BAB 19

236 13 0
                                    

Malam itu, Thaqif perasan perut Hana makin berkembang.

"Kau... pregnant ke?" Thaqif bertanya, suaranya teragak-agak, antara terkejut dan kecewa.

"It's not yours." Hana membalas dingin.

Thaqif terdiam seketika, mencerna kata-kata Hana yang seakan menghentam jiwanya.

"Dah berapa bulan?" Thaqif menyoal, nada suaranya lembut namun tersirat kekecewaan.

"Lapan bulan." Hana menjawab, tanpa sedikit pun rasa bersalah.

"Lapan bulan? Baru sekarang aku tahu?" Suara Thaqif makin rendah, suaranya penuh kekesalan dan kepedihan.

Hana menjeling, wajahnya tetap dingin. "Bukan anak kau pun. Aku akan gugurkan budak ni lepas semua ni selesai."

Thaqif menggenggam erat tangannya, menahan marah dan kesedihan. "Kalau kau tak mampu nak jaga, bagi aku buat. Aku sanggup ambil tanggungjawab."

Hana tersenyum sinis. "Alright, tapi jangan hairan kalau aku dera budak ni kalau dia buat aku menyampah."

Thaqif menarik nafas dalam, berusaha menahan emosinya. "Perempuan ke lelaki?"

"Perempuan," jawab Hana, nada suaranya kosong, seolah tiada makna di sebalik perkataannya.

--

Sebulan kemudian, Hana selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Thaqif hadir di hospital, namun suasana dingin terasa antara dia dan Hana. Wajah Hana masam mencuka, hanya memberi jelingan tajam pada Thaqif. Dia langsung tidak menunjukkan kasih sayang pada bayinya, seolah-olah kewujudan bayi itu tidak memberi makna apa-apa padanya. Segala kasih sayangnya kini hanya milik Emiiir.

Thaqif perlahan-lahan mendekati bayi yang sedang tidur di dalam katil kecilnya. Tanpa menghiraukan pandangan sinis Hana, dia duduk di sebelah bayi itu, menatap wajah suci yang tidak berdosa. Bayi itu diam saja, tidak menangis, seolah-olah mengenali suara lembut Thaqif.

Thaqif menarik nafas panjang dan mengazankan anak itu dengan suara penuh kelembutan.

"Allahu Akbar... Allahu Akbar..."

Suara Thaqif bergetar halus, tapi setiap lafaz azan keluar dari hatinya, berharap ia menjadi doa untuk masa depan bayi ini.

"Asyhadu alla ilaha illallah... Asyhadu alla ilaha illallah..."

Matanya redup, penuh kasih, meskipun bayi itu bukan miliknya. Di antara mereka, hanya dia yang merasakan kasih sayang sejati pada anak kecil yang tidak bersalah ini.

"Asyhadu anna Muhammadur Rasulullah... Asyhadu anna Muhammadur Rasulullah..."

Selesai azan, Thaqif memandang bayi itu dengan senyuman kecil, dan dengan suara lembut, dia berbisik.

"Thafierah Amanda binti Thaqif Alvarez, her name."

Namun, kata-katanya langsung disambut dengan suara sinis Hana.

“Buruk, baik letak anjing binti babi je. Sesuai untuk kau dua.”

Thaqif terdiam seketika, menelan kepedihan yang menyesak di dadanya. Dia hanya menunduk, cuba mengawal emosi. Walaupun kata-kata Hana menyakitkan, dia tidak mahu membalas. Dalam hatinya, dia berjanji untuk terus melindungi bayi ini selagi dia mampu.

"Mungkin kau boleh panggil aku guna gelaran yang hina, tapi jangan kepada anak kau," Thaqif menegaskan dengan nada yang tegas, matanya tajam memandang Hana.

"Tu bukan anak aku, tu beban tambahan hidup aku. Muka dah lah hodoh!" jawab Hana tanpa rasa bersalah, senyum sinis terukir di wajahnya.

"Farhana Erlyna binti Ridzuwan Harith." Thaqif menegaskan nama itu, seolah-olah menyentuh satu titik sensitif dalam diri Hana.

MISSION: SOMBRA | CWhere stories live. Discover now