BAB 8

269 17 0
                                    

Irfan dan Elvina melangkah masuk ke dalam kereta, masih lagi bercakap tentang pengalaman mereka di mansion.

"Lambat lah kau ni, lembabbbbbbbbb," kata Irfan sambil menghidupkan enjin kereta.

"Says the one who hugged me recently," jawab Elvina sambil memandang ke arah Irfan dengan senyuman mengusik.

"Habis? Kau nak suruh aku biarkan kau jadi dinner dia malam ni?" Irfan mengerutkan dahi, mencuba mengekalkan nada serius.

"Kalau ye pun tak payah nak peluk aku, bodoh," Elvina menjawab sambil menggelengkan kepalanya, pura-pura marah.

"Kalau aku tak kisah pasal kau, dah lama aku tinggal kau dengan Emiir kat situ, jadi Sombra 2.0 macam Hana," Irfan mencebik.

"Ish kau ni! Kenapa nak samakan aku dengan dia?" Elvina menjawab, masih tak puas hati.

"Alang-alang nak balik ni, kita singgah lah mall dulu. Aku pun nak tengok apa yang menarik dekat Rusia ni," cadang Irfan sambil memandu.

"Banyak duit kau," Elvina menyindir, mengangkat kening.

"Of course lah, businessman ni boss. Ada akaun bank yang berkali ganda lebih dari akaun kau," Irfan berbangga, mengangkat bahu.

"Bukan ke dulu kau nak jadi GGK? (Grup Gerak Khas)" Elvina bertanya, teringat kembali cita-cita Irfan.

"Taknak aku askar. Kau tengok lah papa kau dengan papa aku, asyik hilang dalam misi," Irfan menjawab, menggeleng.

Irfan menyengih. "Sebab tu aku jadi businessman. Tak payah risau tentang misi-misi merapu ni. Lagipun, boleh kaya dan jalan-jalan."

"Dah tu, kau ni kaya ke untuk belanja aku?” Elvina mencabar.

"Eh, kau tunggu je lah. Sekali masuk mall, pokai duit aku," Irfan ketawa, seolah-olah sudah meramal nasib mereka.

Mereka berdua mula ketawa, merasakan suasana antara mereka semakin mesra. Tak lama selepas itu, kereta Irfan meluncur ke arah mall, penuh dengan harapan dan gelak tawa.

---

Di dalam mall, suasana meriah dengan orang ramai dan lampu neon berkelip-kelip. Irfan dan Elvina mula berkeliling.

"Kau nak pergi mana?" tanya Irfan, mengamati sekeliling.

"Kedai pakaian lah, lepas tu nak pergi tengok jewellery," Elvina menjawab penuh semangat.

Setelah masuk ke dalam kedai pakaian, Elvina terus mencari-cari baju yang berkenan di hati.

"Pergi lah cari, kau jangan cari dress sexy pula, jaga aurat tu," Irfan mengingatkan sambil mengangkat kening.

Elvina hanya menjeling, "Kau ni serius sangat, nak jaga aurat aku ke nak jaga pandangan kau?"

Irfan buat muka malas layan. Setelah beberapa minit mencari, Elvina keluar dari bilik persalinan dengan beberapa helai baju.

"Done!" katanya dengan senyuman lebar.

"Tu je?" Irfan terkejut.

"Apa yang tu je?" Elvina bertanya, dengan pandangan mencabar.

"Sikitnya, ambil lah lagi," Irfan memujuk, ingin melihat lebih banyak baju yang dipilih Elvina.

"Ni pun dah 15 helai! Bankrupt kau nanti," Elvina menambah sambil mengira.

"Ambil lagi lima," Irfan tetap berkeras, mencuba untuk memanjangkan senarai Elvina.

Elvina ternganga. "Lima? Apa kau ingat ni kedai murah? Bukan aku nak buka butik ni!"

Irfan tergelak. "Takpe, aku belanja. Lagipun, ada potongan harga. Baju-baju ni semua cantik."

"Okay, fine! Tapi kalau aku bangkit dari kebangkrutan sebab kau, jangan salahkan aku," Elvina merungut sambil kembali ke bilik persalinan, hatinya sedikit teruja.

Irfan tersenyum puas melihat Elvina bersemangat. "Tunggu kejap, aku pergi cari size untuk kau. Takkan nak biarkan kau berbelanja sorang-sorang."

Elvina membalas dengan senyuman. "Kau memang terer dalam bab shopping, ye?"

"Yup! Peniaga selalu suka dengan orang handsome macam aku," Irfan berseloroh sambil berkelip mata.

Elvina hanya ketawa dan meneruskan misi pembelian baju, berasa seronok dengan waktu yang dihabiskan bersama Irfan.

----

Di kaunter pembayaran, wanita Rusia itu bersuara, "Wow, that's a lot of clothes for your wife. You're lucky to have a husband like him."

"Err, this is my friend, not my wife," Irfan menjawab sambil tersenyum awkward.

Elvina berbisik dalam bahasa Melayu, "Dia ingat kita suami isteri, takkan nak betulkan dia pulak?"

"Oh, it seems like you both are foreigners, your beauty is similar to Russian beauty," wanita itu menyambung, seolah-olah mengagumi mereka.

Wanita itu tidak salah; mereka berdua memang attractive. Elvina mempunyai dua pasang fox eyes berwarna hazel, lesung pipit yang kemas, dan susunan gigi yang cantik, sesuai dijadikan model. Irfan pula mempunyai mata berwarna hijau, yang diwarisi dari ibunya, Rhea, yang berasal dari Mesir, dan rambutnya berwarna coklat. Kecantikan mereka berdua hampir setara dengan kecantikan orang Rusia.

"Kalau kita adalah suami isteri, mesti semua orang cemburu tengok kita," Irfan mengusik, mengangkat kening.

Elvina hanya membalas dengan gelak kecil. "Janganlah, kau buat aku rasa pelik pulak. Kita ni kawan je," jawabnya sambil memandang ke arah timbunan baju yang dibeli.

"Okay, okay, just saying. Tapi kau tahu, kita memang kelihatan hebat bersama," Irfan tersenyum penuh keyakinan.

Setelah selesai membayar, mereka berjalan keluar dari kedai, Elvina memandang sekeliling. "Jadi, ke mana kita pergi seterusnya?"

"Kau kata nak pergi kedai barang kemas, kan? Jom," jawab Irfan sambil tersenyum lebar.

"Wah, kau memang nak spoil aku hari ni, eh?" Elvina ketawa.

"Jangan risau, aku ada banyak idea untuk hari ini. Beli baju, kemudian barang kemas, mungkin lepas ni kita cari makanan. Habis shopping, kita patut menikmati hidup," Irfan berkata dengan semangat.

Elvina hanya angguk setuju, teruja dengan apa yang akan mereka lakukan seterusnya.

MISSION: SOMBRA | CWhere stories live. Discover now