada orang yang sayang. Kau tu yang sibuk dengan skincare bagai, entah-entah sampai tua tak jumpa jodoh.”
YOU ARE READING
MISSION: SOMBRA | C
RomanceFarhana Erlyna, wanita yang tiada tandingannya; cantik, berani, dan tidak gentar menolak sesiapa yang cuba mengawalnya. Thaqif Alvarez pula jatuh hati tanpa sedar, terpikat oleh karisma dan keberanian Farhana. Namun, di sebalik senyuman Farhana, ter...