BAB 25

267 15 0
                                    

Hari bertukar hari, Thaqif makin murung tanpa Thafierah, anaknya di sisi. Setiap kali melihat harimau kumbang hitam milik Thafierah, hatinya berasa hancur. Dia berusaha tersenyum, tetapi senyuman itu tidak pernah sampai ke matanya.

Hana mula rasa bersalah. Dia teringat kata-kata Thaqif sebelum kejadian tragis itu, bagaimana Thaqif sentiasa berusaha menjadi suami yang baik dan bapa yang penyayang. Kini, semua itu hancur akibat keputusannya sendiri.

"Hana?" Suara lembut Thaqif mengejutkannya dari lamunan.

"Apa, Thaqif?" Hana berpura-pura tenang, tetapi dalam hati, dia berdebar-debar.

"Kau tahu, kadang-kadang aku terfikir, apa yang akan jadi pada kita jika kau terus begini? Rasa macam semua ini salah, dan mungkin kita perlu fikir tentang masa depan."

Hana menundukkan kepala, tidak berani memandang suaminya. "Mungkin kita sudah salah langkah, Thaqif."

"Terkadang aku rasa hidup aku hanya sia-sia di mata kau." Thaqif masih berpaling, mengelak daripada pandangan Hana.

"Dah tu, kalau itu yang kau rasa, kenapa kau masih terus murung? Kenapa tidak berjuang untuk kebahagiaan kita?"

Thaqif menghela nafas panjang, "Kadang-kadang, rasa seperti semua ini tidak ada harapan. Terlalu banyak luka dan kesakitan yang aku rasakan."

"Thaqif, aku ingin memperbaiki semuanya. Aku minta maaf kerana menganggap Emiir pilihan yang lebih baik. Aku sedar itu kesilapan."

"Satu kesilapan yang sudah melukakan hati aku. Bagaimana aku boleh percaya lagi?"

"Boleh bagi aku peluang kedua?" Tanya Hana sambil memandang Thaqif dengan wajah penuh harapan.

"Giving you my trust is like giving you a gun, you either protect me or kill me." Balas Thaqif sinis.

Hana menggigit bibir, merasa hatinya tertekan. "Thaqif, aku tidak akan menghancurkan kepercayaan yang kau bagi."

Thaqif menggelengkan kepala, matanya berapi. "Setiap kali aku tengkkykau, semua ingatan pahit tu datang kembali. Kau ingat bagaimana kita bermula? Semua kenangan manis kini terhapus. Kau buat aku rasa seperti semua yang kita bina itu sia-sia."

"Aku tahu, dan aku bersedia untuk menebus semua dosa aku dengan kau," Hana menjawab, suara mulai bergetar.

"Menebus? Apa yang kau tahu tentang pengorbanan?" Thaqif hampir menjerit. "Kau tidak tahu bagaimana rasanya melihat orang yang kau cintai menghancurkan semua yang telah kita bina."

Hana terdiam, terasa tebal dinding yang terbentuk di antara mereka. "Thaqif..."

"Tak ada 'Thaqif' yang kau perlu sebut lagi! Berhenti berpura-pura! Kau bukan lagi Hana yang aku kenal. Kau sudah jadi orang lain," Thaqif menekan kata-katanya dengan nada tajam.

"Apa yang kau nak daripada aku?!" Hana marah, akhirnya hilang sabar. "Kau nak aku berlutut dan merayu di depan kau? Aku dah minta maaf!"

Thaqif melangkah ke arah Hana dengan pandangan tajam, "Kadang-kadang aku berharap aku tidak pernah kenal kau. Semua ini menyakitkan. Mungkin aku perlu melindungi diri aku daripada terus sakit."

"Apa maksud kau?" Hana terkejut, merasakan ancaman dalam kata-kata Thaqif.

"Kalau kau tidak dapat berjuang untuk kita, maka lebih baik kita berpisah. Aku sudah penat berjuang sendirian." Thaqif berdiam seketika, menghirup udara. "Sekarang, pergi. Aku perlukan masa."

Hana merasakan hatinya retak. Dia tahu dia telah membuat kesilapan, tetapi seolah-olah tiada jalan kembali. "Thaqif, tolong jangan buat keputusan terburu-buru."

"Keputusan? Ini bukan keputusan, Hana. Ini adalah kenyataan. Kenyataan yang kau taknak hadapi."

Hana tidak tahu bagaimana untuk merespon. Semua yang ada di hadapannya kini tidak seperti yang pernah dibayangkannya. Keadaan semakin rumit, dan dia merasakan semua harapan yang ada semakin pudar.

"Kalau macam tu, ceraikan aku!" Hana menjerit, wajahnya merah padam menahan emosi.

Thaqif memandang Hana dengan mata yang berkaca. "Farhana Erlyna binti Ridzuwan Harith," ucapnya perlahan, seolah-olah mengingat kembali setiap detik mereka bersama.

Hana terdiam, merasakan beratnya kata-kata tersebut. Adakah Thaqif benar-benar akan menceraikan dia?

Suasana sepi seketika, dinding antara mereka seolah-olah semakin tinggi.

"...No, I can’t do it," Thaqif akhirnya berkata, suaranya lembut, penuh rasa. Dia melangkah mendekati Hana dan memeluknya dengan erat. Tak mampu untuk marah terlalu lama, dia hanya merehatkan kepalanya di bahu Hana, membiarkan air matanya mengalir. Dia merindui Thafierah; dia merindui Hana yang dahulu.

"I missed Thafierah, I missed you, I missed everyone. I lost everyone, and it’s all my fault. I failed to protect us," Thaqif meluahkan isi hatinya.

Hana merasakan hatinya bergetar mendengar pengakuan itu. "I’m sorry, Thaqif," dia menjawab dengan suara lembut, tidak ingin membuat Thaqif semakin terluka.

"I’m the one who should apologize, sayang," Thaqif membalas, menambah kehangatan pelukannya. Dia tahu, meskipun banyak kesalahan yang telah dilakukan, hubungan mereka masih berharga.

"Tak ada cara untuk kita kembali ke masa lalu, Thaqif. Tapi aku akan berubah untuk kita," Hana bersuara dengan tekad.

Thaqif menarik nafas panjang, melepaskan pelukan. "Kau pasti dengan keputusan itu? Kau dah terlalu banyak menyakiti aku."

"Ya, dan aku bersedia. Walau apa pun yang terjadi, aku takkan menyerah untuk dapatkan kepercayaan kau semula," jawab Hana, menatap dalam mata Thaqif dengan penuh keyakinan.

Thaqif merenung wajah Hana, melihat keikhlasan dalam setiap kata-katanya. "Fine, one last chance."

Hana mengangguk, semangatnya membara. "I will try my best."

Thaqif tersenyum sedikit, seolah-olah memberi isyarat harapan baru untuk masa depan mereka. Mungkin, dengan usaha dan pengorbanan, mereka dapat membina semula apa yang telah hancur.

MISSION: SOMBRA | CWhere stories live. Discover now