SEUNGMIN melepaskan keluhan kecil, sebaik sahaja dia selesai menamatkan lariannya. Dia melerik ke arah skrin telefon bimbitnya untuk melihat jam. Sudah menunjukkan tepat pada pukul 7:00 petang, Sebentar lagi waktu siang akan melabuhkan tirai. Langit juga sudah bertukar warna menjadi ungu manakala kawasan di sekitar taman reaksi ini semakin lenggang, para pengunjung terlihat sudah bersiap sedia untuk pulang ke rumah. Kata orang tua tidak elok keluar waktu-waktu senja ini."Penatnya!" Terhembur satu keluhan di bibir Seungmin, sebelum dia melabuhkan punggungnya di atas salah sebuah kerusi batu. Dia mendongak ke atas melihat ke arah langit yang kian hampir bertukar warnanya.
"Masih di bawah langit yang sama, tetap merenung bulan yang sama namun, kita tak lagi berdua." Seungmin menarik satu senyuman, tiba-tiba sahaja terhembur beberapa rangkap lirik lagu Langit Yang Sama nyanyian Dahlia Farhana. Mungkin lagu itu terlalu dekat dengan kisahnya sekarang ini. Walhal Seungmin bukan lah sejenis manusia yang suka mendengar lagu 'galau'.
Terasa ada getaran di pehanya, lantas Seungmin mencapai telefon bimbitnya yang berada di dalam kocek seluar. Matanya larik memerhatikan nama yang tertera di atas skrin sebelum dia menekan icon berwarna hijau untuk menjawab panggilan.
"Kau ada dekat mana? Tak balik ke malam ni?" Soal Gunil dari dalam talian. Nada suaranya kedengaran risau.
"Aku ada dekat taman, ambik angin luar kejap. Sebelum pukul 12 malam aku balik." Jawab Seungmin.
"Nak aku bungkuskan makanan untuk kau?" Sekali lagi lelaki itu mengajukan soalan. Alahai Gunil ini sungguh prihatin betul.
"Takpe. Aku dah makan." Balas Seungmin, padahal dia masih belum menjamah apa-apa setelah keluar dari rumah petang tadi.
"Okay. Hati-hati, jangan sedih lama-lama." Pesan Gunil sebelum lelaki itu menamatkan panggilannya.
Seungmin terdiam sejenak, kemudian dia segera bangun dari duduknya. Perlahan-lahan dia mengorak langkahnya menuju ke sebuah kereta pancuan empat roda berjenama Audi R8, di picitnya butang alat kawalan sebelum menarik pintu utama lalu meloloskan dirinya ke dalam kereta mewah tersebut. Matanya di pejam sebelum menyandarkan dirinya tepat pada tempat duduk pemandu.
"Osumi! Awak rasa cincin mana yang sesuai dengan saya? Yang ini atau yang ini?" Soal Haera sambil mengangkat tangannya lalu menunjukkan sebentuk cincin yang tersarung di jari manisnya.
"Yang awak pakai ni pun cantik juga, tapi saya lagi suka yang ni." Jawab Seungmin sambil menghulurkan sebentuk cincin yang mempunyai bentuk hati.
Haera menguntumkan satu senyuman, dia turut membelek cincin tersebut.
"Cantik, saya ambil yang ni lah." Balasnya.
YOU ARE READING
Reminisensi [Oh Seungmin]
Fanfiction[Edisi Xdinary Heroes 0.2] "Mari kita ucapkan selamat tinggal terakhir kita" Start: 22/10/2024 End: