BAB 16

205 13 0
                                    

"Kenapa muka aku jijik sangat bagi kau?" Thaqif merendahkan suara, mula tidak percaya diri.

"Muka macam anak haram, jijik!" Hana membalas, sinis.

Air mata Thaqif mula mengalir di pipi, kata-kata Hana menusuk hatinya dari tadi. Dia berasa seperti dikhianati oleh orang yang dia pernah harapkan.

"Aku nak lelaki yang sempurna, bukan yang cacat cela macam kau. Eh, pergi mati jelah! Semak betul lah." Hana menambah, suaranya penuh dengan kebencian.

Thaqif masih terdiam, air matanya masih mengalir di pipi. Dia tidak pernah menyangka bahawa Hana akan berkata sebegitu. Setiap kata yang keluar dari mulutnya bagai belati yang menghiris hatinya.

"Dah lah bodoh, aku rasa kau layak duduk dekat zoo binatang sana tu. Elok sikit, mesti orang tak boleh beza kau dengan monyet, sebab kau jijik." Hana menjawab, tanpa rasa bersalah.

Thaqif masih terdiam, merasakannya semakin sukar untuk bernafas. Hatinya hancur, tetapi dia berusaha untuk tidak menunjukkan sebarang kelemahan.

"Kenapa kau diam? Bisu? Elok lah tu, suara kau pun aku dah jijik, apatah lagi muka kau yang macam babi tu." Hana mula melangkah pergi, tetapi langkahnya terhenti apabila Thaqif bersuara.

"Aku tahu aku tak sempurna. Mungkin kau betul, aku kan babi? Buat apa orang hormat aku kan?" Thaqif senyum tawar, bibirnya bergetar.

Hana terdiam seketika, terkejut dengan pengakuan Thaqif sebelum dia menyambung.

"Kenapa lah dari dulu aku tak mati je kalau selama ni aku hidup menyusahkan orang? Kalau aku sendiri pun benci diri aku, kenapa aku masih berharap orang lain sayang aku?" Thaqif memandang ke arah luar tingkap dengan ketawa kecil yang menyedihkan.

"Stop acting like a pathetic fool!" Farhana menggeram, walaupun dalam hatinya dia merasakan sedikit rasa bersalah.

"Maybe one day, you will realize how bad you treated me when all I did was loving you." Thaqif menuturkan dengan nada perlahan tetapi penuh emosi, berharap Hana dapat mendengar kepedihannya.

Farhana keluar dari bilik, meninggalkan Thaqif seorang di dalam bilik hospital. Dia berjalan cepat, tetapi hatinya berasa berat. Kakinya melangkah pergi, namun fikirannya masih terkurung dalam perbualan mereka. Dia tahu apa yang dia katakan itu sangat menyakitkan, tetapi dia tidak dapat menahan kemarahannya.

Di luar, Hana merasa hampa. Dia sudah melakukan apa yang dia rasa perlu untuk menjaga jarak antara mereka, tetapi kenapa hatinya terasa seperti terperangkap dalam perasaan yang rumit? Dia tidak dapat melupakan Thaqif, tetapi dia juga tidak mahu melihat wajahnya lagi.

Sementara itu, Thaqif berusaha mengumpul kembali kekuatannya. Air matanya sudah berhenti mengalir, tetapi hatinya masih berasa pedih. Dia duduk di katil, berfikir tentang kata-kata Hana. Kenapa semua ini terjadi? Dia hanya ingin dicintai, tetapi kenapa perasaannya seolah tidak pernah dihargai?

Dalam sepi bilik hospital itu, Thaqif berjanji kepada dirinya sendiri untuk tidak menyerah. Dia mungkin tidak sempurna, tetapi dia akan berusaha untuk menjadi yang terbaik, walaupun untuk dirinya sendiri. Dia akan memperbaiki dirinya, dan mungkin, satu hari nanti, dia akan dapat membuktikan kepada Hana bahawa dia lebih dari apa yang dia lihat.

---

Beberapa hari kemudian, keadaan Thaqif semakin baik. Dia dapat keluar dari hospital dan kembali ke rumah. Dalam perjalanan pulang, fikiran tentang Hana tetap menghantui mindanya. Kenapa dia masih mencintai seseorang yang jelas tidak mahu menerimanya?

Sementara itu, Hana juga berdepan dengan realiti hidupnya. Dia merasa terasing, tidak dapat menumpukan perhatian pada apa pun selepas pertemuannya dengan Thaqif. Semua perasaan negatif yang dia lontarkan kepadanya kini berbalik kepada dirinya. Dia teringat saat-saat manis yang mereka lalui bersama sebelum semua ini terjadi. Kenapa dia tidak dapat melihat kebaikan dalam diri Thaqif?

MISSION: SOMBRA | CWhere stories live. Discover now