Thaqif pulang dari kerja dalam keadaan letih, namun dia tak sabar untuk pulang bertemu dengan keluarganya. Setibanya di lorong rumah, dia terkejut melihat kawasan sekitar penuh dengan orang ramai yang berkerumun di luar rumahnya. Dalam cahaya malam, dia dapat melihat Hana, Irfan, Radea, Thea, dan Elvira berdiri di sana dengan wajah cemas, mata mereka tidak lepas memandang ke arah rumahnya yang kini terbakar hebat.
Bingung, dia berlari menuju mereka. "Apa yang jadi ni?! Kenapa semua orang kat sini?"
Hana menoleh dengan air mata mengalir, dan tanpa sempat menjawab, satu letupan kecil bergema dari dalam rumah. Api semakin marak, menyala-nyala hingga langit malam turut diterangi cahaya jingga dari kobaran api itu. Thaqif memandang ke arah rumahnya dengan penuh panik, jantungnya berdegup kencang.
"Thafierah! Anak aku ada dalam tu, Irfan!" Thaqif menjerit dengan suara yang serak. Kakinya mula melangkah ke arah api yang berkobar, namun Irfan segera memegangnya erat.
"Biar bomba uruskan, Thaqif! Jangan ambil risiko! Api dah makin teruk," Irfan cuba menenangkan, namun pegangan tangannya tak mampu menahan rasa ketakutan Thaqif.
"Tak! Aku kena selamatkan anak aku! Dia perlukan aku!" jerit Thaqif, berusaha melepaskan diri dari pegangan Irfan, tetapi rakan baiknya itu tetap memegangnya erat.
Di belakang mereka, anggota bomba sedang giat berusaha memadamkan api yang semakin merebak. Beberapa kali Thaqif cuba menerpa ke arah rumahnya, namun setiap kali juga dia ditahan oleh Irfan, Thea, dan beberapa jiran yang ada. Hatinya terasa seperti direntap, setiap kali dia mendengar bunyi letupan kecil dari dalam rumah yang hampir runtuh itu.
Setelah hampir setengah jam, seorang anggota bomba keluar dari rumah dengan wajah serius, pandangannya berat memandang ke arah Thaqif. Dengan nafas tersekat-sekat, anggota bomba itu berkata, "Maaf, encik… Kami dah cuba yang terbaik, tapi... anak encik tak dapat diselamatkan."
Dunia Thaqif seakan berhenti seketika. Ucapannya seolah tersekat di kerongkong, dadanya terasa sesak, dan tangannya mula menggigil. Dia jatuh berlutut di atas tanah, dan Irfan segera merangkul bahunya.
"Aku nak anak aku... Aku nak Fierah aku balik..." Tangisan Thaqif pecah, tubuhnya bergoncang dalam pelukan Irfan. Air mata tak henti-henti mengalir, memenuhi pipinya yang sudah basah. Segala harapan dan kebahagiaan yang dia bina bersama Thafierah terasa seperti diambil begitu sahaja, meninggalkan ruang kosong yang menyakitkan di dalam dirinya.
Orang ramai di sekeliling hanya mampu memandang dalam kesedihan, merasai penderitaan seorang bapa yang kehilangan anak kesayangan. Hana yang turut menyaksikan tragedi itu, berdiri kaku, tak mampu mengeluarkan kata-kata. Dia sendiri tak mampu membayangkan kesakitan yang sedang dirasakan oleh Thaqif.
Dalam pelukan Irfan, Thaqif hanya mampu meratapi kehilangan yang baru dialaminya. Segala senyuman, gelak tawa, dan kasih sayang yang pernah dia kongsi bersama Thafierah kini tinggal kenangan yang hanya mampu dilukiskan dalam ingatannya.
"Anak aku, kenapa tak selamatkan dia?" Thaqif berteriak, suaranya penuh kebimbangan dan kesedihan.
"Aku dah cuba, tapi bomba tu tak bagi aku masuk," jawab Irfan, nada suaranya penuh dengan rasa kecewa.
"Kenapa tak bagi aku je mati! Kenapa kena budak yang tak berdosa tu?" Thaqif meratap, hatinya penuh penyesalan.
"Kau boleh salahkan diri sendiri, tapi kau tak boleh salahkan takdir tuhan," Thea mencelah, suara tenangnya menambah sedikit ketenangan dalam suasana huru-hara itu.
"I missed Thafierah. I need Thafierah Amanda," Thaqif memeluk Irfan lebih erat, air mata yang selama ini ditahan kini mengalir tanpa henti.
Ketika suasana menjadi suram, tiba-tiba harimau kumbang hitam milik Thafierah, Midnight, dan harimau bintang milik Hana, Star, muncul dari celah-celah asap. Di sisi mereka, seorang kanak-kanak, Thafierah?!
"Papa!" teriak Thafierah, wajahnya berseri-seri ketika melihat ayahnya.
"Fierah!" Thaqif bersorak kegembiraan, seolah-olah beban berat yang dipikulnya hilang sekelip mata.
"Fierah okay je ni, Midnight dengan Star tolong. Tadi Fierah duduk dalam bilik, besar tau api!" Thafierah menjelaskan dengan suara ceria.
"M.. Macam mana?" tanya salah seorang anggota bomba, kelihatan terkejut dengan penemuan itu.
Kedua-dua harimau tersebut hanya memandang Thaqif, pandangan mereka seolah-olah memahami betapa bersyukurnya Thaqif terhadap mereka. Thaqif berasa agak bersyukur kerana membuat pilihan yang tepat iaitu membeli dua harimau yang terlatih untuk melindungi isteri dan anaknya.
Thaqif mengusap kepala Midnight, harimau tersebut mendengus manja, suka dimanjakan oleh tuannya. Rasa lega memenuhi hati Thaqif, dan dia segera mendekati Thafierah.
"Fierah, jangan sekali-kali pergi jauh dari papa lagi, ya?" Thaqif memeluk anaknya dengan erat.
Hana hanya memandang dari jauh, hatinya berbuku. Adakah dia yang membuat kebakaran ini? Perasaannya bercampur baur, antara rasa bersalah dan kemarahan.
Tiba-tiba, suara siren bomba dan ambulans memecah kesunyian, dan semua orang berlari untuk memberi ruang kepada pasukan penyelamat yang tiba. Dalam suasana huru-hara ini, Hana mula meragui keputusan yang diambilnya.
Sementara itu, Thaqif mengusap wajahnya yang basah dengan air mata. "Aku tak akan biarkan sesiapa lagi tercedera. Ini semua salahku," katanya, suaranya penuh tekad.
Ketika suasana kembali tenang, dia memandang Hana. "Kau tahu apa yang kau buat, kan?" Thaqif bertanya, nada suaranya berubah serius.
Hana mengalihkan pandangannya, tidak mahu mengakui apa-apa. Dia merasakan beban di hatinya semakin berat.
"Jangan lari dari kenyataan, Hana. Ini semua mesti ada kaitan dengan kau," Thaqif menambah, dan situasi yang tegang antara mereka berdua semakin dirasai.
Dalam masa yang sama, Radea dan Elvina mendekati mereka, wajah mereka cemas. "Apa yang sebenarnya terjadi? Kenapa api boleh berlaku?" Radea bertanya.
"Itu masih menjadi misteri, tapi yang pasti, aku akan mencari siapa di sebalik semua ini," Thaqif menjawab, pandangannya tajam dan penuh tekad.
Di sebalik kesedihan, dia tahu bahawa cabaran baru sedang menantinya. Perasaannya untuk melindungi keluarganya semakin mendalam, dan dia tidak akan membiarkan sesiapa pun merosakkan kebahagiaan yang baru ditemuinya.
YOU ARE READING
MISSION: SOMBRA | C
RomanceFarhana Erlyna, wanita yang tiada tandingannya; cantik, berani, dan tidak gentar menolak sesiapa yang cuba mengawalnya. Thaqif Alvarez pula jatuh hati tanpa sedar, terpikat oleh karisma dan keberanian Farhana. Namun, di sebalik senyuman Farhana, ter...