Elvina menggelengkan kepala melihat sikap Irfan yang sambil lewa. "Woi, lembab," panggilnya dengan nada menyindir.
"Lembab kau panggil aku?" balas Irfan, tidak berpuas hati.
"Umur baru 21, takkan dah ada masalah pendengaran?" Elvina menambah, merenung Irfan dengan tajam.
"Whatever lah, nak apa?" Irfan mengangkat bahu, jelas tidak mengambil serius.
"Radea bagitahu Hana lari ke luar negara," Elvina menjawab, tanpa menghiraukan ketidakpedulian Irfan.
Tapi, tiada sebarang reaksi dari Irfan. Dia hanya merenung kosong.
"Kau bisu ke?" Elvina bertanya, semakin tidak sabar.
"Habis tu? Nak suruh aku buat apa?" Irfan membalas dengan nada acuh tak acuh.
"Thaqif suruh kita cari dia, so just consider this as a mission," Elvina menjelaskan dengan tegas.
"Kita pula yang kena cari dia?" tanya Irfan, kehairanan.
"Soalan bodoh apa lagi kau nak tanya ni? Kena lah!" Elvina menjawab dengan nada marah, tetapi dalam hati, dia tahu mereka perlu menyelamatkan Farhana.
"Biar aje lah dia tu, malas aku," Irfan berkata, seolah-olah tidak peduli.
"Sebelum aku pancung kepala kau tu, baik kau pergi bersiap. Kita akan bergerak ke KLIA petang ni juga," Thaqif muncul tiba-tiba, memberi arahan dengan tegas.
"Crush kau, aku yang kena cari? Fine. Negara apa anyway?" Irfan bertanya, dengan nada merungut.
"Rusia," Thaqif menjawab ringkas.
"Bapak kau pink! Rusia? Jauh benau dia lari!" Irfan meluahkan keterkejutannya.
Elvina dan Thaqif bertukar pandang. Mereka tahu tugas ini tidak akan mudah, tetapi mereka tidak boleh membiarkan Farhana pergi begitu sahaja.
"Dah, cukup cakap. Kita tak ada masa. Kalau Farhana ada di sana, kita kena jumpa dia sebelum terlambat," Elvina berkata, bertekad.
"Yalah, yalah, aku pergi bersiap. Kau semua tunggu sini, aku akan ke bilik air sekejap," Irfan menjawab sambil bergerak ke arah bilik mandi.
---
Di jalan raya, mereka semua menunggang motor sportbike masing-masing. Lampu merah menyala, memberi mereka sedikit masa untuk berbual.
"Baru aku tahu ada orang bawa sportbike pergi KLIA," Irfan berkata sambil memandang sekeliling.
"Ada je, kau yang lembab," balas Elvina, tak mahu mengaku kalah.
"Hamboii, sedap mulut. Aku leader sekarang ni, respect sikit," Irfan menjawab, berlagak bangga.
"Leader pun lembab, macam mana nak teruskan misi?" Elvina menyengat lagi.
"Asyik bergaduh aje lah kau dua ni, kahwin baru tahu. Macam uncle Ridz dengan auntie Fiona, HAHAHA," Thea mencelah, ketawa kecil.
"Nak pergi misi ke membawang?" Radea mengusik.
"Diam boleh tak?" Thaqif, yang sejak tadi hanya mendengar, akhirnya bersuara, menahan sabar.
Diam.
Apabila lampu hijau menyala, Thaqif tidak menunggu lagi. Dia terus pecut, main blah aje!
"Kenapa abang kau tu?" Irfan bertanya, sedikit terkejut dengan tindakan Thaqif.
"Tahlah dia, piyed kot," Elvina menjawab sambil ketawa, menambah lagi suasana ceria di antara mereka.
YOU ARE READING
MISSION: SOMBRA | C
RomanceFarhana Erlyna, wanita yang tiada tandingannya; cantik, berani, dan tidak gentar menolak sesiapa yang cuba mengawalnya. Thaqif Alvarez pula jatuh hati tanpa sedar, terpikat oleh karisma dan keberanian Farhana. Namun, di sebalik senyuman Farhana, ter...