Thaqif terbangun dari tidur, tubuhnya berada di atas katil hospital. Pandangannya kabur, namun rasa sakit dan kesedihan yang dalam masih terasa. Semua yang baru saja terjadi... mimpi. Thafierah dah pergi.
"Finally, kau dah sedar," Thea bersuara, wajahnya kelihatan penuh rasa kasihan.
Thaqif mengerutkan dahi, cuba mengumpulkan kekuatan. "Kenapa aku ada dekat sini?"
Thea menarik nafas dalam, pandangannya teralih sejenak ke arah Irfan yang berdiri di hujung katil. Irfan melangkah mendekat, suaranya rendah dan penuh rasa simpati, "Kau pingsan lepas dengar Thafierah dah... you know."
Hati Thaqif berdenyut sakit, terasa seperti direntap keluar. Pandangannya kabur semula, matanya basah dengan air mata yang tak mampu lagi ditahan.
"Thafierah... anak aku..." bisiknya, seolah-olah tak mampu menerima kenyataan yang begitu pahit ini.
"Thaqif, dengar sini," Irfan memulakan, tetapi Thaqif sudah tidak mampu mendengar dengan jelas. Semua bunyi di sekelilingnya menjadi samar. Dia berasa terasing, seperti berada di dunia lain yang tidak memiliki apa-apa lagi.
"Bawa aku pergi dari sini," desaknya, suara penuh emosi. "Aku tak nak ada di sini lagi."
Thea dan Irfan saling berpandangan. "Thaqif, kau perlu berehat. Kau baru saja bangun dari pembedahan," Thea menasihati.
"Aku tak peduli!" Thaqif menjerit, suaranya penuh dengan kepiluan. "Biar aku pergi! Aku tak mahu hidup tanpa Thafierah!"
"Please, Thaqif. Kita semua ada untuk kau," Irfan cuba meredakan keadaan. "Jangan buat keputusan terburu-buru. Kau perlukan masa untuk sembuh."
Thaqif merasakan rasa marah dan kecewa meluap-luap dalam dirinya. Dia memandang wajah mereka berdua yang menunjukkan wajah penuh keprihatinan. "Kau tak faham! Kau tak tahu apa yang aku rasa!" dia membentak.
"Bukan kami tak faham, Thaqif. Kami juga sedih," Thea bersuara lembut. "Tapi kau tak boleh buat keputusan saat kau masih dalam keadaan begini."
"Aku tak mahu mendengar apa-apa dari kalian!" Thaqif menjerit, mengabaikan nasihat mereka. "Cukup, aku nak seorang diri!"
Thea menelan liur, merasakan ketegangan di dalam bilik. "Baiklah, kami akan beri kau masa. Tapi ingat, kami akan sentiasa ada untuk kau," katanya sebelum melangkah keluar bersama Irfan.
Thaqif terdiam, dinding bilik hospital itu terasa semakin menekan dirinya. Dia menarik nafas dalam-dalam, cuba meredakan kesedihan yang membelenggu hatinya.
Di luar sana, semua orang mungkin meratapi kehilangan Thafierah, tetapi tiada siapa yang tahu betapa sakitnya kehilangan yang dirasakannya. Tiada siapa yang tahu betapa hidupnya kini terasa hampa dan gelap.
“Thafierah...” Dia memanggil namanya dalam hati. "Maafkan aku, sayang. Papa dah gagal melindungi kau."
Dengan rasa putus asa, Thaqif terbaring semula di atas katil. Air mata mengalir di pipinya, meresap ke dalam bantal yang dingin. Dia berusaha mengingati detik-detik indah bersama anaknya, tetapi semuanya terasa kabur.
Di luar sana, hari masih berjalan seperti biasa, tetapi bagi Thaqif, waktu seakan berhenti. Dia terperangkap dalam kenangan pahit, dan satu-satunya yang dia inginkan sekarang hanyalah untuk merasai kembali pelukan hangat Thafierah, suara tawa ceria yang selalu menghiasi harinya.
Tiba-tiba, pintu bilik hospital dibuka perlahan. Thaqif mengangkat kepala, melihat sosok yang sangat dikenali. Farhana berdiri di ambang pintu, wajahnya kelihatan penuh kesedihan dan rasa bersalah.
"Thaqif..." suara Farhana lembut, tetapi Thaqif tidak mahu mendengar. Dia tidak mahu melihat wajah Farhana yang mungkin sudah menjadi pengingat tentang kehilangan anaknya.
"Keluar!" Thaqif menjerit, menolak untuk bertemu pandang dengan Farhana. "Aku taknak tengok kau dekat sini!"
"Aku tahu kau marah. Tapi tolonglah, bagi aku peluang untuk menjelaskan," Farhana memohon, tetapi Thaqif tidak mengendahkan.
"Tak ada apa yang perlu dijelaskan!" Thaqif membentak, kemarahan dan kesedihan bercampur menjadi satu. "Kau sudah cukup menghancurkan hidupku!"
Farhana terdiam, menahan air mata. "Aku minta maaf, Thaqif. Aku minta maaf... untuk segalanya."
Thaqif menggelengkan kepalanya. "Kau tidak layak minta maaf. Kau... kau tdah merampas segala-galanya daripada aku!"
Bibir Farhana bergetar, tetapi dia tetap berusaha untuk bersuara. "Tapi aku masih sayangkan kau, Thaqif. Kita boleh hadapi ini bersama."
"Sayang? Apa itu? Kau sudah membunuh segalanya!" Thaqif menyergah. "Satu-satunya yang aku inginkan adalah Thafierah. Kau telah merosakkan segalanya!"
Thaqif menatapnya dengan kemarahan yang membara. "Sia-sia! Semua ini sia-sia!"
Farhana mengambil langkah ke depan, tetapi Thaqif menolak dengan kasar. "Jangan dekati aku! Aku tidak perlukan kau dalam hidupku lagi!"
Dengan rasa kecewa dan sakit di hati, Farhana berundur dan keluar dari bilik. Pintu ditutup dengan perlahan, tetapi kesan kehadirannya masih terasa di dalam bilik itu. Thaqif kembali terbaring di atas katil, merasakan setiap detik kehadiran Farhana seolah-olah menambah kepada kesedihannya.
Air mata kembali mengalir, dan dia berasa sendirian, terperangkap dalam dunia yang tidak mengenali dia lagi.
"Thafierah..." Dia berbisik lagi, berharap untuk mendengar suara anaknya sekali lagi, meskipun dia tahu itu hanyalah harapan yang tidak akan pernah tercapai.
---
Thaqif terbaring, berusaha untuk menahan kesedihan yang membelenggu hatinya. Suara Elvina tiba-tiba memecah kesunyian bilik hospital itu.
"Abang," panggil Elvina lembut.
"Ya, Vina?" Thaqif menjawab, matanya masih ditutup, tetapi hatinya terasa sedikit hangat mendengar suara adiknya.
"Abang okay ke? El kan ada, jangan lah sedih..." Elvina berkata, suaranya dipenuhi dengan rasa prihatin.
"I'm okay," Thaqif cuba memberi jawapan yang menenangkan, tetapi jauh di lubuk hatinya, semuanya terasa sebaliknya.
"Tak payah tipu El. El tahu abang tak okay." Suara Elvina bergetar, menandakan betapa dia juga merasakan kesedihan itu. "Terkadang kita perlu serahkan semuanya kepada Allah, walaupun memerlukan air mata untuk menerimanya."
Kata-kata itu menyentuh hati Thaqif. Dia membuka matanya perlahan, memandang wajah adiknya yang penuh dengan keikhlasan. "Kadang-kadang aku rasa macam semua ni tak adil," keluhnya.
"Ya, memang tak adil," Elvina mengangguk. "Tapi Allah ada sebab untuk segala-galanya. Kita tak boleh putus asa, abang. Thafierah pasti ada di tempat yang lebih baik sekarang."
Thaqif menghela nafas panjang, berusaha menenangkan hatinya yang bergejolak. "Tapi, El... aku kehilangan segalanya. Tanpa dia, hidup aku tak bermakna."
"Abang tak sendirian," Elvina meletakkan tangannya di atas tangan Thaqif. "El akan sentiasa ada untuk abang. El ada, Radea ada, Irfan ada, Thea ada, Allah ada."
Thaqif menatap Elvina dengan penuh kasih sayang. Dia tahu adiknya berusaha sebaik mungkin untuk menghiburkannya, walaupun dia sendiri masih terperangkap dalam kesedihan. "Terima kasih, Vina. Aku tahu kau banyak berkorban untuk aku."
Elvina tersenyum, walaupun ada kerisauan di wajahnya. "Abang perlu bangkit semula. Thafierah mesti tak suka tengok abang nangis."
"Macam mana aku nak teruskan, El? Tanpa dia, aku rasa semua ni sia-sia," Thaqif berkata, suaranya bergetar.
"Abang perlu ingat semua kenangan indah bersama Thafierah. Dia mesti nak abang ingat dia dengan senyuman, bukan dengan air mata," Elvina menasihati.
Thaqif terdiam, berfikir tentang semua momen indah yang pernah dia lalui bersama anaknya. Senyuman Thafierah, tawa cerianya, semuanya kini hanya tinggal kenangan. "Mudahlah kau cakap... tak mudah untuk melupakan."
"El tak suruh abang lupakan. El cuma suruh abang terima," Elvina menjelaskan. "Setiap air mata yang jatuh tu, biar jadi penguat semangat untuk abang. Thafierah akan sentiasa hidup dalam hati abang."
YOU ARE READING
MISSION: SOMBRA | C
RomanceFarhana Erlyna, wanita yang tiada tandingannya; cantik, berani, dan tidak gentar menolak sesiapa yang cuba mengawalnya. Thaqif Alvarez pula jatuh hati tanpa sedar, terpikat oleh karisma dan keberanian Farhana. Namun, di sebalik senyuman Farhana, ter...